20 Jun 2016

Pulau Perhentian


Assalamualaikum

Pada 27/3 yang lalu, Razali's big family telah merancang untuk ke Pulau Perhentian setelah sekian lamanya tak bercuti ramai-ramai satu family. Biasalah, semua dah besaq, dah belajar, dah kerja. Certeka sape yang sepatutnya kena tinggal tapi dapat pergi? Akulah orangnya. Dan certeka sape yang sepatutnya kena pergi Perhentian ni tapi terpaksa tinggal? 2 orang kakak aku tu, pasai diorang kena kerja. HAHA!

Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Aku ni memang dah lama gila nak pegi Pulau Perhentian. Ni first timelah aku pegi pulau kat Malaysia yang air laut dia kaler turquoise. Sebelum ni pegi Pulau Pangkor, Langkawi tak nampaklah pulak air laut dia kaler greenish-blue gini, huhu.

Btw, cuma 3 family(include family aku) je yang dapat join. Maka marilah kita ke Perhentian Island!

29/5


Sampai je Pulau Perhentian, kitorang terus terjun kat air sebab lawa sangat2! Oh, nak naik boat tu kan, ya Tuhan sakit nak mamp... Paham kan perasaan punggung terhentak bila kena ombak? HAHA!

little nazran yang teruja dapat main air
Masa ni kan, cuaca gloomy sikit. So yeah gambarnya pun agak gloomy jugaklah. Kau tunggu tengahari sikit baru lawa. Tapi apapun, memang lawa banyak gila ikan yall!

blupp blupp
Lepas dah seronok berendam, pukul 10 kitorang dah kena naik bot untuk pegi snorkeling! Best gila weh snorkeling tapi..... berlaku sesuatu yang tidak diingini. Tunggu satgi aku cite...

Kalau kat depan jeti sana tu pun dah banyak ikan, sini jangan cakaplah ikan dia banyak mana. Lawa gilaa! Batu karang bawah laut pun lawa sangat <3

lebih teruk daripada rupa ikan, haha
Ok, perkara yang tidak diingini tu ialah.... Aku mabuk laut... HAHAHA.

Hmm time2 datang tempat cantik macamni pulaklah dia nak mabuk sana mabuk sini. Benda tu terjadi bila bot tengah berhenti kat tempat snorkeling, aku pulak turun laut lambat. So bila duduk atas bot yang bergoyang-goyang dek kerana ombak tu, dari situlah aku mabuk. Bila bot tu bergerak okay je takde rasa apa, tang tengah berhenti tu... Pening tahap nak muntah T____T

Aku dapat snorkeling sekejap je kat sini. Memang rasa rugi sangat! Tapi nak buat camne, daripada aku muntah kat laut sehingga berlaku pencemaran baik duduk atas bot diam2 je kan. Pastu tambah lagi pening, haha!

Dan, lagi 1 perkara yang tidak diingini berlaku ialah battery kamera yi cam dah habis. Aku pulak sejenis makhluk yang yakin bahawa bateri tu takkan habis selama lapan abad, so tu yang tak bawak bateri spare. lol..

Next point pulak ialah tengok penyu. Best sangat abang aku yang dapat menyelam dengan penyu tu. Tapi, kat tempat penyu ni langsung tak amek gambar sebab semua orang mabuk. haha. Apapun, penyu tu tersangatlah besar dan comel <3

Yang ni pulak point ke-3 lebih kurang macam tempat snorkeling mula2 tadi tu, tengok2 ikan je. Time ni mabuk aku dah elok sikit, so terjun jugaklah dalam air nak kasi hilang rasa pening tu. Ayah aku lagi power, dia dah rasa pening pastu pegi tanggalkan life jacket dengan goggle, terus terjun. Tips untuk hilangkan mabuk laut, jangan asyik duduk atas bot. Longgarkan juga ikatan life jacket. Bila ketat sangat tu yang boleh buat korang jadi tak selesa.

Err.. tapi janganlah berani sangat macam ayah aku cabut semua life jacket pastu pegi terjun dalam laut. Ada yang tak timbul pula nanti, haha.

beberapa penyu mutan sedang berenang
Tempat yang terakhir, kitorang pegi Lata Air Berani. Kat sini adalah tempat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pemabuk laut sebab dapat pijak daratan setelah sekian lama asyik duduk dalam air je. Mak aku sampai sini benda pertama yang dia buat terus muntah. hahahaha.


Lata Air Berani ni sebenarnya adalah air terjun. Tapi air terjun dia bukan macam yang selalu kita nampak deras tu. Air terjun kat sini keluar sikit je.

Time mandi air terjun ni memang nikmat gilalah. Air dia sejuk macam ais! Yelah, asyik mandi dengan air masin je kan, bila dapat air tawar tu memang best sangatlah. Haa sape2 yang rasa pening nak muntah tadi tu, lepas mandi air terjun kat sini comfirm rasa segar.

Kemudian, kitorang sambung pula mandi laut kat sini. Ni kira mandi tepi pantailah, takde dah snorkeling kat bahagian laut dalam. Mak aku takut air, so dia tak snorkeling langsung pun tadi. Kat sini baru mak berendam. Adoila mak ni macam kucing pulak takut air.

