31 Dec 2017

My beauty haul!


Assalamualaikum

Hi, harini saja nak share skincare products yang aku tengah pakai. Ni kira macam basic skincare routines jugakla, memang wajib buat setiap malam. Tapi lately ni aku selalu tidur lambat (dalam pukul 3, 4 pagi) so ada yang terskip 1, 2 step haha.

Innisfree bija foam

Yang ni bagus untuk kulit sensitive.Bau dia bau macam ubat-ubat sikit and bila pakai kat muka tu macam rasa sejuk. Tbh, aku ni bukanlah kategori kulit sensitif. Tapi aku beli sebab time tu jerawat asyik naik banyak je, but kadang-kadang it works on my jerawat. Ada sekali tu memang naik jerawat yang sakit kaler merah-merah tu, esok pagi tengok dia dah kecut sikit, baguslah untuk melegakan acne. Baca review pun memang ramai kata bija ni baguss.

Kalau orang yang jenis kulit sensitif boleh try yang ni! Tapi macam aku rasa nak stick to green tea foam jekot hehe.

St. Ives Green tea scrub


Yang ni antara scrub favourite sebab bau dia wangiiiii! Memang suka segala jenis produk greentea. Kalau scrub kan selalu macam kasar sikit kan tapi yang ni lembut je, tak harsh langsung. Tapi aku takla pakai scrub ni tiap-tiap hari, seminggu pakai dalam 2, 3 kali je. Kuantiti pun banyak jugak.

vitamin C serum wishtrend

Lepas cuci muka pakai cleansing foam, apply serum ni pulak. Vit c serum bagus untuk pudarkan jerawat.  Dia claim boleh pudarkan parut jerawat juga cuma bagi aku, yang ni macam tak berapa sangat kot. Aku lebih suka vit c yang upgrade sikit daripada yang ni. Ha yang serum lagi satu tu C21.5. Sebenarnya haritu aku nak beli C21.5 sekali tersilap beli yang ni pulak hahaha..

Simple hydration toner

Yang ni pulak toner simple, beli kat watson je. Best pakai toner ni! Untuk sebarang kesan, aku tak surelah pulak apa perubahan muka lepas pakai toner ni, tapi ianya sangat menyegarkan kulit.

Nano white fresh moisturizer

Aku ni sebenarnya kategori oily skin type tau so sebelum ni malas nak pakai moisturizer sebab takut muka lagi berminyak. Tapi moisturizer ni sebenarnya penting untuk bagi hydration pada kulit kita. So, haritu ada baca orang review jenis moisturizer yang sesuai untuk kulit oily ialah nano white ni! Bila pakai ni rasa sejuk-sejuk je tau dan cepat serap. Tapi yang paling penting, mestilah dia tak buat muka jadi lagi oily!

Recommended untuk korang yang jenis oily face!

So yang ni jelah aku punya basic skincare routines. Dulu aku mana pernah buat semua step-step ni, cukup sekadar cuci muka je tau haha. Tapi aku perasan lepas dah amalkan basic routines ni muka jadi less oily. Asalnya daripada oily jadi ke combination skin, yay!

Ok jap sebenarnya tak habis lagi, ni pulak adalah skincare tambahan yang bukan dipakai setiap hari, tapi harus pakai setiap minggu. Itu pun bergantung pada tahap kerajinan haha.

Laneige lip sleeping mask

Lip sleeping mask ni aku pakai bila bibir betul-betul kering je, apply sebelum nak tidur, esok pagi tu terus cuci. Tbh aku tak suka texture dia sebab rasa macam air liur yang melekit (nak-nak pakai sebelum tidur kan, so bangun pagi tu rasa macam penuh air liur basi kat bibir haha) tapi bau dia wangi macam strawberry!

Tapi lip mask ni memang okaylah untuk tak bagi bibir kering, rasa cantik je bibir lepas pakai ni.

