Assalamualaikum
*Entry yg penuh dgn gambar
Orang kata benda lama tak usah dikenang, tapi aku nak kenang jugak sebab kat Bali ni memang best!
Aku pergi Bali masa tahun 2011 bersamaan dengan tingkatan 2. Tulah kali pertama aku naik kapal terbang. Wehuuu~
Dari Malaysia nak ke Bali memakan masa hampir 3 jam. Walaupun Bali ni duduk kat Indonesia, tapi pulau dia jauh. Nak dekat sampai Australia dah. Bali ni jangan cakaplah cantik dia macam mana, air laut dia biru gitu. Boleh nampak ikan-ikan yang berenang kat dalam laut pasal jernih sangat airnya. Subhanallah, memang cantik.
Oh lupa nak cerita, majority penduduk kat Bali ni semua agama hindu. Dan tak lupa juga, kalau pegi Bali perkataan "babi guling" tu memang korang selalu sangat nampak okay. Tempat penginapan kitorang pun bersebelahan dengan restoran babi guling atau nama sopannya "cadbury guling" haha. Eh, cadbury dah halal balik kan?
*********************************
Tempat pertama yang kitorang datang sebaik je sampai kat Bali ialah Pantai Kuta. Pantai ni cantik sangat tapi sebab kitorang sampai waktu senja maka dia punya scenery tu jadi samar-samar jelah. Plus, kualiti kamera masa ni buruk gila. *cedih*
gambar buruk dari aku
gambar lawa dari google
Kitorang ada jugak melawat kuil-kuil kat Bali ni. Kalau korang tengok rupa pura(kuil) dorang , mesti ada menara bertingkat-tingkat yang 'berambut'. Nampak macam menara pagoda pun ada.
Kawasan dekat pura ni memang luas. Banyak rumput-rumput hijau, Penuh dengan senibina Bali. Memang cantiklah.
ini kuil lain(danau bedugul)
***************
**update gambar baru. lupa nak masukkan tadi xp
Lokasi yang paling popular kat Bali ialah Tanah Lot. Kat Tanah Lot ni ombak kuat gila. Tapi tempat ni memang cantik. Ada satu fenomena geografi yg kau belajar waktu tingkatan 1 dulu, kita panggil dia sebagai "gerbang laut". Bukan senang nak jumpa gerbang laut ni.
Rupa gerbang laut tu lebih kurang camnilah. Ada Lubang kat tengah-tengah.
Nah, i'm kidding. Gambar sebenar dia yang ni;
|
kredit google |
Dekat Tanah Lot ni yang ada upacara memuja, tarian tradisional dan pijak-pijak api tu. Kitorang tak tengoklah sebab masa tu dah maghrib and kat tepi laut lak tu. Comfirm ada banyak setan berkeliaran. Plus, diorang tengah buat upacara pulak tu. Tapi ramai je orang yang tengok sebab nak tengok kebudayaan Bali.
And, satu benda yang paling aku tak suka masa kat Bali ni bila dengar bunyi-bunyi pemujaan. Time kat Tanah Lot ni 2 kali dah dengar suara orang yang baca ayat2 mentera atau ayat panggil makhluk tu. Meremang bulu roma aku dengar.
Setiap kali waktu subuh kat hotel pun sama, memang suara tu akan mula bunyi. Agak creepy haha.
****************
Pantai yang paling cantik pernah aku jumpa kat Bali ni, Pantai Nusa Dua. Kat sini je yang kitorang sempat mandi. Air dia memang biru sangat! Syukur sebab kawasan yang kitorang mandi tu tak ramai orang.
**************
Next, kitorang ada pegi tengok dolphin kat
Lovina. Disebabkan Bali ni tak jauh sangat dari Australia, adalah dolphin-dolphin yang tersesat kat situ. Kitorang bangun pukul 4 pagi semata-mata nak tengok incik dolphin ni. Sambil-sambil tu dapat juga tengok matahari terbit. Memang lawa!
Bila matahari dah start naik, terus incik dolphin keluar dengan gembira.
30 minit duduk kat laut, aku pun mulalah mabuk laut. Nasib tak termuntah kat laut. Kang marah incik dolphin tu. xD
**************
Lokasi seterusnya kat gunung Kintamani. Kitorang makan kat restoran yang memang betul-betul berhadapan dengan volcano. Orang kata gunung berapi ni masih aktif. Dan kat sebelah volcano tu ialah Danau Batur. Cuaca kat sini memang sejuk dan berangin. Angin asyik tampar pipi aku je, sampai merah jadinya.. Cewahh ayat hiperbola sungguh!
*************
Next, kitorang pergi melawat kat temple Uluwatu. Kat sini memang lawa. Kalau pergi Bali, mohonlah datang kat Uluwatu ni untuk menikmati pemandangan yg indah
|
muka aku tak ready sangat T__T |
Sebenarnya ada lagi tempat-tempat lain yang aku pergi. Pergi lawat ladang kopi luak(kopi tahi musang), tengok padi bertingkat-tingkat kat Tengalang. Tapi gambarnya entah kemana, hahaha.
Masa kitorang 3 beradik dah balik Malaysia dengan makcik aku, parents kitorang ada singgah kat
Jimbaran. Kat Jimbaran ni ada restoran tepi pantai dan korang boleh tengok sunset. Tapi makan kat situ mahal sikitlah.
|
kredit google |
Bali dikategorikan antara pulau yang tercantik di dunia. Banyak tempat tarikan pelancong yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Kat Bali ni antara lokasi pilihan yang terbaik untuk ber-honeymoon. Tak rugi datang sini, dapat tengok ciptaan tuhan yang indah-indah belaka tau u olls.