1 Apr 2017

A must watch Korean Dramas!


Salaam and hi!

Dah lamanya tak review any KDrama atau movie. Disebabkan aku ni agak jarang review cerita, so kalau aku review ni bermakna memang cerita ni best gila gila dan korang patut tengok kott.

Aku ni bukan macam pompuan biasa yang sukakan drama-drama cinta korea. Taste aku ni lebih kepada cerita penyiasatan, cerita bunuh-bunuh, action, thriller, law. Taktaula kalau taste kita ni sama ke tak, hehe. 
Drama yang aku nak review harini ialah......

Defendant (2017)

Image result for defendant korean drama

18 episodes (boleh tengok kat online dramacool)

Director Jo Young-Gwang. Writer, Choi Soo Jin

Cast:

Ji Sung as Park Jeong Woo (innocent defendant)
Uhm Ki-Joon as Choi Min Ho/Cha Sun Ho (culprit) 
Uhm Hyung Kyung as Na Yeon-Hee (culprit's wife)
Kwon Yuri as Seo Eun-Hye (lawyer)
Oh Chang-Suk as Kang Joon-Hyuk (prosecutor & Jeong Woo's friend)
Shin Rin-Ah as Park Ha-Yeon (defendant's daughter)

Sinopsis mengikut kefahaman saya

Park Jeong Woo, seorang prosecutor yang sangat terkenal dengan sifat serious dan teliti dalam setiap case yang dia pegang. Suatu hari, dia bangun dari tidur dan terkejut bila dapat tahu yang dia ada dalam penjara, tapi dia langsung tak dapat ingat apa-apa. Dia merupakan tertuduh yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh anak dengan isterinya sendiri. Disebabkan dia ni nampak tak bersalah, lawyer Eun-Hye sanggup ambil case Park Jeong Woo ni dan bantu dia untuk ingat semula apa yang terjadi masa hari kejadian.

Okay sebenarnya, anak Jeong-Woo ni still hidup lagi tapi kena culik. Cerita ni mengisahkan ketabahan seorang ayah yang cuba untuk selamatkan anak dia walaupun sampai kena pukul, kena tuduh & sanggup lari keluar daripada prison. Kalau korang ada tengok Train To Busan, boleh relate sikitlah moral value dia.

Review saya

Rasa nak bagi 10/10 sebab plot cerita memang terbaik gila! Bila tengok 1 episode, pastu mesti ketagih nak tunggu lagi next episode. Cerita ni agak bermain dengan emosi, sekejap tu marah, sekejap gelak, sekejap rasa nak nangis huhu. Sumpah tak tipu, watak jahat dalam cerita ni memang boleh buat korang termencarut dengan kejahatan dia, lulz. Apapun, semua pelakon memang hebat-hebat belaka dan sangat menjiwai watak, nak-nak pulak Ji Sung berlakon, memang power habis! Ni kot salah satu faktor cerita ni dapat rating tinggi, haraplah boleh menang award!

Fokus aku tengok Defendant ni dalam masa 3 hari tau. Balik cuti sem je terus mengadap drama ni, memang dah berazam untuk hold dulu cerita ni sampai habis exam. Hasilnya sungguh tak mengecewakan, ewahh!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

God's Gift 14 Days (2014)

Image result for god gift 14 days

16 episodes (boleh tengok kat online dramacool)

Director Lee Dong-Hoon, writer Choi Han

Cast

Lee Boo-Young as Kim Soo-Hyun (mother)
Cho Seung-Woo as Ki Dong-Chan (ex-detective)
Jun Gyu-Woo as Hyun Woo-Jin (detective & Soo Hyun ex-lover)
Kim Yoo-Bin as Han Saet-Byul (Soo-Hyun's daughter)
Kim Tae-Woo as Han Ji-Hoon (Soo Hyun's husband)
Kang Shin Il as Kim Nam-Joon (president republic of korea)

Sinopsis mengikut kefahaman saya

Suatu berita buruk bagi seorang yang bergelar ibu, bila anaknya diculik dan ditemui mati selepas 14 hari pencarian tanpa mengetahui motif kematian anaknya. Kim Soo Hyun yang terlampau sedih dengan kematian Saet-Byul cuba untuk bunuh diri di sungai, tempat anaknya Saet-Byul ditemui mati. Cubaan Soo Hyun untuk membunuh diri tak berjaya, lalu dia pulang ke rumah dan mendapati anaknya masih hidup seperti biasa. Cerita ni kononnya macam hadiah daripada Tuhan untuk Soo-Hyun dan Dong-Chan supaya diorang dapat undur masa kepada 2 minggu yang lalu untuk cari bukti dan ubah takdir.