Innisfree volcanic pore clay mask

Ni pun favourite jugak, bagus untuk pore dan kulit berminyak. Aku pakai ni 1 atau 2 kali seminggu. Dia takleh pakai tiap-tiap hari sebab takut kulit jadi terlampau drying. Cara nak pakai pula ialah lepas cuci muka, sapu sikit toner pada muka untuk senang nak apply mask ni. Kemudian pakai selama 15 minit dan bilas. Janganla pakai lama sangat sampai merekah gituu.

Tapi sekarang rasanya dah berapa minggu dah tak pakai clay mask ni sebab selalu tak sempat hahaha :p

Mise en scene

Yang ni pulak untuk rambut, bau dia wangiii. Yang ni pun aku jarang pakai jugak so macam tak nampak sangat perubahan yang berlaku. It claims untuk merawat rambut yang rosak,rambut nampak shiny dan rasa lembut. Mungkin aku kena pakai tiap-tiap hari kot baru nampak kesannya hehe.

Apapun aku suka dengan hair serum ni, dalam dia mengandungi argan oil which is memang bagus untuk repair rambut yang rosak.

Itu jekot yang aku ada. Taklah banyak sangat n muka pun masih belum licin persis seperti kaca lagi. InsyaAllah soon haha! Nanti aku akan cerita pulak my everyday makeup (lol taktau nak kategorikan makeup ke tak..).

Btw, happy new year! Terima kasih tahun 2017 untuk segala memori dan terima kasih juga pada korang yang sudi singgah ke blog ni sepanjang tahun 2017. Saranghaee! :)

13 Dec 2017

KFry - korean fried chicken bersalut cheese!


Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lalu trend pasal korean fried chicken, kat twitter aku penuh pasal ayam goreng jee. So haritu(sebenarnya dah lama), aku dengan kakngah serta gengnya pergi ke IOI City Mall untuk makan KFry yang viral tu. 

Apa yang specialnya dengan restoran ni sebab, dia ada korean fried chicken bersalut dengan cheese! Orang sekarang kan suka sangat dengan cheese-cheese ni, asal cheese je cepat viral kan. Oh tapi kedai ni memang glemer betullah, que panjang wey!


Yang ni jelah aku sempat snap, signature dish diorang.


Ok yang ini ialah honey cheesy fried chicken bumbuk RM48.9 yang bersalut dengan cheese. Bagi korang yang tak tahan pedas boleh makan ni, cuma pada aku dia agak muak sikit kot. Sebab cheese dia tebal pastu bila makan ayam tu bersalut dengan cheese rasa dia macam kosong. So tulah punca kenapa dia cepat rasa muak haha. Dia lebih sedap kalau ada rasa spicy-spicy sikitt.




Ok ni aku dengan kakngah share 2 orang. Spicy cheesy fried chicken bumbuk RM49.9 ni yang paling glemer kat sini. Ayam goreng korea ni kan terkenal dengan rasa yang spicy, bila pedas campur dengan cheese memang perfect combination! Highly recommended!



Ni adalah rupa ayam-ayam tersebut setelah disaluti cheese tebal yang berlemak. Tergoda tak?


Yang ni pulak spicy chicken biasa, kawan kakak aku punya. Harga dia maaf, saya tak ingat. Maybe range harga dalam belas-belas gitu kott. Aku suka spicy chicken kat sini, memang padu rasa dia. Yang ni pun recomended jugak, tapi kalau korang dah beli spicy chicken bumbuk tu aku rasa takyah kot beli yang ni sebab rasa dia sama je. Cuma yang membezakan ada cheese dan takde cheese.

Memang puashati makan kat sini sebab portion sangat banyak, boleh kongsi 2-3 orang. Makanan pun sedap, cheese pun dia kasi sebeban. Cuma harga agak mahal sikit dan mungkin cheese dia yang banyak tu buatkan rasa cepat muak. Tapi kalau korang memang cheesy lover aku rasa korang boleh licin kot semua ni xD Kitorang makan tak habis, end up bungkus bawak balik.

Nak makan sini makanlah dengan geng ramai-ramai. Lebih afdhal begitu kerana portionnya sangat besar okay.

