22 Jun 2013

Kami menang kasih sayang :)

Assalamualaikum


Alhamdulillah. baru selesai kawad dalam pukul 3 petang tadi. lepas ni, no more kawad, no more sakit kaki, no more sumbat surat khabar kat kasut, no more muka belang, no more nak kena hafal formasi and no more nervous-2. lol. 

nampak tajuk entry dgn gambar kat atas mesti korang dah boleh agak apa yg kitorang dapat. okay memang betul kitorang kalah lagi. again and again. kecewa, sedih semua tu ada. tapi aku tak berapa kisah sangat bila kitorang kalah. aku memang dah dapat agak. bila diorang umumkan keputusan aku wat lek je. tapi yg paling aku takleh terima kadet polis tak menang :'( 

sekolah kitorang hantar 3 pasukan perempuan dan 1 pasukan lelaki tapi tkde siapa yg menang. kitorang mengharap kadet polis perempuan menang. 2 tahun bertuturut-turut diorang menang tapi hari ni tak.. menangis-nangis diorang tadi. paling kesian kat kakak-2 form5 lah. dahlah tahun ni last year diorang kat sekolah n tahun ni jugak tahun terakhir utk polis yg ajar diorang kawad. seriously sedih gila. 

aku kesian kat kakak-2 form5 PPIM. diorang kata daripada diorang form1 sampai form5, diorang tak pernah menang kawad daerah. bila tengok kak aiesyah ngan kak dina menangis, rasa bersalah gila. 5 tahun diorang tunggu untuk menang. kalau kakak-2 ni dah keluar sekolah, siapa nak pimpin kami lagi..

kawad tahun ni paling banyak sekolah aku hantar wakil tapi tahun ni yg paling pilu sekali. dgn sedihnya takde siapa yg menang dan sedih sebab tahun depan orang-2 yg hebat dah takde lagi. 
walaupun kitorang tak menang tahun ni, tapi kitorang dah buat yg terbaik. at least ada peningkatan berbanding raptai semalam. 
kami kalah, tapi kalah bermaruah.
kami kalah pertandingan, tapi menang kasih sayang.
kitorang semua lain-2 uniform. ade PPIM, KRS dgn KP tapi semua saling bantu membantu. kadet polis lelaki yg dah habis kawad minggu lepas pun sanggup datang nak tolong kitorang. baik betul diorang kilatkan kasut kitorang, betulkan tali kasut, bagi air. dah jadi mcm kuli pulak heheh :p bukan tu je, ade jugak senior-2 yg dah habis sekolah datang tengok kitorang nak bagi kata-kata semangat.  ni yg dikatakan kasih sayang :)

part yg paling best sekali sebelum nak pegi dengar keputusan. En. Azrin(polis) kumpulkan kitorang satu sekolah, masuk dalam satu barisan. pastu buat sorakan sekolah ramai-2. budak-2 lain pandang je.
sekolah kitorang kumpulan pertama yg masuk padang kawad tu tanpa dipanggil :p terlebih bersemangat sangat. nampak tak kesatuan hati disitu? kami sama-2 berdiri kat cuaca panas terik lebih awal daripada sekolah-2 lain. seriously aku tak pernah rasa perasaan macam ni sepanjang aku kawad. memang harmoni. sebelum ni tak pernah kumpul ramai-2 macmtu. tapi lepas keputusan dah keluar, suasana jadi sedih je..

tapi takpelah. maybe bukan rezeki kitorang utk tahun ni. ada sekolah yg lagi hebat daripada kitorang. tahun depan InsyaAllah kitorang boleh walaupun senior-2 tu dah takde. aku pun tak sure nak join kawad ke tidak tahun depan. SPM kaann~ mana-2 yg ada tu, teruskan perjuangan kakak-2 kita. yakin boleh!

Yakinkan diri dengan semangat

hadapi lawan di dalam padang

terus maju, berusaha

yakinkan diri pasti berjaya

SMB three pasti boleh huii boleh huii

#KRS punya rentak
KP SMKBBB(L)


Past is past
Assalamualaikum :)



10 Jun 2013

Susah nak tidur malam

Assalamualaikum

sejak akhir-akhir ni, saya selalu sangat dapat masalah tak boleh nak tidur malam. saya tidur awallah jugak, dalam pukul 10 lebih camtu, tapi mata ni susah nak lelap..bila kita tidur awal mesti dia nak lelap mata pukul 3 pagi. 

macamni lah keadaan saya ._. otak suruh berfikir
bayangkan betapa lamanya saya tahan mata ni sampai pukul 3. esok paginya nak pegi sekolah. macam semalam pun dapat lelapkan mata dalam pukul 3 jugak. Allahu..manalah tahan kalau hari-2 macamni T_T pagi tadi saya tengok mata saya kat cermin, muka jadi macamni haa ----> :face28:

saya selalu je baca doa dan amalkan ayat kursi sebelum tidur, tapi mata ni degil sangat ._. orang kata, kalau nak tidur tu nyenyak kita kena bersenam sikit untuk penatkan badan. tapi saya selalu gosok baju sebelum tidur itupun kira bersenam jugak en?

apapun, siapa yg ade tips berguna untuk tidur malam tolonglah share. tak tahan bagi pelajar sekolah macam saya ni kena tidur pukul 3 pagi setiap hari. ni pun berpunca daripada saya jugak sebab masa cuti tu selalu tidur lambat sebab main komputer. tak sangka pengaruh tidur lambat tu masih terbawa-bawa sampai ke hari ni. tapi sebelum ni tak pernah pulak jadi camtu -__-'

Assalamualaikum xoxo



3 Jun 2013

Buat footer bersambung menggunakan photoshop

Assalamualaikum
walaupun dah ramai yg ajar tuto ni tapi saya tetap nak buat jugak muehehehe. ok lets begin!

 dashboard > template > customise > adjust widths (tengok lebar blog korang) cth: 980 px
 bukak photoshop, adjust width dgn height

 buat bentuk mengikut lebar yg korang dah tetapkan tadi. make sure tinggalkan sedikit ruang

 lepastu, tulislah apa-apa ayat yg korang suka pada footer tu

 after that, croplah mana2 bahagian yang tak diperlukan menggunakan crop tool

 lepas dah siap, savekan file tersebut. tekan file > save as > pilih format PNG

 pergi http://imgur.com/, upload gambar footer yg telah disavekan tadi
 tekan "computer" yg saya merahkan tu.

 lepas dah pilih file, tekan start upload


 nak dapatkan url gambar, right click pada image, copy image url
 lepas dah dapat url gambar, bolehlah letak footer tadi pada blog. 

cara nak letak footer di blog:

 template > edit HTML
 tekan ctrl+f serentak, search code <footer>
 dah jumpa? search pulak code <center><img src='url footer'/></center>
 pastekan code <center><img src='url footer'/></center> tadi DI ATAS code <footer>

preview dulu, kalau jadi SAVE!

freebies
ukuran 980
http://i.imgur.com/bT9CWg6.gif
 ukuran 970
 
http://i.imgur.com/eheV1Kf.png


selamat mencuba! :)