Assalamualaikum
Masa hari isnin minggu lepas, aku ada dapat mesej dari uitm untuk datang panggilan temuduga kat uitm shah alam dan kena pegi interview hari sabtu. Aku pilih Graphic design. So dalam tempoh kurang dari seminggu tu aku kena buat preparation. Masukkan sijil-sijil penting, buat portfolio. Tapi hasil yang aku mampu siapkan sikit sangat... Pasrah jelah..
Bagi yang berminat nak ambil course art and design, benda yang WAJIB korang kena bawak ialah portfolio. Kalau boleh dalam buku sketch tu lukislah sebanyak yang mampu supaya tak nampak kosong. Tak kisahlah kalau tak lawa sangat or tak warna pun, janji jangan nampak kosong. Untuk yang ambil aliran art masa sekolah dulu, korang MESTI bawak folio yang kena buat time SPM dulu tu.
Tapi the worst thing is, aku amek aliran seni time sekolah dulu, tapi folio tu aku sendiri tak sempat nak pegi amek kat sekolah atau dengan erti lain aku tak bawa folio tu. Kau rasa?
|
satu-satunya gambar yang sempat diambil |
Aku sampai sharp pukul 8:30. Sampai-sampai tu terus daftar dan ambil nombor giliran. Lepastu kitorang kena masuk dewan, dia bagi penerangan sikit pasal course art and design ni. Art and design ni ade banyak tau. Ade seni halus, photography, seni tekstil, graphic, fesyen, percetakan dan lain-lain yg aku lupa namanya. hahah.
Lepas dah habis tu terus kitorang kena bawak pegi satu bilik ni dan kat situ kitorang ade ujian melukis. Masa diberi satu jam. Kat dalam bilik tu ada lebih kurang 20 orang calon dan meja kitorang mengelilingi satu objek yang sangat bersepah susunannya. Dia macam... ada satu kerusi diletak kat atas meja, pastu kerusi tu kena tutup dengan kain warna hitam sampailah kain tu berjurai kat lantai. Haa benda tu kau kena lukis ikut dari sudut yang kau nampak. Aku pun macam.... okay berseni sungguh objek yang kitorang kena lukis harini. Alhamdulillah aku sempat siapkan lukisan tu sekali dengan ton warna dalam tempoh 1 jam.
********************
Setelah hampir beberapa jam tunggu turn aku nak kena interview, Dalam pukul 3:40 camtu baru dia panggil. Bayangkan dari pukul 8:30 sampai kepetang baru aku kena interview? Memang ramai jugaklah calon yang datang haritu. Parents aku yang menunggu dalam kereta tu aku takleh bayang macam mana bosannya diorang haritu, hahaha.
Sebelum interview, kena naik atas pentas sebab nak semak dokumen-dokumen semua tu. Lepas dah siap dia suruh kite duduk betul-betul kat tengah pentas sambil tunggu meja panel yang kosong. Malu oii, dahla aku sorang je yang duduk kat pentas masatu. Nasib baik yg tengah tunggu turn kat bawah tu tak ramai. Ramai yang dah balik.
Dan lepastu, aku nampak satu meja panel ni kosong, terus aku turun, bagi salam kat 2 orang penginterview tu dan duduk. Jangan lupa bagi salam dan senyum ya gais.
Memula aku macam blur sekejap. Betul ke ni tempat interview? Berdasarkan apa yang aku google, diorang semua kata time interview kena masuk bilik. Aku tanya kawan aku yang interview course architecture. Diorang kata time interview tu kena masuk bilik sorang-sorang. Tapi course kitorang ni lain, dia interview kat tempat terbuka. So takdelah nervous sangat :D
Kebanyakan dialog yang aku baca dari blog senior dulu2, soalan yang diorang akan tanya ialah;
-Perkenalkan diri awak
-Ceritakan latar belakang keluarga
-Apakah maksud graphic design pada pandangan awak?
-Kenapa pilih bidang ni?
-Apa kelebihan memilih bidang ni?
Tapi dalam banyak-banyak soalan tu, dia cuma tanya aku satu soalan je. Dia tanya maksud graphic design. Pastu dengan tergagap-gagap serta BI yang hancuss, aku jawablah setakat mana yang aku tau. Jawapan yang aku bagi memang agak tak memuaskan dan pendek :( Aku ade hafal maksud graphic design ni dalam bahasa english, sekali bila dia tanya.... zupppp! Terus hilang ingatan. Geram sikitlah sebab aku hafal article tu untuk jawab kat dia. Sekali dah keluar dewan tu baru ingatan pulih balik. Lolz betullah.
Sebenarnya kalau time interview ni kita tak payah hafal pun article ke apa semua tu. Kena fahamkan je. Bila kita faham apa yang kita baca automatik nanti time dia tanya kita boleh jawab secara spontan.
Lepastu dia pun mintalah artwork yang kita dah buat dan nanti ada ujian color blindness sikit. Cuma bagitau warna dan nombor apa yang kita nampak dalam gambar tu. Aku julingkan mata untuk nampak nombor tu, hahaha.
|
lebih kurang cenggini |
Dannn, tak sampai 5 minit interview aku pun tamat. Apeni kenapa satu soalan je yang dia tanya? Punyalah aku dah karang karangan tentang diri aku dengan family aku tau. Sebab hari dah makin petang, agaknya penginterview tu pun bosanlah asyik tanya benda yang sama je sejak pagi tadi. Ramai lagi kot orang yang dia interview.
So taktaulah aku ni nak dikategorikan sebagai bertuah ke tak. Bertuah sebab dia tak tanya banyak soalan. Risau sebab bila dia tak tanya banyak soalan, tandanya dia macam malas nak ambil kita masuk belajar kat situ.. So, aku pilih nombor 2. Uuuuu....
Apapun, sekarang ni tawakkal jelah sampai result keluar. Aku pun nak ada chance masuk universiti, nak berjaya macam orang lain. Tapi kalau tak dapat mungkin takde rezeki. Perancangan Allah lebih baik.
Orang yang yang kena panggil interview ni orang-orang yang terpilih je tau. Kau bayangkan dalam banyak-banyak orang yang mintak course ni tapi dia pilih kau jugak. Jangan sia-siakan peluang tu. (Mommyku sayang)
Thanks for reading entry yang telah basi selama 3 hari ni!
Salam alayk'