RATING : 4.5/5

Thanks for reading!

9 Dec 2017

Pembikinan majalah


Assalamualaikum

Sebagai pelajar diploma 05, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah majalah bertemakan apa-apa saja yang kami suka. Macam aku buat majalah pasal travel, makanya kenalah cari artikel, gambar di internet dan buat rujukan untuk layout majalah travel. Ye, artikel ni semua kopipaste je, guwa bukan budak penulisan..

Kitorang ni merupakan batch terakhir yang buat final project magazine so.... nak kasi perform sikit semua orang kena buat 40 pages. Batch yang sebelum-sebelum ni lecturer suruh buat 8 pages je kott. So hadapkan jelah 40 pages ni, maklumla last batch kann.


Ni cover magazine aku include 3 advertisement. Untuk cover depan ni wajib guna gambar yang shoot sendiri, so aku guna gambar masa kat Rottnest Island! Yang lagi 3 ads tu apalagi, gamba google jelah.

Untuk menghasilkan magazine, software paling wajib yang diperlukan ialah Adobe InDesign. Untuk software tambahan macam nak edit gambar atau trace logo kena guna Illustrator dan Photoshop. Ah, kira tiga-tiga ni memang element pentinglah kalau nak buat majalah. Takde 3 ni kau tak jalan.

Ini dah complete design 40 pages

Lepas dah siap, kitorang kena print untuk 3 set majalah which cost us RM 150, satu set RM 50. Ni kira harga kasih sayang daripada fakulti, kalau kat luar memang tak dapat harga camni haha.

Dah print kita susun pulakkk

Messy...

Lepas dah susun ikut mukasurat haruslah kita lipat setiap kepingan majalah ni. Lipat pakai mesin jelah, engko gila nak kena lipat 3 set majalah ni manually pakai tangan?

Untuk binding pulak kami guna kaedah saddle stiching yang stepler tu, since mukasurat pun tak banyak sangat. 

Kemudian potong! Size tepat magazine kami ialah 21x28 cm.


Dan jeng jengggggg! Harga Semenanjung Malaysia RM 10, Sabah Sarawak RM 13. Kalau ada jual kat kedai agak-agak korang berminat nak beli ke? Tapi isi dalam semua copas jelah ek. Tunggulah aku dah kerja jadi designer majalah nanti semua article aku tulis sendiri.

Disini saya ingin melampirkan sebahagian daripada design yang aku kira pada mata aku agak okaylaa. Korang judgelah ek.


Alhamdulillah, lepas siap ni memang lega gilalah. Bayangkan jelah 2 sem kitorang buat benda ni. Sebenenarnya sem lepas lecturer suruh buat 8 pages je dulu + 4 cover, lepastu baru semester ni kitorang disuruh tambah lagi 32 pages untuk completekan total 40 pages magazine ni. 

Aku amek masa dekat seminggu untuk siapkan whole magazine ni. Rasanya macam makin laju sikit kot buat kerja, previous sem aku amek masa berbulan-bulan padahal tinggal buat 8 pages jee. Mohonlah berikan tepukan gemuruh diatas improvement ni HAHA! Macam nak botak kepala aku buat benda ni tau.

Semoga Mazni berjaya siapkan kerja-kerja yang masih berbaki dengan sempurna.

Thanks for reading!

#PrayForAl-Quds 

1 Dec 2017

November in short


Assalamualaikum

Salam 1 Disember. Salam Maulidur Rasul, marilah berselawat kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W. 

Rasa macam tahun ni berlalu dengan sangat pantas.. I don't want to end this year, tahun nilah tahun terakhir belajar dalam kelas as student diploma. Diploma tamat pada penghujung January 2018 sebenarnya, cuma masa bulan 1 tu kitorang tengah busy siapkan preparation untuk diploma show. Which is bulan 12 ni adalah bulan terakhir untuk habiskan semua silibus pembelajaran sepanjang 2 tahun setengah belajar kat sini.

