25 Nov 2013

Daiso Japan

Assalamualaikum

KREDIT

Semalam saja-saja keluar pergi mines dengan kawan-kawan. Kalau dah pergi mines ni, memang Daisolah lokasi utama yang aku serang. Harini nak review sikitlah pasal kedai Daiso ni ^^

Daiso Japan, ada menjual pelbagai jenis barangan daripada Jepun. Tak perlu pergi Jepun pun dah boleh beli barang yang comel dekat  sini. 

Apa yang menariknya di Daiso ni, setiap barang berharga RM5 sahaja. Walaupun harganya RM5 je, tapi barang-barang dia bagus tau. comel-comel pulak tu. Barang dapur ada, barang sekolah ada, alatan menjahit ada, hiasan untuk rumah ada, semua ada! Seronok sangat bila shopping kat sini.

Tahun lepas, before nak pergi melancong kitorang beli barang keperluan musim sejuk kat sini je. Jimat duit, bila guna pun bagus.

beli barang menjahit je. hahah!
cawan cantik pattern macam fabrik yg ber-campur2! <3
total semua = RM25!

Dah habis membeli kat Daiso, singgahlah kat kedai takoyaki pulak untuk beli okonomiyaki Semua nak jepun je aku ni, hehehe.
Sekian, Assalamualaikum.

20 Nov 2013

Main sorok-sorok dengan hantu

Assalamualaikum
Biasalah tu kalau main sorok-sorok mesti ada hantu kan? Tapi kisah yang berlaku pada aku ni lain sikit, aku betul-betul main sorok-sorok dengan hantu. Tapi masa aku 5 tahun lah. Mesti hangpa ingat aku dok tipu kan? Ey, walaupun masa tu aku 5 tahun tapi ingatan aku kuat sampai sekarang eh. Masa aku tadika dulu aku selalu kena buli, selipar kena buang dalam tong sampah, orang selalu curi barang aku, manusia yang buli aku tu nama dia F_____ aiseh takyah sebut ah, tapi semua tu aku ingat tau.

Satu malam tu, aku takleh tidur. Mak aku suruhlah aku tidur sebab dah lewat sangat, tapi aku cakap aku tak ngantuk dan nak main. Mak aku paksa jugak aku tidur. Berapa minit lepastu, aku intai-intai sikit tengok mak aku dah tidur. Yess line clear! Aku pun bangunlah, nak ajak kakak aku main.

Tiba-tiba, aku nampak kaklong dengan kakngah kat depan bilik diorang. Diorang diam je. Tak bercakap. Aku dengan terujanya ajaklah diorang main sorok-sorok, diorang angguk. Round pertama tu, aku tak ingat siapa yang kena jadi hantu tapi yang pasti bukan aku. Bila round ke-2 tu, aku kena tangkap pastu jadi hantu. Lepas dah kira sampai 10 tu, aku mulalah cari kaklong dengan kakngah. Pastu aku bukaklah pintu bilik diorang, tengok diorang tengah tidur. Lena pulak tu. Hati aku terdetik "Eh, tadi kaklong dengan kakngah main dengan kita, kenapa sekarang diorang tidur pulak? Mana boleh macamni". Kerana kecewa, aku teruslah masuk tidur balik..

Disebabkan masa tu umoq aku 5 tahun, so aku tak terfikir pun yang main sorok-sorok dengan aku tu 'benda lain', aku cuma rasa pelik dan kecewa je sebab diorang taknak main dengan aku dah. Bila dah besar sikit, baru aku tau siapa yang main dengan aku waktu tu. Nasib baik waktu tu aku 5 tahun, kalau tak, demam 2 harilah aku xD 

Benda ni taklah menyeramkan, tapi pada masa yang sama gembira jugaklah at least 'dia' temankan kita main, lol gila. Waktu kecik memang senang sangat nak jumpa benda-benda macamtu terutama bila main sorok-sorok waktu malam, lagilah~

Moral of the story, adik-adik diluar sana, jangan main sorok-sorok waktu malam ye xD Karang hangpa pulak demam 2 hari kalau berlaku hal-hal yang diluar jangkaan. Korang pernah kena macamni?

Sekian,
Assalamualaikum

18 Nov 2013

Lelaki Korea paling handsome

Assalamualaikum
Wahh wahh tajuk bukan main lagi. Macam nak cari calon suami, ahaks. Oh btw, entri ni mungkin akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan peminat Korea ataupun kpopers tapi ini cuma sekadar pendapat aku je. Lain orang lain minatnya kan? 

