15 Aug 2016

Trip WA : Caversham wildlife park


Assalamualaikum

10/2/2016 - Wednesday

Apalah gunanya jika ke Australia jika tidak menjenguk simbol kebangaan Australia, iaitu 2 ketul binatang comel bernama kangaroo dan koala? Last aku pegi zoo masa darjah berapa tah, so kali ni bila dapat pegi zoo sekali lagi, punyalah seronok. Tambah pulak nak jenguk si kangaroo dengan koala yang kitorang tak pernah jumpa seumur hidup!

Perjalanan nak ke Caversham ni amek masa dalam 15 minit je dari rumah kitorang. We'olls sampai pukul 9 tapi malang sekali terawal sangat pulak. 9.30 baru boleh masuk.

Harga masa ni $27 AUD. Haa silalah convert. Aunty Ilah kata dah mahall. Dulu dia pergi dalam 2 tahun yang lepas, $23 AUD je taww. Sampai hati kangaroo2 ni bagi harga mahal kat kitaa :(


Kitorang habis masa 2 jam kat dalam ni. Boleh tahan luas. Macam2 jenis haiwan ada, tapi satu tempat je yang aku tak masuk. Haiwan reptile. Sebab aku tak suka tengok buaya, ular2 semua tu.

So, sasaran pertama aku haruslah nak mencari kangaroo!

bunch of kangaroo

Memang sampai kat tempat kangaroo ni jakun sungguh tau. Seronok bila dapat jumpa kangaroo2 yang comel ni! Aku taktau nak describe camne tekstur kelembutan bulu kangaroo ni tapi yang pasti lembut macam carpet yang mat2 pakistan jual kat kedai. Mungkin juga carpet itu ada di rumah korang. 

Eh sukahati je describe bulu dia camtu.

feeding the kangaroooo

Diingatkan juga, kalau korang nak datang caversham park ni, mohonler datang waktu pagi. Sebab time ni kangaroo2 masih belum makan, so bila kita datang nak bagi makanan  diorang takkan menolak rezeki. Kangaroo2 ni yang datang kat kita tau. Terharu jap i. Tapi kalau dah masuk tengahari bila dia dah kenyang tu, kau bagilah makanan mahal jenis apa pun, dia malas dah nak layan kau. Kejam kangaroo ni.

dialog hari raya;
kangaroo : Mak! maafkan kami.. kami dah banyak buat dosa dengan mak.. ampunkan kami mak..
aku: Eh ya Allah nak, apeni. dah2, bangun.. mak ampunkan awak semua...

Tapi paling payah nak ajak kangaroo ni bergambar. Makan je keje dia, susah betul nak pandang kamera T__T
ye aku memang malas nak bergambar.. kau pahal?

Lepas dah lawat kangaroo, kitorang pusing2 lagi cari binatang.

muka berlagak diva betoii puihhh!

Malaslah nak tunjuk gambar haiwan ni banyak2 sebab korang bukan berminat sangat nak tengok haiwan ni semua kan? hahaha. 

Lepastu kitorang pegi kat tempat show pulak. Haa show nilah yang kita nak tengok bagaimana bulu kambing biri2 ditogelkan. Daripada nampak gemuk sampai kurus jadinya, kesian ngatt :p

"aku tak rela diperlakukan beginiiii" - kata biri-biri

hasil setelah ditogel

Lepastu abang2 cowboy ni panggil 4 orang budak kecik untuk bagi anak kambing biri2 minum susu. Rakus betul biri2 ni minum! Oh btw ada adik dari malaysia ni yg kasi kambing tu minum susu. Time kat Caversham ni memang ramai gila orang Malaysia. Rasa macam kat zoo negara jap, haha.

pretty lady tengah melibas ala2 cowboy

Sepatutnya lepas habis show biri2 ni kita boleh cuba perah susu lembu. Tapi disebabkan kami cuma ada masa 2 jam je dalam ni, so kena jimat masa sikitlah. Koala pun tak jumpa lagi ni.

Haa meh aku bawak korang jumpa koala. Tapi sayang seribu kali sayang, koala ni tengah tidoq.. Kalau tak boleh cuba peluk dia


Pukul 11 tu sepatutnya ada show wombat and friends. Tapi sebab pukul 11 dah nak kena balik dah, tak sempat tengok wombat :(

Sebelum keluar, sempat lagi kami main dengan kangaroo. 

mula dah aktiviti bermalasan mereka


Sayu betul ek mata kangaroo ni. Teringatkan kampung halaman ke cemana? Btw, taktau kenapa kangaroo ni agak lain sikit berbanding kangaroo yang biasa kita tengok. Bulu dia pun rasa lebih kasar sikit berbanding kangaroo biasa. Kangaroo ni sangat rare dan mimik muka dia lebih comel sikit.

Tamatlah misi mencari 2 K (kangaroo & koala). Seronok sangat jumpa depa ni, jinak :) Ada rezeki kita jumpa lagi ok?


