24 Jul 2017

Cara kenali produk timbang kilo


Assalamualaikum

*re-edit this posts on 2021*

Sekarang ni banyak sangat produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan merbahaya. Paling teruk, dah dijual secara meluas pulak tu kat malaysia! Kesian tengok orang yang dah terkena dengan produk bahana ni, naya kulit dia. Sebab tu, kita sebagai pengguna kena bijak dan buat research sebelum nak beli sesuatu produk tu. Benda tu nak pakai kat kulit kita gaiss, kulit. 

Usually produk-produk ni kita panggil dia sebagai krim timbang kilo. Apatu krim timbang kilo? Krim ni kebanyakkan diambil dari Thailand, diorang beli banyak-banyak pastu packing dalam bekas pastu jual pastu dapatlah duit. Senang kan?

camni ha ghope dia. Ada yang berkaler-kaler

So.. Macam mana kita nak kenali produk-produk yang tak elok ni? Senang je, comfirm sekali tengok korang dah boleh judge produk-produk camni haha!

1. Produk consist of krim siang & malam dan sabun seketoi

Mana yang ada set krim siang, malam, subuh maghrib tu out jelaa. Kalau korang tengok set skin care international tu mana ada krim siang malam. Sabun apatah lagi.. Kalau up sikit, kadang tu dia tambahlah toner, cleanser blabla..

I re-edit this part ya. Sekarang banyak je product yang ada day and night cream TAPI... Korang boleh nilai sendiri jenis day and night cream produk beracun macam ni dari segi tekstur, warna dan bau. Rajin-rajinlah baca review orang sebelum membeli. 


Boleh rujuk gambar kat atas tu, krim yang berwarna warni pekat camtu adalah contoh-contoh day and night cream bagi produk timbang kilo ye. 

 laneige skincare set
Beza antara local product punya set dengan international. Mana yang anda rasa lebih nampak meyakinkan?

2. Packaging cheapskate


Hat ni memang aku marah betul, sangat tak eksklusif aka murahan! Dahla semua sepesen je, harga pun boleh tahan mahal. Dah kalau packaging pun sebegitu rupa memang awal-awal lagi dah kena keji. Aku kalau nak beli apa-apa mesti tengok packaging dulu. Bukan apa, bila packaging lawa, mesti kita pun tertarik dan rasa lebih yakin nak pakai produk tu.

Biasanya produk2 camni pakai bekas tiub yang kaler putih yang ringan tu. Boleh nilai?
    
Lepastu, mereka print nama produk dan terus lekat kat bekas ni. Paling tak menahan, dia punya sticker tu jenis yang macam mudah tertanggal. Kalau kau simbah air kat sticker tu mesti dia basah sampai tinggalkan kesan, lels.

Lagi satu, produk-produk macam ni biasanya overclaim. Contohnya, markonah beauty, hamedahlicious, Jemah. Pastu tambahlah sikit tagline2 dia "cantik dalam masa 24 jam" gitu.

3. Tidak dijual di drugstore
drugstore

Biasanya produk-produk macamni hanya dijual melalui instagram, facebook. Kalau nak selamat, belilah produk yang benar-benar trusted ataupun dijual di drugstore. Sekarang banyak dah produk-produk lokal yang trusted. Yang lain tu maybe ada lagi tapi lupa namanya, boleh check sendiri. 

4. Warna krim lebih kurang sama

And krim dia pekat nak mampus kalau tonggengkan pun takkan meleleh.

5. Produk ni menjanjikan akan nampak kesan seawal 3 hari/seminggu

Proses nak cantik ni biasanya memakan masa ya gais. Kulit kita bukannya hebat sangat sampai boleh jadi cantik untuk satu malam, semua benda perlukan kesabaran. Kalau hari pertama pakai krim then hari ketiga dah start putih tu.... jaga-jagalah. Boleh bayang tak betapa tingginya kandungan chemical dia?

