23 Jul 2016

Trip WA : Clueless at Perth City


Assalamualaikum

9/2/2016 - Tuesday (DAY 5)



Huii lamanya entry Aussie ni berdiam diri kan? Belum habis lagi okayy. Walaupun iolls tau korang semua dah taknak baca pasal trip yg dah basi ni, tapi tetap kena habiskan jugak cerita Australia ni.

Setelah tamatnya 3 hari 2 malam kami di south perth yang jauh2 sana tu, kini kembali semula di Perth cideyy (baca; city). Masuk hari ke-5 kat perth ni memang taktau nak buat apa. Sebab mengikut itenerary yang dirancang, sepatutnya ada satu hari tu kitorang nak bermalam kat Cervantes, berdekatan pinnacles (err takdelah dekat sangat..), tapi cancel. 

Kitorang bangun2 tu terus tanya kat Aunty Ilah dengan Uncle Yon apa nak buat kat Perth City. Diorang cadangkan pegi jalan2 sekitar bandar, pegi King's Park. Well ini je benda yang boleh dibuat kat Perth City ni, haha. Alang-alang nak keluar tu, kitorang pun nak beli sikit bekalan untuk trip 11/2 ni. Lokasi, tunggu.



Sebelum keluar, kitorang tanya Aunty Ilah nak naik bas nak ke Perth. Rumah kami kat Marangaroo, so nak pegi Perth bukanlah direct dari Marangaroo ke Perth, kena tukar bus. 

But sorry, aku terlupa naik bas nombor berapa. Ada salin nota tapi hilanggg *emoji nangis* So kami kena naik bas dari,

Marangaroo --> Mirrabooka bus station --> Perth City

begitu juga untuk nak balik, daripada

Perth city --> Mirrabooka --> John monoly park highclere (Marangaroo)

Disebabkan kawasan Marangaroo ni ada banyak bus stop, so kena lebih spesifik sikit untuk nama tempat bus station tu.

Hay street

Yang ada clock tu sebenarnya ialah London court. Aku dah banyak kali lalu lalang depan kawasan ni tapi percaya atau tidak, aku TAK MASUK. Ok korang boleh tumbuk muka aku sekarang, sebab aku pun terasa macam nak tumbuk diri sendiri.
curik gamba adik i jap, haha

Memang tak perasan kat dalam tu ada apa sebab macam gelap sikit. Ingatkan kedai coklat ke apa, rupanya dalam london court tu ada kedai banyak2. Macam berkonsepkan kedai2 kat London lah. Bila dah balik rumah kaklong tanya "masuk tak london court kat perth city?" Aku pun macam, haaa ada ke tempat tu? Memang kena ceramahlah dengan kaklong, hahaha.

Murray street
Kitorang nak pegi King's Park sebenarnya. Kalau nak ke King's Park, kena naik bas Red Cat tapi yang aku asyik jumpa bas blue cat, blue cat, blue cat jeeee. Lepastu bila dah fedup sangat tak jumpa pun bas Red cat, kitorang otw nak balik baru ternampak bas Red Cat tu lalu. Hailah memang tak kena timing langsung! Satu pasal pulak nak kejar bas tu, dahla jauh. Maka kitorang pun balik jelah, hahha.

Kat Perth ni, memang rasanya tak lengkap kalau tak pergi King's Park. Luas sangat taman ni, dari atas flight je dah boleh nampak. Rugi jugaklah kitorang tak pergi...

Inilah gambar kings park. Tapi sorrylah terpaksa main tipu sikit, ni cilok gambar kakak aku haritu, haha.

View kings park dari DNA tower. Haa kauuu luas gila bapak kan? Nak berguling-guling atas rumput sepanjang 1 kilometer memang seronok gilo kalau camni.

lush grass~
So, end up dengan kitorang beli kebab sedap harga $10 pastu naik bas pegi beli bekalan dekat pasaraya yg ada dekat mirrabooka tu jeee. Pastu balik rumah taktau nak buat apa, lul sangat kan? Memang haritu terasa macam orang kampung yang sesat kat bandar.. Padahal Perth city ni takdelah besar mana pun...

Mintak maaf utk cerita kalini agak hambar sikit. Next entry kita akan berjumpa dengan sesuatu yg comel. Teruskan membaca ya!


17 Jul 2016

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip


Assalamualaikum

Disebabkan iolls minat dgn kembar 3 si daehan minguk mansae tu, kita join ajelah. Mari semua warga blogger kita sapot kat siti! :B

tag; tomo comel

10 Jul 2016

Eid mubarak


Assalamualaikum

Walaupun dah hari raya ke-5, still nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Ye tahu dah basi, tak sempat nak update ape2 kat kampung haritu. Instagram dengan whatsapp jelah tempat main peranan, haha.
le' fam
Raya tahun ni rasa macam sekejap je. Raya ke-3 aku dah fly(amboi) balik rumah. Feel dia tak meriah macam tahun lepas ;-; 2 orang family lagi beraya kat kampung lagi satu. Yelah ikut turnlah, tahun lepas dah beraya Perak, tahun ni depa beraya Kelantan pulak, huhu.

Pastu tahun ni tak banyak beraya kat rumah-rumah sedara-mara. Asal pegi rumah je takde orang, haha. Orang lain pun nak jalan raya daa~ Adalah dalam 3,4 rumah yang tak dapat pegi tahun ni.. 
setiap tahun wajib beraya rumah ayah lang sebab makanan kat sini win! duit raya pun dapat gak :p

And yes, seperti tahun2 sebelumnya aku ni mesti tak tenteram bila memikirkan pasal esaimen. Nasib baik cuma esaimen photography je. Yang lain tu nanti dulu, aku malas nak fokuskan. hahhaha
lemang lembut yg comel
kucing lembut yang comel. Eh?
Apapun, dah balik selangor ni nanti ofcoslah kitorang family yg duduk selangor ni beraya disini pula. InsyaAllah minggu depan atau minggu2 yang seterusnya. So memandangkan aku duduk kolej, setiap minggu aku akan gigihkan diri untuk balik rumah demi nak beraya, ahaa.

Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri! Mintak ampun kalau ade salah silap sepanjang saya berblog ni. Maaflah entry pun selalu hambar2 je, huhu. Kadang kite selalu tak perasan silap yang kita buat kat orang lain ;-;

Raya raya juga, puasa 6 kalau boleh buatlah juga ye. hehe

Thanks for reading, salaam.