Nak jumpa lagi? Alah malaslaa, garu belakang badan i dulu - kata kangaroo


Thanks for reading!

6 Aug 2016

Bunga-bunga chenta


Assalamualaikum

Ini kisah masa musim raya. Tapi maaf, ini bukan cerita raya okayy. 

#Rayake-3 #kemanakahkamu

Masa raya ke-3 haritu kitorang dah kena balik Selangor~ Tapi sebelum balik tu, singgah sat kat Cameron Highlands sebab aku ade sikit esaimen kat sana. Haa esaimen apa yang rare sangat sampai kena pegi Cameron tu? Sanggup pulak naik sampai atas sana tu demi esaimen?

Sapa kataaa. Sambil menyelam, sambil minum air. Sambil buat esaimen, sambil berjalan. Gitewww. Lagipun last datang cameron ni masa 2008, bagus jugaklah kitorang datang untuk melepaskan rindu kan? 
Sooo, keje aku tu ialah esaimen photography. Pegi je cameron ni, secara tak langsung aku dah berjaya siapkan 3 tugasan photography tu sekaligus (photo duplicate, photo story, photo promotion), yada yadaaa~

Entry ni aku letak gambar bunga jelah. Ke korang berminat nak baca aktiviti apa yg aku buat kat cameron tu? Kalau rasa-rasanya macam ramai yang berminat nak baca, nanti iolls updatelah entry pasal cameron ni. Perasannya macam ada je orang yang nak baca kan, kbye.

Manalah tau kot2 adik2 junior kita nanti pun nak kena buat esaimen duplicate photo ni kee. Haa bolehlah kau nak guna gambar akak ni dik. Eh perasan sekali lagi, kbye.

Nah bunga. Tapi sorry, nama2 bunga ni aku tak tahu menahu sangat, kecuali rose :p


Sekian sajork untuk cerita harini.

Kalau korang tertanya-tanya kenapa title entry ni agak menggelikan, yup sebab aku memang chentakan bunga. Lagipun sejak akhir-akhir ni banyak sangat dengar orang asik buat pickupline pasal cinta maka otak aku pun dah terpengaruh kot, lulss.

Thanks for reading!

4 Aug 2016

Things to do in kampung


Assalamualaikum

Hari sabtu baru ni, mak, abah, aku, dengan si baby busuk(adik) pulang ke kampung halaman. Ecewah ayat dia macam nak buat karangan pulak.

Haritu pakcik aku hantar kat whatsapp group yang opah sakit sampai 3 hari takleh bangun dari katil. Menangis aku baca whatsapp tu tau.. Tup tupp, masa sampai je depan pintu rumah kampung haritu, eh, opah yang sambut kitorang depan pintu! Alhamdulillah opah dah sihat :) The anak2 and the menantu and the cucu are soo happyy~

Btw, boleh dikatakan semua adik beradik abah balik masa tu. hewhew~

Kitorang balik kampung sekejap je, cuma 26 jam jee. Otw dalam perjalanan nak balik, terus hantar aku pegi Puncak Alam dulu pastu baru abah balik rumah.

So, apa yang dibuat dalam tempoh 26 jam ini adalah....

Menikmati keindahan kampung sendiri. Hidup village people!


Well, inilah kampung saya yang sangat klasik. Part paling best kat kampung ni masa nak tidur malam2. sejuk gila namateyy. Tapi time tengahari agak membahang sikitlah, haha. Tapi takpe, villageku tetap di hati :D

keli bakaq
Ni kalau balik kampung ade menu ikan bakar ni memang selera betoii! Pastu cicah dengan air asam. Aku yang dok tolong bakar ikan ni dah meleleh-leleh je air liur sebab tak sabar nak makan, bau dia sedap takleh bawak bincang!

Btw, haritu buat pertama kalinya sektul Mazni yang berumur 19 tahun ini cuba makan jantung pisang. Hahaha tak kampunglah kalau tak pernah makan jantung pisang xD Walaupun setiap kali balik kampung ade je jantung pisang ni... aku tak pernah try makan. Haritu je tiba2 teringin nak cuba, lelzz.

Rambutan flawless
Kat kampung aku ade pokok rambutan. Memang time balik kampung haritu tengok pokok rambutan kat rumah orang lain pun semua merah-merah je. Musim rambutan agaknya. Yang penting rasa dia manis! Haaa lepastu sakit tekak.. Sebab tu kitorang ni tak berapa sangat makan rambutan.. Tapi dah haritu rezeki rambutannya melimpah ruah pulak, makan ajelah~

tengok album2 lama <3
Yang ni rasanya yang paling priceless kot. Pastu mulalah sesi mempertikaikan muka adik beradik abah waktu muda2 dulu. Kelakar okay gambar-gambar ni semua. 

Tapi gambar kitorang yang anak-anak ni, semua comel2 belaka. hehe. Rindunya zaman2 dulu :')

Korang kalau balik kampung selalu buat apaa?

Thanks for reading!