Assalamualaikum
*re-edit this posts on 2021*
Sekarang ni banyak sangat produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan merbahaya. Paling teruk, dah dijual secara meluas pulak tu kat malaysia! Kesian tengok orang yang dah terkena dengan produk bahana ni, naya kulit dia. Sebab tu, kita sebagai pengguna kena bijak dan buat research sebelum nak beli sesuatu produk tu. Benda tu nak pakai kat kulit kita gaiss, kulit.
Usually produk-produk ni kita panggil dia sebagai krim timbang kilo. Apatu krim timbang kilo? Krim ni kebanyakkan diambil dari Thailand, diorang beli banyak-banyak pastu packing dalam bekas pastu jual pastu dapatlah duit. Senang kan?
camni ha ghope dia. Ada yang berkaler-kaler |
So.. Macam mana kita nak kenali produk-produk yang tak elok ni? Senang je, comfirm sekali tengok korang dah boleh judge produk-produk camni haha!
Mana yang ada set krim siang, malam, subuh maghrib tu out jelaa. Kalau korang tengok set skin care international tu mana ada krim siang malam. Sabun apatah lagi.. Kalau up sikit, kadang tu dia tambahlah toner, cleanser blabla..
Walaubagaimanapun masih ada juga yang keep pakai produk ni walaupun dia tau bahaya. Tapi kesannya boleh dapat kanser kulit. Selain tu boleh menyebabkan lapisan epidermis kulit jadi nipis dan dalam jangka masa panjang boleh kena hyperpigmentation(kesan hitam kebiruan pada kulit). Boleh baca sini untuk lebih lanjut.
1. Produk consist of krim siang & malam dan sabun seketoi
I re-edit this part ya. Sekarang banyak je product yang ada day and night cream TAPI... Korang boleh nilai sendiri jenis day and night cream produk beracun macam ni dari segi tekstur, warna dan bau. Rajin-rajinlah baca review orang sebelum membeli.
Boleh rujuk gambar kat atas tu, krim yang berwarna warni pekat camtu adalah contoh-contoh day and night cream bagi produk timbang kilo ye.
2. Packaging cheapskate
Beza antara local product punya set dengan international. Mana yang anda rasa lebih nampak meyakinkan?
2. Packaging cheapskate
Hat ni memang aku marah betul, sangat tak eksklusif aka murahan! Dahla semua sepesen je, harga pun boleh tahan mahal. Dah kalau packaging pun sebegitu rupa memang awal-awal lagi dah kena keji. Aku kalau nak beli apa-apa mesti tengok packaging dulu. Bukan apa, bila packaging lawa, mesti kita pun tertarik dan rasa lebih yakin nak pakai produk tu.
Biasanya produk2 camni pakai bekas tiub yang kaler putih yang ringan tu. Boleh nilai?
Lepastu, mereka print nama produk dan terus lekat kat bekas ni. Paling tak menahan, dia punya sticker tu jenis yang macam mudah tertanggal. Kalau kau simbah air kat sticker tu mesti dia basah sampai tinggalkan kesan, lels.
Lagi satu, produk-produk macam ni biasanya overclaim. Contohnya, markonah beauty, hamedahlicious, Jemah. Pastu tambahlah sikit tagline2 dia "cantik dalam masa 24 jam" gitu.
3. Tidak dijual di drugstore
Biasanya produk-produk macamni hanya dijual melalui instagram, facebook. Kalau nak selamat, belilah produk yang benar-benar trusted ataupun dijual di drugstore. Sekarang banyak dah produk-produk lokal yang trusted. Yang lain tu maybe ada lagi tapi lupa namanya, boleh check sendiri.
4. Warna krim lebih kurang sama
And krim dia pekat nak mampus kalau tonggengkan pun takkan meleleh.
5. Produk ni menjanjikan akan nampak kesan seawal 3 hari/seminggu
Proses nak cantik ni biasanya memakan masa ya gais. Kulit kita bukannya hebat sangat sampai boleh jadi cantik untuk satu malam, semua benda perlukan kesabaran. Kalau hari pertama pakai krim then hari ketiga dah start putih tu.... jaga-jagalah. Boleh bayang tak betapa tingginya kandungan chemical dia?
Aku takut tengok perempuan-perempuan sekarang terlalu kemaruk nak putih sampai sanggup pakai benda aneh-aneh kat muka. Kalau korang biasa tengok founder-founder timbang kilo ni, mesti perasan kan dia punya putih tu pucat macam mayat hidup. Bukan putih kulit manusia yang normal, macam dah di bleach. Please educate yourself, kulit tanned pun cantik je, dah-dahlah dengan pemikiran "putih je cantik, hitam tak cantik". Hello? Kita southeast asian, tanned skintone ni memang dah sebati dalam diri. Yang penting dapat kulit yang sihat tanpa ada masalah dalaman je
6. Bila stop pakai jerawat naik
Rasanya dah banyak kes kot pasal benda ni. Once kau stop pakai product tu, muka memang breakouts teruk. Nak pulihkan mengambil masa yang sangaaaat lama. Ada yang paling teruk sampai masuk hospital. Kepada yang mengalami masalah breakout, sila dapatkan rawatan di dermatologist okay.
Still, tak semua local product bersifat macamni. Ada yang buat homemade dan dihantar lab untuk formulasikan produk, kemudian baru jual. Biasanya produk-produk yang dah dihantar kat lab ni terjamin, Sebab tu alamat pun diorang berani letak. Sesetengah produk yg tak bertanggungjawab ni diorang tak letak alamat ye.
Sebab tu aku cakap entry ni untuk krim timbang kilo ye, yang hat beli kat kilang secara pukal pastu rebrand.
Sebelum beli silalah tanya founder dulu samada produk dah diformulasi kat lab atau tak |
I credit Jiji untuk info2 ni. Kalau nak mintak tips kecantikan atau produk2 mesti rujuk kawan aku yang sorang ni. Sila rujuk doktor, beauty consultant atau kenalan yang ada ilmu pasal health and beauty ni.
Jadilah pengguna yang bijak. Good things take time, tiada istilah instant beauty :)
Thanks for reading!