30 Dec 2013

Bila 2014 menjelma...

Assalamualaikum
Huarghh.. sekolah nak mula dah. Rasa gembira ada, sedih ada, takut pun ada. 

Aku tengok ramai bloggers yang dah tukar design blog sendiri sempena 2014 yang akan tiba nanti. Aku? Hehehehe malaslah, lagipun tahun depan aku mungkin tak aktif berblogging sangat dah. Sekolah kann~ Boleh dikatakan blog ni nanti akan kesunyian selama hampir setahun. Tunggu lepas SPM baru aktif balik. Alah normallah tu~

So lepasni, aku cuma boleh guna komputer setiap hari sabtu je, hari sekolah tak boleh. Sehari jelah dalam seminggu. Tak hairanlah kalau aku jarang blogwalking nanti. Sekarang masa cuti sekolah ni pageview blog gempak je semua, nanti start sekolah merundumlah balik, alahai sedihnya.. Takpelah, setahun je.. uhuks~ 

Ok, check list untuk persiapan sekolah nanti. Buku, alat tulis, kasut, beg semua dah ada. Actually barang-barang sekolah semua pakai mana yang ada je, Tapi kasut je aku beli baru, itu wajib tukar! Kasut haritu dah musnah xD Yang lain tu tak payah nak bazir-bazir beli baru, tahun depan tahun last kat sekolah. 

Tapi satu je yang belum ada lagi, azam tahun baru. Mestilah setiap orang berazam tahun baru ni akan jadi tahun yang terbaik untuk mereka. Aku pun mengharapkan yang terbaik. Tapi kalau nak dapat yang terbaik tu usaha kena ada jugak. Nasihat ni lebih kepada untuk diri aku sendiri, dahlah pemalas :p

Mungkin terlalu awal, tapi aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita berjaya dalam bidang masing-masing untuk tahun 2014 ni. Chaiyok batch 97' {SPM} dan batch 99' {PBSMR}. Aku tahu ramai budak-budak PBSMR yang terseksa sekarang ni tapi nak buat macam mana kan, kerajaan dah tukar sistem exam pulak. Kesian pulak tengok adik aku. Harap bersabarlah ye~

Last but not least, semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :>

Assalamualaikum~ 


36 comments:

  1. Kadang2 sedih , kadang2 rasa excited bila dah nak bukak sekolah .. Entahlaa perasaan bercampur baur .. Samalah kak .. Tahun depan mungkin x active sangat kot .. Nak focus Pbsmr ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama pun, setahun je. kan kan? ><

      Delete
  2. semoga bersedia untuk bersekolah ye mazni...akk doakan mazni berjaya untuk SPM nanti...stdy rerajin tau...mesti rindu nak tengok mazni update2 blogwalking2 etc :) takpe, setahun je kan, lepas tu nak hadap laptop, hadap laa sampai pengsan hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak T.T nanti jangan lupakan saya ye, huhu

      Delete
    2. akk takkan lupa :)) sentiasa ingat ihiks

      Delete
  3. SPM tu yang aku tak bape sanggup sangat nak ngadap :/

    ReplyDelete
  4. good job dear ...good luck for ur studies 2014 ... success =)

    ReplyDelete
  5. Inshaallah mazni, u can do it.
    I know ;) Hihihi
    Alah mazni ni, dia punya blog dah perfect dah hm. Hihihi.
    Jgn nakal nakal hihihiks.

    Belajar elokelok. Kuasai basic stuffs in f4 ye. Nanti f5 inshaallah senang kacang!! :D Doakan qila sekali spm bulan 3 ni result haih :(

    <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak! eh, saya manade nakal kat skola :p
      gudluck jugak result bulan 3 nanti :3

      Delete
  6. semoga semua urusan dan perancangan berjalan lancar.. all the best untuk sesi persekolah yang akan bermula nanti.. :D

    ReplyDelete
  7. mazni sayang, gudluck untuk spm ok ? nak tinggal terus ka dunia sosial ? sekali sekala menjengah apa salah nya kan.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak, takdelah tinggal terus. setiap hari sabtu dgn cuti sekolah saya bukaklah :D

      Delete
  8. Good luck kak! Saya leteww yang nak hadap PBSMR. Rasa tak mau makan setahun ja dengar PBSMR ni. Kalau PMR ka, tak pa lagi. Ada perkataan PBS ni rasa macam ada kilat sabung menyabung ja haa.. Kehkehkeh.. Moga kita sama2 dapat buat yang terbaik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBSMR menyusahkan pelajar dan guru, hahaha ><
      all the best utk kita semua :)

      Delete
  9. 4 tahun dah tinggal zaman sekolah.. good luck dear :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. thanks, may Allah bless you too :)

      Delete
  11. ala.... tak best lah, sabtu ahad kan cuti.. hihih.. boleh beblog sejam dua.. kihkih..
    apapun mama ucapkan selamat bersekolah, dan semoga maju jaya ok!!..

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nak buat macam mana, tu syarat yg ditetapkan utk tahun depan :(
      terima kasih mama ^^

      Delete
  12. Replies
    1. thanks bekas pelajar sekolah :p

      Delete
  13. Gudluck tuk spm mazni..sngh mlm.. ^_^

    ReplyDelete
  14. Selamat mulakan alm psklhn yg baru dik ;)

    ReplyDelete
  15. all the best utk tahun baru ni nanti. :)

    ReplyDelete
  16. Kak Mazni! caiyyook tahun depan, be tough kay. ^^ samalah kita, mungkin kita pun jarang nak bukak sangat tenet-tenet ni ^^ PBSMR :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. gudluck utk kite berdua. huhu :p

      Delete
  17. so, kak sally ucapkan awal sikit la ye...selamat menempuh tahun baru sebagai pelajar SPM...buat yg terbaik...blog mazni biar kak sally yg tolong jaga..hihihi ^_^

    ReplyDelete
  18. goodluck mazni. study elok2. happy new year <3

    cadang nak tukar design header je.. tp.. bru cdgn.. hehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~