15 Dec 2014

Throwback Bali island


Assalamualaikum

*Entry yg penuh dgn gambar

Orang kata benda lama tak usah dikenang, tapi aku nak kenang jugak sebab kat Bali ni memang best! 

Aku pergi Bali masa tahun 2011 bersamaan dengan tingkatan 2. Tulah kali pertama aku naik kapal terbang. Wehuuu~

Dari Malaysia nak ke Bali memakan masa hampir 3 jam. Walaupun Bali ni duduk kat Indonesia, tapi pulau dia jauh. Nak dekat sampai Australia dah. Bali ni jangan cakaplah cantik dia macam mana, air laut dia biru gitu. Boleh nampak ikan-ikan yang berenang kat dalam laut pasal jernih sangat airnya. Subhanallah, memang cantik.

Oh lupa nak cerita, majority penduduk kat Bali ni semua agama hindu. Dan tak lupa juga, kalau pegi Bali perkataan "babi guling" tu memang korang selalu sangat nampak okay. Tempat penginapan kitorang pun bersebelahan dengan restoran babi guling atau nama sopannya "cadbury guling" haha. Eh, cadbury dah halal balik kan?

*********************************
Tempat pertama yang kitorang datang sebaik je sampai kat Bali ialah Pantai Kuta. Pantai ni cantik sangat tapi sebab kitorang sampai waktu senja maka dia punya scenery tu jadi samar-samar jelah. Plus, kualiti kamera masa ni buruk gila. *cedih*

gambar buruk dari aku

gambar lawa dari google

Kitorang ada jugak melawat kuil-kuil kat Bali ni. Kalau korang tengok rupa pura(kuil) dorang , mesti ada menara bertingkat-tingkat yang 'berambut'. Nampak macam menara pagoda pun ada.

Kawasan dekat pura ni memang luas. Banyak rumput-rumput hijau, Penuh dengan senibina Bali. Memang cantiklah. 







ini kuil lain(danau bedugul)


***************
**update gambar baru. lupa nak masukkan tadi xp


Lokasi yang paling popular kat Bali ialah Tanah Lot. Kat Tanah Lot ni ombak kuat gila. Tapi tempat ni memang cantik. Ada satu fenomena geografi yg kau belajar waktu tingkatan 1 dulu, kita panggil dia sebagai "gerbang laut". Bukan senang nak jumpa gerbang laut ni. 

Rupa gerbang laut tu lebih kurang camnilah. Ada Lubang kat tengah-tengah.

Nah, i'm kidding. Gambar sebenar dia yang ni; 
kredit google
Dekat Tanah Lot ni yang ada upacara memuja, tarian tradisional dan pijak-pijak api tu. Kitorang tak tengoklah sebab masa tu dah maghrib and kat tepi laut lak tu. Comfirm ada banyak setan berkeliaran. Plus, diorang tengah buat upacara pulak tu. Tapi ramai je orang yang tengok sebab nak tengok kebudayaan Bali.

And, satu benda yang paling aku tak suka masa kat Bali ni bila dengar bunyi-bunyi pemujaan. Time kat Tanah Lot ni 2 kali dah dengar suara orang yang baca ayat2 mentera atau ayat panggil makhluk tu. Meremang bulu roma aku dengar. 

Setiap kali waktu subuh kat hotel pun sama, memang suara tu akan mula bunyi. Agak creepy haha.

****************
Pantai yang paling cantik pernah aku jumpa kat Bali ni, Pantai Nusa Dua. Kat sini je yang kitorang sempat mandi. Air dia memang biru sangat! Syukur sebab kawasan yang kitorang mandi tu tak ramai orang. 



**************
Next, kitorang ada pegi tengok dolphin kat Lovina. Disebabkan Bali ni tak jauh sangat dari Australia, adalah dolphin-dolphin yang tersesat kat situ. Kitorang bangun pukul 4 pagi semata-mata nak tengok incik dolphin ni. Sambil-sambil tu dapat juga tengok matahari terbit. Memang lawa!




Bila matahari dah start naik, terus incik dolphin keluar dengan gembira.



30 minit duduk kat laut, aku pun mulalah mabuk laut. Nasib tak termuntah kat laut. Kang marah incik dolphin tu. xD

**************
Lokasi seterusnya kat gunung Kintamani.  Kitorang makan kat restoran yang memang betul-betul berhadapan dengan volcano. Orang kata gunung berapi ni masih aktif. Dan kat sebelah volcano tu ialah Danau Batur. Cuaca kat sini memang sejuk dan berangin. Angin asyik tampar pipi aku je, sampai merah jadinya.. Cewahh ayat hiperbola sungguh!




*************

Next, kitorang pergi melawat kat temple Uluwatu. Kat sini memang lawa. Kalau pergi Bali, mohonlah datang kat Uluwatu ni untuk menikmati pemandangan yg indah



muka aku tak ready sangat T__T


Sebenarnya ada lagi tempat-tempat lain yang aku pergi. Pergi lawat ladang kopi luak(kopi tahi musang), tengok padi bertingkat-tingkat kat Tengalang. Tapi gambarnya entah kemana, hahaha.