Aku takut tengok perempuan-perempuan sekarang terlalu kemaruk nak putih sampai sanggup pakai benda aneh-aneh kat muka. Kalau korang biasa tengok founder-founder timbang kilo ni, mesti perasan kan dia punya putih tu pucat macam mayat hidup. Bukan putih kulit manusia yang normal, macam dah di bleach. Please educate yourself, kulit tanned pun cantik je, dah-dahlah dengan pemikiran "putih je cantik, hitam tak cantik". Hello? Kita southeast asian, tanned skintone ni memang dah sebati dalam diri. Yang penting dapat kulit yang sihat tanpa ada masalah dalaman je

6. Bila stop pakai jerawat naik

Rasanya dah banyak kes kot pasal benda ni. Once kau stop pakai product tu, muka memang breakouts teruk. Nak pulihkan mengambil masa yang sangaaaat lama. Ada yang paling teruk sampai masuk hospital. Kepada yang mengalami masalah breakout, sila dapatkan rawatan di dermatologist okay. 

Image result for acne breakouts


Still, tak semua local product bersifat macamni. Ada yang buat homemade dan dihantar lab untuk formulasikan produk, kemudian baru jual. Biasanya produk-produk yang dah dihantar kat lab ni terjamin, Sebab tu alamat pun diorang berani letak. Sesetengah produk yg tak bertanggungjawab ni diorang tak letak alamat ye. 

Sebab tu aku cakap entry ni untuk krim timbang kilo ye, yang hat beli kat kilang secara pukal pastu rebrand. 

beauty lab

Sebelum beli silalah tanya founder dulu samada produk dah diformulasi kat lab atau tak
Walaubagaimanapun masih ada juga yang keep pakai produk ni walaupun dia tau bahaya. Tapi kesannya boleh dapat kanser kulit. Selain tu boleh menyebabkan lapisan epidermis kulit jadi nipis dan dalam jangka masa panjang boleh kena hyperpigmentation(kesan hitam kebiruan pada kulit). Boleh baca sini untuk lebih lanjut.

I credit Jiji untuk info2 ni. Kalau nak mintak tips kecantikan atau produk2 mesti rujuk kawan aku yang sorang ni. Sila rujuk doktor, beauty consultant atau kenalan yang ada ilmu pasal health and beauty ni.

Jadilah pengguna yang bijak. Good things take time, tiada istilah instant beauty :)



Thanks for reading!


54 comments:

  1. Pernah terpakai juga produk macam ni.. masa tu belum famous meluas pasal timbang kilo bagai. Bila stop pakai sebab viral x approve by kkm, muka jadi kelabu. nasib baik tak lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...hihihi.

      Feel free to join this giveaway segment at https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

      Delete
    2. Aisya : nasib baik tersedar awal kan, kalau tak habis kulit muka..

      Ninie: nnti kita singgah blog ninie hehe

      Delete
    3. Klau v Asia perfect white skin produk timbang kilo tk

      Delete
  2. kadang bila ada product ada kelulusan kkm pun sebenarnya pun bohong jugak. sbb depa rasuah kkm tu minta sijil kelulusan. cehh

    mengikut pengalaman la. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ada baca jugak tu. Tk semua produk tu dpt kelulusan kkm

      Delete
  3. kebanyakan customer nak cepat sangat tengok hasil. Ya Allah seram betul tengok kat insta orang jual senang-senang je. Kalau tak jual kat drugstore memang tak lah nak beli. Lagi-lagi local brand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni belum masuk dgn pil kurus pil tinggi pil gemuk lagi. Ada tu saya usha kt ig yg jual produk macamni, pembeli dia tu budak skola. Hmm kesian sgt

      Delete
  4. ana kalau nak beli mmg beli dekat watson atau guardian. tak pernah beli yg lain dari sini.tak berani. lgpun ana just pakai pencuci dan aloe vera gel je. krim2 yg lain semua xpakai semenjak tak bekerja ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih selamat kalau beli kat drugstore kan

      Delete
  5. saya guna NutriWhite by Shaklee je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shaklee saya tau bagus. Sbb pernah consume vit c dia haha