Btw, aku tak mandi pun kat sini. Kalau tak sapa yang nak amek gambar nanti? TT

ingat sexyeh kettew
my big family!
Kemudian kami balik semula ke jetty. Pukul 3 nanti dah nak kena balik jeti Kuala Besut. Kami lunch kat sini. Makanan dah masak siap2 dari rumah. Bila tengah penat+lapar ni, makan apa pun semua berselera. Rasa bahagia betul makan ramai-ramai satu family besaq camni. Passing2 lauk, rasa macam time raya pulak, ewahh!

budak2 ni tak penah bosan main air
ada jugak gerai2 kat sini. yang penting, ikan goreng dia sangat sedap, isi manis! 
Lepas dah makan, dah tidoq, dah puas mandi laut. Kitorang pun balik kat Kuala Besut. Memang tak tido pun kat Pulau Perhentian ni, pegi balik hari je. Rasanya cukup je kot buat aktiviti dalam masa sehari.


Belah sana tu masjid. Ni kira masjid terapung versi Pulau Perhentian. Masjid dia lawa sangat. Ada ambil gambar pakai phone adik, tapi adik aku tak masukkan pulak gambar phone dia dalam album perhentian ni, lulz sangat. 

sekumpulan ikan. cute gila ikan ni, diorang bertembung dengan geng ikan sebelah pulak. Lepas bertembung, masing2 terlerai :D
Maka... kami pun pulang semula ke jeti Kuala Besut. Aku rasa Pulau Perhentian ni is-a-must-place-to-visit in Malaysia kot. Buat trip satu family atau dengan kawan-kawan kat sini. Snorkeling dia memang best! Kaler laut pun cantik :D

InsyaAllah next trip nak pegi Pulau Redang pula? haha :p


Thanks for reading! Selamat berbuka puasa.

#membantu di bulan ramadhan itu amalan mulia. jika sudi, klik link yg kat tepi2 tu? hihi. Terima kasih!

12 Jun 2016

Semester 3


Assalamualaikum
sunset puncak alam pada 8/6 ketika sedang menunggu ketibaan maghrib utk berbuka puasa. lel
Alhamdulillah masih hidup lagi dekat blog ni. Sebelum tu saya nak mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua walaupun agak terlambat, haha. Bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan, Alhamdulillah.

Seperti yang tertera pada tajuk entry kat atas nuh, dah seminggu aku jadi pelajar semester 3 ni. Rasanya macam semester ni memang malas dia melampau betul, takde semangat and takde motivasi langsung :( Ingatkan aku sorang je yang rasa macamni, bila interview kawan2 lain diorang pun cakap benda yang sama, haha.

Mungkin kerana kecewa dengan result semester 2 yang dah tak dapat anugerah dekan. Atau mungkin kerana merasakan cuti tak cukup sebab masa banyak dihabiskan dengan bekerja masa sem break haritu. Kalau dulu setiap sem aku packing barang seminggu lebih awal, sem baru ni aku packing barang sehari sebelum balik kolej. Kira hebatla tu kan? Last2 banyak benda yang tak bawak sebab memang sengaja tinggalkan kat rumah ._.

Oh ya cakap pasal result kan, aku rasa tak puas hati betul sebab result masa sem 1 dulu dia tak buat majlis anugerah pun, sijil pun langsung tak bagi. Bila result semester 2 ni, sukacitanya dimaklumkan akan ada majlis anugerah cemerlang. Ok aku dengan kawan aku agak tak puas hati disitu. Siut betoi dahlah tak dapat merasa naik pentas. Sekurang-kurangnya bagilah sijil weeiii kenapa ini tidak adil, tidak adil untukku? T__T 

Seminggu yang pertama ni oklah tak bosan sangat sebab ada event. Nama je AJK tugas khas tapi tak buat buat apa sangat pun. Nak tolong kemas mengemas budak lelaki dah buat dulu, haha.


Semalam pulak kitorang main proses pilihanraya untuk subjek koko. Aku rasa mesti bosan kalau setakat jadi pengundi. So bila ada jawatan kosong jadi pihak media, aku dengan Jiji hadid (bukan nama sebenar) menawarkan diri untuk ambil jawatan tu. Cikgu kata dia bagi markah bonus untuk sesiapa yang ambil jawatan, so yeah, haruslah kami mahu :p

SPR dan sultan sedang berbincang. Media ambil gambar kat belakang. lulz
Walaupun dah banyak kali sultan(cikgu koko) halau media duduk luar and jangan ambil gambar sekitar proses mengundi untuk "YB baru", kitorang pedulik apa, lagipun ini main-main je pun :p

So semalam parti yang menang ialah parti Tangan Sado, Parti lagi satu, iaitu parti Ayam Goreng tak menang, tapi still dapat hadiah. Amboi sangat tau dia punya manifesto tu. Macam-macam janji manis diorang bagi. Aku harap sangat satu hari nanti ada monorel di sekitar kawasan uitm puncak alam ni, dan duit RM 300 diberikan untuk pelajar setiap bulan seperti yang dikatakan oleh YB2. Ewah sembang je! :p

So, berbalik pada topik asal, aku masih takde motivasi lagi sebelum the real kuliah start. camne ni? T__T

Maaflah entry ni macam tahpape sikit, saje je taknak blog nampak kosong. Nanti aku sambung balik cerita trip yang tergantung haritu kalau rajin. 

Thanks for reading!

#Ermm... kalau boleh tolonglah klik2 iklan kat tepi tu sekali ye. hehe