12 Apr 2017

Sunshine blogger award


Assalamualaikum and hi!

the sunshine blogger award

Haritu Kak Hanis ada tag untuk  Sunshine Blogger Award ni, tapi baru nak jawab sekarang sebab haritu tak sempat hehe. Simpan dalam draft je dulu. Award ni boleh menjawab sikit serba-serbi tentang diri saya kot.

Tapi sorry Kak Hanis, saya jawab soklan ni dalam bahasa melayu dan tak ikut rules untuk tag 11 orang yang lain, haha! Harap diampunkan.

1. What is the first impression you always get?

Paling glemer first impression yang saya selalu dapat ialah, pendiam dan muka baik. Hahaha :p

2. Is it true? And do you like that impression?

Tidak dinafikan, memang kengkadang pendiam

Bila dapat impression macam ni rasa 50-50 jekot.. Rasa bersyukur sebab orang masih nampak diri ni baik but at the same time, kita je yang tahu diri kita ni biasa-biasa je (baca; takdelah baik sangat), huhu.

3. How do you react to someone who keeps on talking to you about topics you are not interested in?

Dengar je apa yang dia cakap sebab nak jaga perasaan. Kalau kita tak dengar apa yang orang cakap, nanti orang akan buat benda yang sama kat kita. Mesti rasa menyampah kan bila tak dilayan? lul.


4. Do you mind to buy albums (physically / digitally) of songs you love to listen or just download them online?

Prefer download je sebab taknak bazir duit untuk benda yang sepatutnya boleh dapat free :p

5. What kind of items you don't mind buying the expensive one?

Bergantung pada tahap obses untuk sesuatu benda. Contohnya kalau time tu musim tengah gilakan sailormoon(lol) eden tak kisah kalau nak spend banyak duit untuk beli merchandise sailormoon, sebab memang dah minat! Nampak tak pembaziran tu? 

6. Do you jot down notes during lectures / talks or simply listen and remember?

WAJIB jot down. Dulu cikgu kat sekolah selalu pesan bila kita salin nota masa dalam kelas lagi senang nak ingat berbanding dengar gitu je. Tangan saya takleh duduk diam bila tengah lecture, mesti nak menulis sebab saya ni jenis cepat lupaa T__T

Related image
ha tulis tulis jangan tak tulis
7. Do you separate your trash into categories?

Dulu selalu buat sebab mak dah sediakan bekas recycle untuk plastik, kotak/kertas. tapi sejak bekas recycle tu hilang.... Dah jarang buat.

8. Mountains vs beaches? And why?

Beaches!

Suka dengar bunyi deruan ombak yang membadai pantai dengah gahnya... Tamparan angin yang menyamankan ala-ala dilwale.. Lalu disajikan pula dengan pemandangan langit dan air laut yang luas membiru... Pokok-pokok kelapa pula menari-nari mengikut arah angin... Jikalau bernasib baik, dapatlah mengamati suasana matahari terbenam sambil berjalan-jalan menyepak pasir di persisiran pantai..

Ewahh kemain ayat puitis! Sebenarnya saya ni hantu ayor, pantang nampak air mesti nak berendam jee.

throwback sikitt. Lihatlah betapa tenangnya suasana

9. Do you put your phone on flight mode when charging?

Tak, selalunya cas dalam keadaan henpon masih bernyawa lagi (jap kalau buat camtu takde apa2 kesan kan untuk phone tu?)

10. Would you mind to share the latest picture in your phone gallery (if appropriate)?

Buat molang bunny guna polymer clay! Ni cubaan ke-4. Nampak tak 3 ketul yang hitam kat belakang tu? Semalam pegi bake dengan harapan supaya clay tu jadi keras, sekali memang dah keras sungguh.. siap dengan set hangus lagi! Luluh hati ni tau takk.

Dah set untuk 5 minit tapi takdir Tuhan, rupanya timer oven tu tak bergerak langsung! Patutlah tak dengar bunyi 'TING' tu.. Terpaksalah buat baru...


11. Do you think time-travel is good (if it will be possible in the future)?

Time travel memang best. boleh jadi macam doraemon pegi melawat masa silam dengan masa depan. Boleh tau apa yang kita buat lagi 10 ke 20 akan datang. Dan kalau boleh diundurkan masa, nak balik masa zaman-zaman silam(masa kecik) sebab rindu sangat memori dulu-dulu T__T

Thank you tag Kak Hanis!

Thanks for reading!

13 comments:

  1. Muka baik eh. Hii. nak jumpa Mazni lah nanti :)

    Ohh masa sekolah dulu suka sailormoon!! Lagu dia best! Hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org katala muka nampak baik haha xD

      kaaaaaannnnn! saya sampai sekarang still suka sailormoon lagi, girl crush!

      Delete
  2. No 6 kita sama 😄 Dah biasa dari zaman skola lagi, salin setiap apa yang cikgu terangkan. Lagipun sy jenis cepat lupa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan bergerak, otak pun bergerak gak. hehe

      Delete
  3. Lagu sekarang memang orang download je. Tak pon dengar dekat youtube je 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. bener itu. kalau nk dengar lagu2 baru kat spotify :D

      Delete
  4. Same goes to me. Sukaa jugak dengan bunyi ombak & tengok pantai tu je pun dah rasa macam best sangat. Hehe

    ReplyDelete
  5. Uuuu, muka baik. Huntonglaa, akak siap dapat muka garang atau paling okey sikitpun muka no feeling. Haha

    Comeynyaa bunny tuu. Yang kat belakang tu pun. Walaupun hangus tetap cumil. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya ni agak pendiam, so orang nampak kite baik kot padahal sebenarnya takla sangat wahaha!

      thanks jadi org pertama yg comment pasal bunny saya tu :p bila hangus dia jadi membulat pulak, huhu...

      Delete
  6. pantai mmg best! nmpak cam susah je nk buat molang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pun sebab dia bentuk bulat2 jee

      Delete
  7. Sy selalu juga buat flight mode bila charging. Especially time nak keluar kemana-mana. Cepat sikit la full battery tu hehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~