Assalamualaikum
Lepas je berposing kat Pinnacles, kitorang terus pegi Lancelin desert. Ini kali pertama aku nampak padang pasir depan mata. Bila tengok desert ni kat dalam tv, nampak macam lembut gila je dia punya pasir tu. Teringin pula saya mahu menjejakkan kaki ke tanah Arab, wahaha!
Tapi dapat tengok padang pasir kat Australia pun jadilah~ Memang dasar negeri mat salleh, padang pasir pun nak putih melepak jugak.
Mula-mula, singgah kat kedai Lucky 7 utk sewa board meluncur. Oh lupa bagitau, tujuan datang lancelin ni haruslah kena sand boarding kat pasir yang putih mulus ni. Apakah kesudahannya apabila 2 ketul anak muda ni meluncur buat pertama kali? Teruskan membaca.
let's!!
wohooooo~!
eh, dah sampai
Pasir dia tersangatlah comel, tersangatlah lembut, putih ya ampun. Menghadap laut lagi. Kalau korang nak tau, pasir-pasir ni semua tak mempunyai bentuk yang tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut arah angin.
No wonder kalau haritu aku datang, pasir tempat aku meluncur tu rendah. Next months korang pulak datang, pasir tu dah jadi tinggi. Yalah, bentuk dia berubah setiap hari.
Sampai Lancelin terus solat bergilir-gilir dulu. Ni kali pertama solat macam the real musafir. Angin kat sini agak kuat sebab berdekatan dengan tepi laut. Telekung dengan sejadah dah mengibas-ngibas dah. Pasir apatah lagi, melekat kat muka masa tengah sujud.
Tak kisah kat mana2 pun, bumi ni memang tempat ibadat bagi muslim. Feel dia memang rasa lain betul bila solat kat tempat2 macam ni. Serba kekurangan tapi masih boleh bersujud menghadap Tuhan tak kira tempat :)
Lepastu, kitorang turun dan pegi cari spot yang best untuk meluncur. Kat padang pasir macam ni sesuai kalau guna kereta 4WD yang tayar besar tu. Pasir kat sini tebal. Ada mat salleh tu kesian betul, tayar kereta dia mendap sampai takleh nak jalan. Itu baru kat depan2, belum masuk kat tengah desert lagi.
So kitorang pun meluncur kat pasir yang agak rendah. Uncle kata ni testing dulu sebelum naik pasir yang lebih tinggi. Yang rendah ni pun... kitorang.... dah nak mati... Payah gila nak naik sampai atas sebab kaki kena 'telan'...
the struggle
an accident
Dah fedup sangat meluncur (padahal baru 3 kali). Kitorang baring2 je kat pasir ni sebab serious fluffy! Bila sentuh tu sampai boleh tinggalkan kesan cap jari! Ok taklah tipu je tu.
Tapi memang lembut sangatt. Sampai mak pun tanya, kenapa tak bawak balik pasir putih tu. Memandangkan mak tak singgah Lancelin masa pegi Aussie dulu, so dia teringin nak tengok pasir putih ni. Sorry mak, tak terfikir pulak time tu! Rasa menyesal juga tak bawak balik.. T__T
boleh buat photoshoot jubah kat sini
Dah rasa separuh mati meluncur ni, kitorang pun nak balik. Then uncle tanya nak naik pasir yang paling tinggi tak. Kalau meluncur kat situ lagi syiokk kot! Tak tersekat-sekat macam kat pasir yang kitorang meluncur tadi.
Kalau boleh memang aku nak sangat meluncur kat pasir tinggi tu, even sekali. Tapi, rasa macam jantung nak tercabut sebab penat sangat. Tu baru pasir rendah dah separuh mati, kalau naik pasir tinggi tu entahla, dah KO kot, haha
pasir tempat kami meluncur
Pasir tinggi
Konghasam betul dia punya perbezaan tinggi tu! Adakah kitorang ni terlampau lemah sangat sebab takleh tahan penat untuk panjat pasir yang rendah macamtu?! *emo jap* Sepatutnya kalau tahu, tak payah pegi kat pasir testing tu. Terus je meluncur kat pasir yang tinggi ni TT
Maka, selamat tinggal Lancelin! Ni last stop sebelum kitorang balik ke homestay Marangaroo.
hey Marangaroo, we're home!
Tamat sudah kisah road trip di Aussie. Total perjalanan kami pergi dan balik ialah 1000 km lebih. 3 hari 2 malam yang totally worth it! Seronok dan puas hati sangat dengan servis Cuti Perth. Uncle Saf bawak je kat mana2 tempat yang kitorang nak pegi. Makan semua pun cukup, dapat tengok tempat2 yang cantik dan menarik. Sampai sekarang pun still rindu lagi dengan layanan baik uncle Saf T__T
Kalau korang tak tahu sangat nak berjalan di sekitar perth ataupun buat road trip jauh2 di bahagian west australia ni, boleh gunakan servis cuti perth sebagai tour guide korang! Dalam entry ni aku dah cerita sedikit pasal tour guide kitorang. So, don't worry pasal makanan, tempat solat or takut tersesat jalan ke apa. It's a muslim tour with experience guide okay :)
any inquiry, email to cutiperth@gmail.com
or ask facebook cuti perth
tengok mata kucing kat belakang tu, lol.
Thanks for reading! See u next entry. toodles~