      Delete
  6. Disebabkan produk produk macam ni wujud dekat Malaysialah, akak jadi skeptical sikit dengan local products. Itu yang guna Korean skin care tu. Hahaha. Lepas pakai Korean skin care, orang lain kata tak sedar diri bajet bajet Korean pula nak pakai Korean skin care. Macam macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too guna korean skincare! Haha bukan nak bajet ke apa kan, sbb most of korean skincare ni memang bagus. Macam mana kita nak support local products kalau banyak yg bahaya macam ni..tapi safi still saya support jugaklah

      Delete
  7. sebab sekarang ni mudah sgt dapat kan. pelik juga ye...sbb dorang claim botanik...hmmmm

    Feel free to join this giveaway segment at https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Search je kat ig berlambak-lambak org jual produk gini. Yg nama2 tak pernah dengar pun ada juga

      Delete
  8. dulu2 saya guna fair & lovely and safi je hahaha skrg dah upgrade sikit guna korean skincare pulak haha :P nice post mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala zaman2 time skola dulu guna safi je, kadang tu garnier xD saya baru berjinak dgn korean skincare sejak tahun lepas rasanya.. Kira baru jugaklah kan

      Delete
  9. Good info lagi lagi yang tengah seronok pakai krim kilo ni. Pernah pakai dulu masa tak aware pasal bahayanya benda ni. Masa mula pakai memang lah okay kulit bersih tip top tapi once dah stop, breakput terok! Grrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai lagi yang dah terkena macamni, kesian sangat. saya memang anti dgn produk2 gini, menjanjikan kulit flawless putih melepak tapi kalau bahaya buatpaa

      Delete
  10. mmg xsuka pakai produk mcm ni,tp mak selalu pakai,,selalu risau,,lps ni halang habis habisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sesetengah org tak sedar lagi pasal bahayanya produk2 camni, kena stop dri sekarang kan..

      Delete
  11. wow nice info! terkejut gak tgk gambar Laneige tadi..ingatkan ada Laneige timbang kilo..hihi..btw singgah skodeng2 sini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA laneige haruslah ori xD tq sudi singah!

      Delete
  12. Siqah pernah guna satu produk camni. apa entah namanya. Dah lupa. Sejak heboh kata produk tu ada merkuri, terus stop pakai. Mujur muka okay lagi.

    Sekarang lebih percaya pada produk di drugstore saja. produk yang sudah lulus ujikaji. Walaupun harga kadang2 mahal tapi lebih baik sebab terbukti tiada bahan yang dilarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dah stop awal2 kan

      tapi kengkadang produk kat drugstore kt watson tu lagi murah berbanding local produk ni. dah pernah try bandingkan harga haha

      Delete
  13. Saya pernah sekali ja kot try local product, tu pun sebab saya suka owner tu hahaha. Tapi try cleanser ja sebab tak berani nak try krim siang malam bagai. Tapi betul part warna krim lebih kurang sama ja semua, dah la macam tanah liat lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok dah kaler2 krim ni. paling tkleh terima ada yg kaler purple? gross..

      Delete
  14. Menakutkan produk timbang kilo ni.. Patutlah ramai pengeluar produk kecantikan so called founder muncul dengan tiba2..

    Pengguna perlu bijak memilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe kan.. ramai org jadi jutawan kosmetik sekarang ni haihh

      Delete
  15. Sekarang memang scary tau bab bab produk kecantikan ni. Salah pakai, habis muka jadi teruk. Huhu. Kena pandai pilih & yang paling penting kena tengok elok elok. Iya lah, kalau rosak muka nanti ambil masa nak jadi elok balik. Prefer beli produk yang memang dah betul betul yakin :)

    ReplyDelete
  16. but still.. selalunya akan beli dari drugstore... sebabnya takutlah nak try ayat yg meyakinkan sgt tu O.O scary kowt.. nampak sangat bahaya... XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar itu. biarlah mahal sikit asalkan selamat.
      tapi selalunya produk kat drugsotre tu tkdelah mahal2 sangat kalau nak banding dgn produk tahpape ni huhu :p

      Delete
  17. pernah terkena produk kilo ni, dia punya breakout teruk tu sampai malu nak keluar rumah. T.T Terus serik smpi skang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannya awak :9 nasib baik sekarang dh okay kan