Review saya

Yang ni aku bagi rating 9/10 sebab dia sad ending. Plot cerita ni menarik dan unik, walaupun nampak macam tak logik sikit. Sebelum munculnya defendant, God's gift 14 days ni adalah cerita korea yang paling aku suka! Faktornya sama jugak, sebab pelakon menjiwai watak, plot menarik, penuh dengan misteri. Kalau ada yang belum tahu, Lee Bo-Young ni isteri kepada Ji Sung dan aku memang minat gila dengan lakonan diorang berdua ni!

Dalam God's gift 14 days ni pulak mengisahkan seorang ibu yang sangat terdesak untuk ubah takdir agar dapat selamatkan anak dia. Lee Bo-Young punya lakonan cool gila dalam cerita ni and boleh nampak dia punya kesungguhan tuu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk moral story kedua-dua cerita ni, mengisahkan tentang kesungguhan ibu bapa yang sanggup buat apa saja asalkan dapat selamatkan anak dia. And 2 cerita ni jugak ada sentuh pasal orang-orang berjawatan besar yang salah gunakan kuasa, main rasuah dan lenyapkan bukti. Haha serious sakit hati bila tengok! Drama macam ni boleh membuka minda dan buatkan viewers berfikir dan tertanya-tanya.

Bonus untuk kedua-dua cerita ni, sebab 2 orang pelakon yang aku suka merangkap husband & wife jadi lead actor.

Omg rasa macam panjang gila je review kalini, taktaulah ada yang baca sampai habis ke tak, LOL! So.....itu jelah kot sebab-sebab kenapa aku suka dengan 2 drama ni. Memang takde part yang cheesy-cheesy cintan-cintun pun, sebab tu aku suka, HAHA!

Thanks for reading! xx

22 comments:

  1. kali terakhir tengok drama jenis geram-geram gini drama remember: war of son yang yoo seungho berlakon tu. banjirrr dek air mata T^T

    ramai org rekomen drama innocent defendant ni~~~ aigooo kena tengok gak ni (padahal busy kahkah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak penah tengok yoo seungho berlakon selain citer god's gift, dia punya lakonan pun best gak. war of son ni boleh masuk dlm list kot, hehe

      yes mmng kena tengok! best gila T^T saya haritu tgh busy terpaksa sabar je nak tengok cite ni hahaha

      Delete
  2. banyak yg kata kdrama defendant tu best. nak masuk terus dalam list. :D
    makin2 baca review nie, rasa nak tengok dan download terus je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best gila xD saya rasa BV mesti suka drama yg genre2 thriller dan penyiasatan camni kot

      Delete
  3. mcm best je! hmm hmm ada la ni sangkut nantiii hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tengok 1 episode dulu, japlagi ketagihla tu :p

      Delete
  4. kena try tengok pula ni . hehehe

    ReplyDelete
  5. dua2 dah hbs tgk,mmg best! skrg tgah download drama whisper pulak hehe

    mazni dah tengok drama voice ke? best gila T_T pasal detective jugak tapi byk kes bunuh2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. whisper tu yg lee bo young berlakon kan?

      voice belum tengok, tpi tula ada org recommend best! ni pun nak masuk dlm wishlist gak :D

      Delete
  6. semua tak tgk lagi haha banyak sgt kena tengokkk

    ReplyDelete
  7. Yang God's Gift tu memang best ! Eventho berbelit sikit nak faham ceghita dia hahahaha. And one more, i would like to recommend kdrama 'Signal' - ni pun berbelit gak ceghita dia, but interesting !

    ReplyDelete
    Replies
    1. signal tu cite macam cite2 penyiasatan jugak ke? takpe, berbelit tu yg best sebenarnya xD

      Delete
  8. tengok juga defendant ni sampai habis. perghhh, best gilerrr. semua watak hidup terutama watak cha min ho tu. kawan2 penjara pon best, otak giler2. God's Gift 14 Days lom tengok lagi. drama ghost/phantom pun best juga. kisah polis unit jenayah siber

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sedih bila song kyu mati tuu huaaa. dahla anak jeong woo sayang gila kat seong kyu T__T
      kawan penjara dia tu yg lawak gila, paling takleh blah si optimus prime tu!

      Delete
    2. kan, mati sebagai pembunuh kengkononnya. knp lah si seok ni ikut ja arahan si min ho... dorang 1 geng penjara semua best :D mungchi, ikan besi, optimus. kesian juga dgn paci yg kena penjara seumur hidup, last2 keluar juga dr penjara :)

      Delete
    3. hehe tulah, kalau tengok dia punya kengkawan kat penjara tu mcm dlm cite miracle in cell no. 7, semua baik2 xD

      Delete
    4. memasing otak giler2 :') tapi miracle in cell tu sodih :'(

      Delete
  9. Samalah. Sis hanya layan KDrama kalau cerita dia berkisarkan triller, profession dan history. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau historical drama mcm zaman joseon2 tu saya tak berapa layan haha

      Delete
  10. Drama ni memang best gilaaaa!! Berdebar tengok, rasa nak luruh tau jantung tengok part suspen. FInal episod memang best! Siqah suka sangat <3

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~