Memang dah jadi budak final sem ni dia cam sentimental sikit eh?

Ok apapun i must say minggu ni memang busy yakmat sebab aku boleh kira berapa kali tidur awal. Selebihnya tidur pukul 4, 5 dan paling teruk malam khamis tu memang tak tidur langsung. Harap2 tak pendek umur jelah. Bulan november memang bulan kemuncak paling busy untuk kitorang semua, haha.

Sebab bulan november ni memang meriah sungguh dengan macam-macam benda, so kita compile cite dia dalam satu entry dululah.


Bulan 11 memang jadual packed sebab semua orang dah start jalan machine untuk print cover majalah. Memang ambil masa sebulan untuk 48 orang siap semua. Entry dia boleh baca kat sini. Alhamdulillah sekarang ni semua orang dah habis print cover majalah.


Kaklong officialy dah duduk Penang dengan abang Ammar. Adik aku pulak dah sambung belajar kat tempat baru Kelantan. Makin sunyi dah rumah ni, tinggal mak abah je berdua. Kitorang yang belajar2 ni selalu ada time hujung minggu je, tu pun tak tentu tiap minggu balik ke tak.


Finally, setelah 2 tahun duduk Puncak Alam ni baru dapat menapak kat masjid Puncak Alam yang cantik ni. Dari luar masjid ni kelihatan kebiru-biruan dengan warna lampu :D

Suka tengok senibina masjid yang lawa-lawa, tapi adakah aku selalu solat berjemaah kat masjid? #insaf jap


gambar 1 : Ini pun salah satu final project, kena buat silk screen(cetak fabrik). Cuma sayangnya... masa tengah buat silk screen ni beg aku tercomot kena dakwat, ada possibility nak kena buat baru kot.... Rasa macam bersalah lak nak assess nanti hantar beg comot, lulz.

gambar 2 : finally aku dapat beli plushie molang! Korang tau tak daripada zaman sekolah lagi aku suka gila dengan molang bunny ni sebab dia kiuttt! Kau tengok jelah header blog aku ni pun gambar molang gak. Haritu Kak Sally pegi Korea, makanya beliau offer untuk jadi personal shopper kat Korea so aku pun selitlah order sekali. Gigih gak tunggu dari bulan July sampai November ni baru dapat, maklumla orang tu duduk Korea nak dekat 5 bulan haha! Kak Sally kata benda ni paling susah nak cari, 19/11 haritu baru beliau bagitau dah berjaya beli, ni pun plushie yang terakhir dalam kedai tu.

Aku syak molang ni sangat limited edition, even dekat negeri kelahiran dia sendiri pun susah nak jumpa. Memang kak sally ni gigih gilalah carikan barang merapu aku ni hahah. Thanks againn xD


Ok highlight yang paling penting bagi November ni ialah.. DAH SIAP MAGAZINE! Kan aku selalu bebel kena buat magazine as final project yang paling besar untuk sem ni, maka semalam(30/11) completelah semua kerja-kerja magazine ni. Rasa terharu gila kot sebab project ni sambungan daripada sem lepas. Lama tak lama jugakla kitorang simpan file magazine ni dalam pendrive dengan uitm cuti 5 bulan lagi. Nasib baik tak hilang jelah.

Nanti aku buat entry khas FYP ni sebagai appreciation post HAHA.

Itu je yang berlaku sepanjang november ni, bulan 12 ni pun makin busy sebab tarikh assessment makin dekat. Doakan kitorang supaya dipermudahkan segala urusan T__T

Thanks for reading!

12 Nov 2017

2 hari di bengkel


Assalamualaikum

Sebagai student final year bagi diploma in printing technology, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah majalah sebanyak 40 mukasurat. Kiranya itu memang projek besarlah untuk last sem ni. Bukan majalah je, ada lagi additional item yang kitorang kena buat. Baju, button badge, name card, packaging, poster dan mug.