Dulu aku ni bukanlah minat Korea sangat, asal aku nampak artis Korea je mesti aku cop nama dia sebagai "muka jambu" n "plastik" haha kurang asam kan? Jangan marah itu dulu... Tapi sekarang pun masih sama lol.

Actually, aku tak layan lagu-lagu Korea, aku layan ceghita Korea. Aku mula minat cerita Korea bila tengok Running Man. Sebenarnya since darjah 2 aku dah mula layan cerita korea, masa tu drama paling hot ialah FULL HOUSE. Kecik-kecik lagi dah pandai tengok cerita korea :p Semua family aku suka  betul tengok cerita korea kecuali ayah aku. So pengaruh korea dalam rumah aku ni kira kuatlah, sampaikan aku yang dulunya tak suka dengan drama-drama korea ni tiba-tiba boleh terlayan pulak.  

Eh, sorry mukadimah terlebih panjang pulak. Mesti korang tertanya-tanya lelaki korea manakah yang aku labelkan sebagai 'handsome' tu. Orang tu bukanlah bias-bias korang seperti Luhan, BaekHyun mahupun ChanYeol. Tapi ialah............ Kim Woo Bin! 

Mesti ramai yang tak kenal kan, atau mungkin korang kenal? Citarasa aku memang lain daripada yang lain. Woo Bin ni model sebenarnya, aku mula kenal dia lepas tengok cerita 'The Heirs' yang ditayangkan kat chanel One HD setiap hari rabu dan khamis. Mula-mula aku tak minat sangat Woo Bin ni, aku panggil dia 'plastik' sebab muka dia putih sangat, tapi adik aku kata muka dia pure, tak mainlah plastik-plastik ni. Dia pernah datang Running Man, maka disitulah aku mula terdetik yang dia ni boleh tahan handsome hehehe.


  
Tak boleh letak gambar banyak-banyak sangat, nanti korang cair hahaha! 

Korang pulak minat siapa? Meh kongsikan dibawah :p

Sekian 
Assalamualaikum.


17 Nov 2013

Kucing gemok dalam kotak

Assalamualaikum
Ntah kenapa, aku ni suka tengok kucing duduk dalam kotak, terutama bila kucing tu gemuk hahaha. Jom cuci mata tengok gambar kucing.

#Harini aku ketandusan idea sikit, tak tahu nak update entry apa, so share gambar kucing jelah -_-

Sekian
Assalamualaikum



15 Nov 2013

Imaginasi masa kecik-kecik dulu

Assalamualaikum
Imaginasi aku memang rare kan? hahaha

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat bumi ni Malaysia je yang punya. Kalau nak pegi luar negara kena pegi bumi yang lain. Tapi bila dah besar, baru aku tau imaginasi masa kecik aku sangat dahsyat. Negara lain pun duduk dalam bumi yang sama. Bila fikir-fikir balik, rasa nak tergelak je. Adik aku pun kata iamginasi aku pelik xD

Btw aku berharap sangat satu hari nanti dapat jejakkan kaki ke Jepun. Selepas Malaysia, Jepunlah negara kedua yang aku kenal namanya sebab kecik-kecik dulu aku selalu tengok anime. Sampai sekarang still layan kartun-kartun Jepun, terutama chibi maruko chan. Masa cuti sekolah ni asyik tengok maruko kat astro ceria je, macam budak-budak k, haha.

Sekian, Assalamualaikum.

#Hangpa pun pernah fikir camni tak? Ke aku sorang je? hahahaha

14 Nov 2013

Masalah kulit berbelang


Assalamualaikum

*Disebabkan entry ni dapat banyak perhatian, jadi aku edit balik entry sebelum ni punya sebab tak membantu pun, haha. Yang re-edit ni ditaip pada 2018 eh.

Aku ni jenis manusia yg muka cepat terbakar setiap kali terdedah ngan matahari. Macam masa sekolah dulu aku asyik kena burn masa kawad. Ni sekarang dah masuk universiti, sunburn paling baru aku kena time pegi melancong haritu, time summer. Cycling kat pulau sampai 6 jam. Dah boleh bayang kan betapa terbakarnya muka aku time tu? Memang lepas balik tu, semua orang dok kecam muka aku yang terbakar teruk ni T__T

Tapi lepas sebulan, kawan aku cakap dah start ada perubahan sikitla. Haha tak sangkalah pulak nampak kesan sebulan je, selalu aku kalau sunburn memang lama gila.

Apa yg aku buat untuk hilangkan sunburn?

1) Cuci muka 2 kali sehari. Ikut yang sesuai dengan kulit muka koranglah. Macam aku, pakai innisfree. Rasanya step ni memang takde orang berani skip kot, ni yang paling asas hahaah.

