Assalamualaikum
Huarghh.. sekolah nak mula dah. Rasa gembira ada, sedih ada, takut pun ada.
Aku tengok ramai bloggers yang dah tukar design blog sendiri sempena 2014 yang akan tiba nanti. Aku? Hehehehe malaslah, lagipun tahun depan aku mungkin tak aktif berblogging sangat dah. Sekolah kann~ Boleh dikatakan blog ni nanti akan kesunyian selama hampir setahun. Tunggu lepas SPM baru aktif balik. Alah normallah tu~
So lepasni, aku cuma boleh guna komputer setiap hari sabtu je, hari sekolah tak boleh. Sehari jelah dalam seminggu. Tak hairanlah kalau aku jarang blogwalking nanti. Sekarang masa cuti sekolah ni pageview blog gempak je semua, nanti start sekolah merundumlah balik, alahai sedihnya.. Takpelah, setahun je.. uhuks~
Ok, check list untuk persiapan sekolah nanti. Buku, alat tulis, kasut, beg semua dah ada. Actually barang-barang sekolah semua pakai mana yang ada je, Tapi kasut je aku beli baru, itu wajib tukar! Kasut haritu dah musnah xD Yang lain tu tak payah nak bazir-bazir beli baru, tahun depan tahun last kat sekolah.
Tapi satu je yang belum ada lagi, azam tahun baru. Mestilah setiap orang berazam tahun baru ni akan jadi tahun yang terbaik untuk mereka. Aku pun mengharapkan yang terbaik. Tapi kalau nak dapat yang terbaik tu usaha kena ada jugak. Nasihat ni lebih kepada untuk diri aku sendiri, dahlah pemalas :p
Mungkin terlalu awal, tapi aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita berjaya dalam bidang masing-masing untuk tahun 2014 ni. Chaiyok batch 97' {SPM} dan batch 99' {PBSMR}. Aku tahu ramai budak-budak PBSMR yang terseksa sekarang ni tapi nak buat macam mana kan, kerajaan dah tukar sistem exam pulak. Kesian pulak tengok adik aku. Harap bersabarlah ye~
Last but not least, semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :>
Assalamualaikum~