      Delete
  18. I used to use local product it didnt work well on my skin, so I went to doctor and pharmacist and I pakai yang dekat drugstore je for my skincare ever since.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm teruk sangat je sampai kena jumpa doktor T__T beli kat drugsotre lebih dijamin

      Delete
  19. Assalam.. ikut artikel cik mengenai krim siang dan malam tu.. sy nak tanya kalau produk AVON tu kira macam mana? sebab ada krim siang dan malam juga.. Mohon pencerahan.. Terima kaish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saya belum pernah pakai avon lagi so saya taktahu product nya macam mana
      but pada saya, cukup saja jika kita amalkan basic skincare routine seperti moisturizer, toner sebab tu pun dah cukup untuk beri enough hydration pada kulit.

      saya tak rasa avon tu produk timbang kilo. ada juga certain famous product yg ada day and night cream yang takde side effect bila kita pakai tu. berdasarkan posting saya ni adalah cara2 utk mengenali contoh product timbang kilo. sebab selalu perati produk2 macamni wajib ada day and night cream tu.

      Delete
  20. Macam mna kita nak cek produk tu ktim timbang ke x ek. Ada apa2 link x. Risau plak lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check kat national parmacheutical regulatory agency, under kkm :)
      https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search

      search je produk tu kt sini

      Delete
  21. betul tu, seram jugak nak beli produk kecantikan, lagi-lagi kat shopee, kalau tgok brand dah trusted tapi rupa-rupanya produk fake

    ReplyDelete
  22. Saya dulu tak tahulah kenapa terdetik hati nak pakai produk local,sbb kawan pun pakai jugak and muka dia cantik flawless,saya try pakai satu jenama v ni,mula2x pakai toner rasa sejuk je best,tapi lepas seminggu terus pedih tak tahan muka ni mcm kena minyak panas,saya stop,pastu muka saya terus mcm lepas melecur ,byk parut kat muka,bila saya check produk yg tak selamat kat kkm ,rupanya mmg betul toner saya pakai tu ada hydroquinon.saya pun rasa sedih sgt sgt,dah dekat 5 bulan saya tak skincare tu,saya skang pakai masker oat,masker tepug beras,air beras,dgn pencuci muka safi balqis je.alhamdulillah berhasil,cuma adalah masih parut 2x degil xnak hilang.at least muka skang jauh lagi okay berbanding masa zaman breakout.huhu

    ReplyDelete
  23. Macamana nak tau product Tu timbang kilo,Ada Beli dlm FB name Gx,Rasa cuak plak nk pakai.Ciri ciri timbang kilo mcam Sama.

    ReplyDelete
  24. I taktahulah no produk timbang kilo ke apa but dulu I ada pakai satu produk ni muka licin mengalahkan Mira filzah lagi tapi once stop breakout terok, sekarang dlm proses pemulihan ikut Cara org korea...
    The pengajaran is don't be like me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..bole sy tahu mcam mana cara org korea tu??sbab sy pun dah tersalah pilih skincare now my face skin mula nak breakout sekali naik jerawat batu dah..😩😩

      Delete
  25. Mary Kay ada day cream n night cream so bagaimana pula.tu

    ReplyDelete
  26. Now i guna Muca Skincare....korean skincare. Amat memuaskan.....dah x percaya dgn product timbang kilo....

    ReplyDelete
  27. Mary Kay international brand,ada day and night cream sis.With lab test , R&D lagi..macam mana pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tulis disitu produk yang ada lab test adalah selamat digunakan. saya pun pakai jugak produk mary kay :) silap saya masa tulis entry ni sebab cakap produk yang ada day and night cream tu ciri2 produk beracun. it's a 2017 punya posts dimana masa tu krim timbang kilo sangat berleluasa di pasaran dan set2 diorang tu biasanya wajib ada day and night cream. i will re-edit this post again supaya orang tak salah faham okayy

      Delete
    2. Akak , tahu skin dessert tak? Ciri ciri dia sangat la timbang kilo kak. Warna kuning plk tu , dlu packaging dia pon sticker tampal tapi ada lab test..

      Delete
  28. nak Tanya mylara tu pon Sama ke sebab saya guna tu baru seminggu beli risau la kalau timbang kilo

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~