So haritu kitorang kena pegi UiTM Shah Alam untuk tengok proses penghasilan plate(output plate) . Sambil2 tu boleh buat report.

yg dua(helai) aluminium tu adalah plate. Belah kiri yang kaler biru kosong tu imejnya masih belum dipindahkan kedalam plate, dan yg belah kanan tu imej dipindahkan serta telah dicuci. Maka terhasillah cover kulit majalah


Sebelum nak hasilkan imej atas plate ni, perlulah melalui proses CTP(computer to plate). Macam yang aku dah huraikan kat gambar atas ni, camtulah imej diatas plate ni boleh terhasil. Kena transfer imej dari komputer ke plate, kemudian cuci dan hasilnya terhasillah cover majalah kitorang tu.


Back to main story, hari rabu dan khamis baru ni aku serta 4 orang kawan yang lain dah boleh cetak kulit majalah masing-masing. Tapi rasa bersalah gak sebenarnya sebab yang jalankan mesin tu bukan kitorang, encik operator sebenarnyaa (terima kasih encik syawal n encik mat!) Kalau student yang run machine tu memang boleh lingkup agaknya...lol!


gambar 1: tengah masukkan plate dalam mesin 

Gambar 2: tengah cuci plate sebersihnya sebelum mula mencetak. Kalau ada kesan kotor kat plate, takut bila cetak nanti bertukar jadi imej. Bila dah jadi imej, maka kesan kotor tu akan muncullah kat majalah yang kita cetak tu.

Kat plate aku tetiba ada kesan scratch, so dekat cover majalah aku adalah scratch tu T__T Even tak nampak sangat tapi masih mencacatkan pemandangan. Kawan yang lagi sorang pun entah tiba-tiba boleh ada kesan tompok kat plate dia, dah sental macam orang gila pun takleh hilang gak so... *a moment of silence to us*

Lepas dah masukkan plate kedalam mesin, kita akan buat beberapa percubaan sebelum imej dah sedia untuk dicetak sepenuhnya. Time tengah test cetak tula kena check betul-betul sama ada warna terkurang atau terlebih, you decide.

Untuk mencetak kita akan guna 4 warna iaitu CMYK. C= Cyan, M= magenta Y= yellow, K(key color)= black

1st day kat bengkel ni kitorang cetak 2 kaler je, sehari boleh jalan mesin untuk 5 orang je. Tu pun sampai malam baru siap kau tahu? Oh ya kaler 1st ialah cyan dan magenta dulu. So inilah hasilnya lepas dah cetak 2 kaler ni. Belum completely siap, masih 50%.

baru masuk 2 warna. sorry takde gambar yg proper

Esoknya baru tambah warna yellow+black, dan dapatlah hasil yang telah diidam-idamkan hahaha. Btw ini kawan punya cover majalah, aku punya lupa snap gambar lol. Later i'll show mine xD

tengah double comfirm sebelum nak cetak sepenuhnya

Lepas dah habis cetak, plate tu kita kena cuci guna minyak dan arabic gum. So begitulah riwayat 8 keping plate tu berakhir. Plate kitorang ni junior boleh guna untuk belajar run machine. 

GTO 52-2. Ini ada 2 tower dan hanya boleh cetak 2 warna sahaja. Ada mesin GTO 52-4(boleh cetak 4 color) dan GTO 52(boleh cetak single color)



Dan ni hasil duduk kat bengkel selama 2 hari ni! Hari pertama tangan macam kena darah hari kedua dah macam baru lepas cabut dark soul. Susah gak nak hilang dakwat2 ni. Cuci tangan pakai thinner, plate cleaner, minyak, sabun and even sabun basuh baju pun amek masa. Berapa banyak chemical dah bubuh kat tangan ni lols.

Itu jekot yang berlaku sepanjang minggu lepas. Syukur dah siap output plate ni tapi sebenarnya ada banyak lagi yang belum settle. Doakan kitorang berjaya siapkan semua tugasan yang diberi ni dengan jayanya, semua kerja-kerja ni nak kena tayang masa diploma show nanti. I'm shaakingg

Till then, thanks for reading!