2)  Buat basic skincare routines - Lepas cuci muka dan pat dry with towel/tissues, aku apply serum diikuti dengan toner dan akhir sekali moisturizer. Aku tak jaminlah muka terus boleh jadi cerah, tapi kalau amalkan basic routines ni selalunya boleh nampak sikit perubahan paa kulit muka.

Yang penting kena rajinlah.

3) Cari ingredients produk yang ada arbutin. Arbutin bagus untuk mencerahkan kulit. Selain tu, ia juga boleh memudarkan scars hitam yang ada pada muka.

4) Aloe vera gel. Semua orang tau aloe vera atau lidah buaya ni ada banyak khasiat. Memang kalau kulit terbakar elok sangat pakai aloe vera gel ni. Bila muka kita kena sunburn kan rasa macam sakit, panas je kan. Tapi lepas apply aloe vera gel kat muka, rasa sejuk je mukaa. Memang bagus.

Aku takde aloe vera gel sendiri, tapi kawan selalu offer untuk guna dia punya. Terharunya dapat kawan yg baik centu, huhu. Dia guna jenama nature republic. Takdelah mahal sangat, dalam RM25 gitu je. Banyak wey daripada sem 1 haritu dia guna ni nak dekat habis sem 2 pun still ada lagi :D Ofcos nanti aku nak beli 1 utk diri aku jugak!


Itu jekot inisiatif untuk pulihkan balik kulit muka aku. Tapi cara paling bagus selalunya tradisionallah. Paling simple basuh muka pakai air beras. Tiap2 hari hangpa masak nasi kan, ni lagi jimatlah daripada guna bahan-bahan makanan yg ada kat umah tu kan, huhu. Tapi maaf, aku tak pernah cuba lagi cuci muka pakai air beras ni, pernah baca petua kat internet jee.



Thanks for reading!


Assalamualaikum :)



13 Nov 2013

Buat gambar berkembar (photoscape)

Assalamualaikum

Gambar berkembar tu macam mana? Macam KLCC ye? Ha'ah, yang macam KLCC tu. Selalunya orang yang ada instagram je boleh buat gambar berkembar ni kan, Takpe, siapa takde insta boleh juga buat asalkan kena ada photoscape.

#This pctures credit to Yana Khairuddin, owner of Cala Qisya
 Bukak photoscape > click editor > pilih gambar

 Tekan simbol yang saya merahkan tu. Nanti automatik gambar tu akan bertukar arah.

 SAVE gambar diatas
 Now tekan page
 Amek yang ada 2 colum. Letak gambar asal dengan gambar yang arah bertentangan tadi.

 Pastikan kedudukan 2 gambar tu sekata
 Kalau rasa tak puas hati dengan saiz dia, besarkan ikut kotak yang saya merahkan tu. 

Dah siap. Tengok, aku ada kembar~ hihihi. Ok, nak tengok The Heirs Selamat mencuba. Assalamualaikum ^^



Tutorial link hover

Assalamualaikum
Link hover kali ni macam highlight sikit. Contoh gambar kat bawah. Nak jugak? Jom buat.
 Template > Edit HTML > ctrl+f  > seacrh code a:hover
 Copy code {background:#DEF4FF; -webkit-transition-duration: 0.5s; color: #000;}
 Paste bawah code  a:hover tadi.

#NOTA
Biru: warna background hover
merah: warna tulisan selepas dihover



1 Nov 2013

Delete link iklan di cbox


Assalamualaikum dan salam Jumaat

Kalau kita lihat kat cbox sekarang ni, terlampau banyak iklan-iklan yang tak guna kan? Masalahnya bukan kita nak tekan semua iklan-iklan tu pun.. Kat sini aku nak share sikit cara nak delete mesej-mesej yang kita tak suka di cbox. Tapi benda ni kena rajin buat tiap-tiap harilah. Agak menyusahkan sikit, tapi aku lebih rela menyusahkan diri aku daripada cbox penuh dengan iklan-iklan takde faedah tu -.-

Log in account cbox

Tekan message
Click pada mesej yang kita nak delete, pastu tekanlah delete

Simple je tapi  seperti yang aku kata tadi memang menyusahkan sebab tiap-tiap hari nak kena delete iklan-iklan tu dari cbox. Kena rajin dan berterusanlah. Haraplah iklan-iklan ni pergi berambus cepat dari menyemak kat cbox kami. Siapa yang tak tahan sangat bolehlah pakai shout.busuk. Itu cara paling mudah lol.
Sekian Assalamualaikum

p/s: Hujan turun lagi~ Sejuk okay