29 Dec 2015

Tahun ini...


Assalamualaikum

Sebab sekarang ni dah penghujung tahun 2015.. So aku rasa macam nak buat appreciation post untuk tahun 2015 ni, huahuahua. Maaflah kalau blog sedikit berhabuk. Eh bukan sikit, memang dah banyak berhabuk punn. Aku bukak je blog ni untuk blogwalking blog orang, tapi nak publish entry kat blog sendiri tu takde idea dan malas :p #bloggerpemalas

2015 nilah tahun yang membawa aku ke alam baru. Ewahh, kemain kau alam baru~ Yelah, sebelum ni kita dah sekolah berbelas-belas tahun, so rasa lain sikitla kan bila masuk je tahun 2015 ni dah takde pegi sekolah macam dulu dah, haha. *sebenarnya tengah rindu sekolah T__T*

Bagi aku, tahun ni kira best jugaklah. Best untuk diri aku, bukan best untuk ekonomi negara. Yang tu semua orang pun tau macam mana kan *smirk*

Of course aku banyak belajar pasal persekitaran baru sepanjang tahun ni. Daripada masa aku start buat kerja sambilan tu, sampailah aku dah masuk belajar, berkawan dengan orang yang berlainan negeri, hidup berdikari. Those moments are soo precious~

Kronologi 2015. (kah!)

January-february
Tahap kesedihan yang melampau dimana airmata banyak mengalir pada ketika ini, haha. 1, takleh terima aku dah habis sekolah(lol). 2, asyik buat silap time kat tempat kerja pastu kena marah ngan bos. 3, rasa diri tak guna. 4, risau dengan result SPM.

Aku pun taktau asal 2 bulan pertama ni aku down teruk gila. Tahap teruk dia tu sampai rasa takleh nampak masa depan do. hahaha T__T

March-may
Telah mendapat sinar kebahagiaan dan sambung kerja balik :p
gambar takde motif :p

June-october (time tengah ada life)
-Dah start belajar
-Berjaya hidup berdikari
-Dapat kenal dengan kawan2 baru dari macam2 pelosok negeri
-Jadi friendly sikitlaa~
-Dah reti berfesyen sikit. Dulu style macam makcik makcik, lol
-Busy macam PM dan stress memanjang sebab siapkan assignment

November (time tengah takde life)
Sedang menjalani proses pereputan yg berleluasa sebab cuti sem

Disember
Dah masuk sem baru, dah pindah tempat baru!
Dan penghujung tahun 2015 ni agak sedih sikit.. For sure, it reminds me of death :'( al-fatihah buat arwah ummi..(pengasuh drp kecik @ jiran)

Terima kasih 2015! :)
Thanks for reading!


16 Dec 2015

Kisah menabung

Assalamualaikum
tabung pun gedik nak pakai flower crown tau

Untuk sem 2 ni, aku rasa aku kena start menabung sebab sem lepas dah banyak sangat membazir. Taubat dah ohh.. Oleh itu, aku gigih bawak tabung datang sini. Daripada dia duduk kat rumah dan takde isi apa2, baik aku bawak je kan. At least adalah jugak tempat nak simpan duit-duit ni daripada bersepah dalam lacilah, dalam poketlah. Bahaya kalau letak dalam dompet, nanti mesti terguna duit tu. Haha.

Ye, sekarang aku berjaya dalam misi menabung ni. Aku target belanja sehari mesti RM10 atau kebawah. Paling banyak aku boleh kumpul dalam sehari RM5 laa. Itu pun kalau hari tu nafsu makan aku tak melampau macam jin. Berjimat cermat kan amalan mulia. So dalam seminggu tu dapat jugakla kumpul berbelas-belas ringgit.

Cuma masalahnya sekarang, bila duit belanja kat dalam dompet dah nak dekat habis, aku macam tak sampai hatilah nak mintak duit kat mak abah sebab dalam tabung yang aku kumpul tu still ada duit lagi. Cuma nak guna tu sayanggg. Kenapa walaupun tengah menabung still rasa bersalah eh? :(

Time sekolah dulu senang gila nak menabung kott. Tapi bila dah tak duduk kat rumah ni, memang kena berjimat cermat habislah, haha. Kalau guna duit pun untuk makan je. Waaaaa memang aku ni ditakdirkan tak boleh menabung ke apaaa?

Emm sapa ada tips? T__T 

Btw boleh tak tolong like untuk video FYP kakngah ai? Diorang perlukan at least 500 likes untuk dapat 5% marks. Nampak je 5% tu macam sikit gila kan tapi sebenarnya 5% tu umpama berlian di mata diorang, hahaha. Maklumlah, budak final year :p Takyah tengok sampai habis pun takpe, klik like je kat bawah ni.


Thanks for reading!

10 Dec 2015

Tempat baruuu


Assalamualaikum

Aku taktaulah kalau korang rasa tajuk entry kali ni macam aku teruja sangat dapat pindah tempat baru ke apa but honestly, taklah teruja mana pun. Aku dengan kawan2 yang lain tengah mengalami proses pereputan yang maha dahsyat. Terutama time takde kelas. 

Apapun ni bukan tempat yang sepatutnya kitorang kena pindah pun. Duduk kat kolej ni sebulan je, lelaki angsana, perempuan rafflesia. Tempat yang sepatutnya kitorang kena pindah ada masalah sikit. Fac pun kitorang takde lagi tau. Buat sementara waktu ni terpaksalah belajar kat fakulti sains kesihatan. Bagaikan pendatang asing, uhukzz.

Anyway, aku suka duduk sini sebab tempat ni cantik. Tapi bab nak keluar... Nak tunggu bas... Yang tu aku hanya mampu ketawa sambil menangis jekot.. Yang paling penting dia punya sunrise dengan sunset kat sini lawo. Aku rasa kamera phone aku penuh dengan gambar langit je sepanjang duduk kat sini. Sanggup tu lepas subuh DUDUK ATAS MEJA yang mengadap tingkap semata-mata nak amek gamba sunrise. Sahaja aku men-capslock-kan ayat itu supaya korang nampak sikit kegigihan aku HAHAHA!

Sebenarnya, aku taktau nak tulis entry apa sebab memang takde cerita yg menarik pun, hahaha. Kalau gambar tu banyaklah. Maka, biarlah gambar berbicara~
                        
 

nampak lebih mengerikan pada waktu malam...


Haraplah proses nak pindah kat tempat yg lebih baru untuk bulan depan berjalan dengan lancar. Dah penat tau asyik pindah2 je. huhu

Thanks for reading!