Masa kitorang 3 beradik dah balik Malaysia dengan makcik aku, parents kitorang ada singgah kat Jimbaran. Kat Jimbaran ni ada restoran tepi pantai dan korang boleh tengok sunset. Tapi makan kat situ mahal sikitlah.
kredit google
Bali dikategorikan antara pulau yang tercantik di dunia. Banyak tempat tarikan pelancong yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Kat Bali ni antara lokasi pilihan yang terbaik untuk ber-honeymoon. Tak rugi datang sini, dapat tengok ciptaan tuhan yang indah-indah belaka tau u olls.

Thanks for reading!

30 comments:

  1. bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeee...nak p jugak T_T

    ReplyDelete
  2. OMG Mazni!!!
    Jeles banget nih,hehehe. Cantik sangat pemandangan, nak-nak part dolphin tu,aaaAAAA!!!
    Oke,terlebih sudah,hahahah. Sorry mazni XD

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum. Ya ALLAH .. bestnya !! ^^ Jelez sngt. doakan kte dpt gi sna jga ye. dn tmpt lain :D

    ReplyDelete
  4. gunung kintamani tu boleh daki tak? hehe sy suka sgt gerbang laut tuuuu. lagi2 berbackgroundkan sunset :D

    ReplyDelete
  5. Bestnya hmm hmm
    Hahahahha part patrick tu takleh belah heehhehehheheh.

    Ala nak gak mana aci.
    Kita pon jeles dgn mazni hm hm

    ReplyDelete
  6. cantiknya pemandangan kat Bali ni...

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnyaa tempat di bali ,haha jelesnya...nanti nk bwk family saya pergi sana jgk lahh :)

    ReplyDelete
  8. Bali memang best,, Pura Tanah Lot tu memang gempak, kat situ kalau tengok matahari terbenam memang best ,, Oh ya 'babi guling' tu apa ? babi berguling or kawasan ? maklumlah tak pernah pi Bali, tapi sebagai seorang yang addicted dengan Indonesia, Bali ni wajib tahu. :D

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, untungnya Mazni pernah jejak Bali ni. Akak teringin sangat nak ke Bali. Yang paling akak jealous bab dolphins tu. Akak memang teringin sangat nak tengok dolphins dekat habitat semulajadi dia. Tak sangka pula dekat Bali tu ada dolphins.

    ReplyDelete
  10. fuhh habis jugak baca entry ni..panjang jugakyea? MAcam best je..tgk gambar-gambar semua lawa *0* Anyway..art trade sudah siap..http://faranymboboiboy.blogspot.com/2014/12/art-trade-holiday-planner-2.html

    ReplyDelete
  11. Yay . Kak Liya pon pernah pergi tempat2 yang di mention kat atas, Satu ja yg tak bes kat Bali, Makanan tak sedap :)

    ReplyDelete
  12. Ughhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Pegi Bali bestttttttttttt nyaaaaaaaaa !! Wuhuuu Mintak2 ada rezeki. Nak gi sana gak >< Pantai cantik ! Paling suka part dolpin tuuu.. Ufff ~~

    ReplyDelete
  13. Ubud dengan Pasar Sukawati awak pergi tak??? haritu saya tak dpt pergi Lovina..best nya pulak..next time nak pi la tengok Dolphin..

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  14. thank datang blog kita...u guna kamera model apa?cantiknya kualiti gambar!shout kat shoutmix kita k...hihkhikhik..blog pon lawa ^^

    ReplyDelete
  15. cantiknya gambar masa sunset tu..! blog pun dah cantik..sorry kita skip2 sbb gambar banyak sangat..malas nak f5 ..hehehe

    ReplyDelete
  16. cantiknya pemandangan disini

    ReplyDelete
  17. Subhanallah, indahnya panorama kat Bali tu yer... Teringin nak pegi ^-^

    ReplyDelete
  18. Syoknya,,bila lah i nak sampai ke bali ni..huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. Memang menarik gila kat sana.. Geram je tengok T-T Cantiknya pantai dia biru je haihh bila lah dapat pergi sana.. Untung nya kak mazni T-T

    ReplyDelete
  20. Hahah tetiba ada gamba Starfish Spongebob..Tokojut den =p

    Salam kenal..Follower ke #1603

    ReplyDelete
  21. hu :'( saya saja yang orang indonesia tak pernah pergi kak situ :'( beruntungnye engkau :)

    ReplyDelete
  22. cantiknya bali..
    selalu dgr orang kata bali best, tak pernah rasa nak pergi.
    Tapi lepas baca entri awak, kita nak pergi !!

    ReplyDelete
  23. Wuaaaa!memang cantikk lah!one fine day!ergghhh!byk gila dh wishlist ni..haha...

    ReplyDelete
  24. wahh. bestnyee mazni dah sampai bali. tempat idaman nak p tuuuu.

    ReplyDelete
  25. syok nya pi bali mazni oi! hehhee

    ReplyDelete
  26. tgk gmbr2 ni mmg tingin nk pegi tp.................... ;-)

    ReplyDelete
  27. menarik menarik tapi tak pernah senaraikan bali sebab banyak kuil hahaha. betul la tu jampi jampi dia banyak sangat and stress pulak rasanya. tak kan nak join tngk dia puja puja kan..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~