Hari jumaat haritu kitorang satu family pegilah kat IOI Mall. Ni sebab nak meraikan gaji pertama aku, kenalah belanja family makan. Dah ade duit takkanlah kita guna untuk diri sendiri je kan, sharelah sikit hasil usaha kita dengan keluarga terchenta. awww~!
So restoran yang kitorang makan ni nama dia The Manhattan Fish Market. Kakak aku yang cadangkan makan sini sebab dia kata makanan kat sini sodapp sangat. Aku pun memang suka makan seafood so mungkin restoran nilah yang terbaik. Kat sini menu dia semua penuh dengan ikan uolls!
Grilled Gala Platter - RM57.90
Haaa yang ni seafood platter. Kalau nak makan memang kena share Sebab yang ni ade nasi. Kitorang share 4 orang pun dah kenyang. Memang sedap! Fillet dia pun lembut je. Selain fillet, dalam dia ade kupang, udang, sotong. Not bad!
Hasil kerakusan kami 4 orang. licin!
Manhattan Fish n' Chips (dory) - Rm12.90
Yang ni parents aku yang order. Fish n' Chips ni ade 6 pilihan ikan. Harga semua lain-lain mengikut jenis ikan. Kalau engko pilih ikan yang mahal, harga dia pun mahal jugaklah. Macam mak ayah aku ni pilih ikan dory je. Ayah aku yang tak berapa nak makan makanan barat pun kata ikan ni sedap.
Scallop USA Spaghetti - RM19.90
Spaghetti ni dimakan oleh adik aku. Yang ni rasa dia spicy sikit. Nampak tak lada benggala dengan sprinkled2 chili tu, haaa tu tandanya pedaih sikitlah. Rasanya boleh tahan sedap. Portion dia pun banyak untuk sorang makan.
Blue Lagoon - Rm 10.90
Melon Breeze - RM 9.50
Warna air ni cantik sangat! Dah lama teringin nak minum air camni. Oh actually ni air gas je. Belong to my brotah n sistah. Aku? Order sky juice je. Sihat dan tak menggemukkan xD
Rate:
4.8/5
Lot G00B5, Ground Floor, IOI City Mall, 47100, Puchong.
Thanks for reading!