5 Feb 2014

Boleh ke sekejap berpurdah, sekejap tanggal?


{entry autopublish je ni}

Assalamualaikum
Kadang-kadang selalu jugak aku tengok orang tu sekejap pakai purdah, sekejap tanggal. Persoalan disini, boleh ke buat macamtu? Apa yang aku tau, bila dah pakai purdah ni bukan boleh tanggal sesuka hati. Dan kat bawah ni aku printscreen jawapan Ustaz Azhar Idrus dari fb. Harap bermanfaat


Some of people yang aku nampak, ramai yang suka berpurdah kerana nak nampak cantik. Salah bila kita niat macamtu. Ada juga yang selalu upload gambar berpurdah dalam facebook tapi kat luar sebenarnya tak pakai pun. Itu main-main namanya. Ada juga yang pakai purdah sebab nak sorokkan sesuatu. Itu lagi main-main.

Purdah tu pakaian yang baik, jangan jadikan ia sebagai aset kecantikan atau nak berselindung daripada sesuatu. Sebab tu kalau nak pakai purdah kena fikir betul-betul. Kalau boleh istiqamahlah, dan yang paling penting ikhtilat kena jaga, akhlak pun kena jaga juga.

Sekian, Assalamualaikum

9 comments:

  1. betul.betul. ada baiknya kalau niat nak pakai. niat sekali dlm diri utk istiqamah. supaya tak timbul fitnah. :)

    ReplyDelete
  2. dengan erti kata lain..apa sahaja kite buat perlu ikhlas..itu adalah tunjang utama ;)

    ReplyDelete
  3. Berpurdah itu biarlah ikhlas dan istiqomah. Kalau rasa sekejap nak pakai sekejap nak buka, lebih baik jangan lagi. Bila dah betul2 rasa mampu dan boleh istiqomah, bolehlah pakai. Betul apa yang kak mazni kata yang berpurdah bila di facebook tu. Apa tujuannya? Jadi kenalah fikir dulu kan.

    ReplyDelete
  4. pada ana bergantung pada niat seseoranglah kan..asalkan tidak menyalahi hukum syarak..

    ReplyDelete
  5. Ingat lagi ada seorang hamba Allah berkata. Apabila kita memakai purdah sebenarnya kita memikul tanggungjawab yang besar. Iaitu, menjaga imej Agama Islam itu sendiri. Sebab orang akan melihat orang berpurdah ni dengan pandangan dan rasa hormat yang tinggi. Wallahu A'lam :)

    ReplyDelete
  6. istiqamah tu penting.
    tapi kalau nak mula pakai sikit demi sikit tak salah.
    mana tahu lama-lama nanti jadi kebiasaan.

    tapi kalau sekejap pakai sekejap bukak, sedangkan dah cuba pakai purdah bertahun dan sekadar nak buat sebagai aset kecantikannya je, *bak kata cik mazni kat atas* baik tak payah.

    itu mcm tak bersungguh2 dan mempermainkan saja.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info akak .. Niat kena betul bila berpurdah ni , bukan sebab nk nmpak cantik aje

    ReplyDelete
  8. Izinkan saya bertanya...saya masih belajar lagi mengenai purdah...Dan saya bukan yg berpurdah lagi...tpi sya hnya ingin Cuba² berpurdah klau nk kluar berjalan...xpe ke? Sya hnya nk Cuba berpurdah Dan nk merasai perasaan tu...terima kasih

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~