26 Feb 2016

Trip WA : Night at Perth & guest house


Assalamualaikum

5/2/2016 (Friday) DAY 1

Lepas seminggu balik dari kem, minggu depannya terus bertolak pegi Perth. Rindu kat kem pun tak hilang lagi tau dak, hahaha.

Alkisahnya, sebelum nak pergi Perth ni memang banyak rintangan yang berlaku. Sampai aku dengan kakak rasa macam dah taknak pegi pulak trip ni. Tapi Alhamdulillah everything went well. Semua benda yang kitorang rancang akhirnya tercapai jugak. Oh lupa, partner trip kali ni cuma aku dengan kakngah berdua je. Ni pengalamanlah merasa travel 2 orang. Sebelum ni selalu travel satu family terus.

Masa bulan 8 last year, actually family aku pegi perth jugak. Sepatutnya kitorang berdua ikut sekali, tapi tiket terpaksa biar je camtu sebab aku ni dahla baru masuk universiti, takkan nak ponteng kelas sampai seminggu pulak kan. Si kakngah ni pulak ada FYP, Memang idoklah dia nak pegi melancong. Maka disitulah bagaimana cara kami kena tinggal. End.

So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
              
makanan time pegi, chicken teriyaki. Balik kimchi chicken. Dua2 sedap! *thumbs up*
Flight dalam 5 hours gakla. Patutnya flight pukul 8, tapi kena delayed pukul 10 sebab ada orang sakit. Sampai sana pukul 4.11 pm, sama je waktu dengan Malaysia. Suhu masa tu 37 celcius. Kitorang datang time summer okay, so tahap kepanasan dia tu sampai kau tak nampak awan langsung like seriouslyyy. Memang takde awan. Aku dari atas flight tu dah macam, "waduh malas gilaaaaa, panasnyaaaaaa". Tah kenapa masuk je bumi Australia tu memang macam tak eksited pun. Jauh beza perasaan dia dengan masa pegi Korea 3 tahun lepas :') Faktor cuaca barangkali..

sunny hott
Sampai2 je terus tuan rumah datang jemput kitorang. Hj.Yon dengan aunty Ilah. Kitorang stay kat rumah ni 6 hari. Sangattt selesa. Dah nama pun rumah, so apa benda yang ada kat rumah korang, kat guest house ni semua adaaa. Memang macam rumah sendirila. Dapur, pinggan mangkuk periuk, mesin basuh baju, semua ada! Buat berat luggage je kitorang bawak traveller cooker dengan iron TvT Towel pun dah disediakan.

Sepanjang duduk sana, kitorang rajinla membasuh sebab time summer baju cepat kering! Sidai pakaian warna hitam, 2-3 minit dah kering. yang seluar jeans 10 minit gitu kering dah. Nak masak telur kat luar rumah pun boleh sangat dah ni~ Jimat gas.
  
excuse my face.. ni muka time nak balik. dah hitam terbakar
Rumah ni ada ruang tamu, ruang makan, dapur, 3 bilik tidur, bilik mandi, tandas, mesin basuh

Ada meow jugak tapi ni kucing jiran sebelah yg selalu lepak sini.
berlagak betul Putih ni T__T
ni baik sikit
Kalau nak dibandingkan dengan hotel, rasanya duduk rumah ni lagi best kot. Tuan rumah pun sangatlah baikk. Sebab kitorang ni 2 beradik je yg pegi, dia anggap kitorang ni macam anak dah. Terutama aunty Ilah. Belanja itulah, belanja inilah.. Rindu sangat nak dengar aunty Ilah panggil saya adik, panggil kakngah kakak.. Kadang2 panggil kitorang sayang.. T__T

So for malaysian, kalau nak sewa kat sini sangatlah boleh. Area rumah ni kat Marangaroo, jarak nak pegi ke Perth City tak sampai 20 minit pun.

Ini emel hj. Yon, sebarang pertanyaan boleh tanya beliau :)
hj_yon@hotmail.com


So 1st day tu tak buat apa2 pun lepas sampai. Cuma malam tu kitorang keluar pegi city centre sebab nak beli sim kad. Terlupa beli kat airport tadi. Mostly kedai banyak yang dah nak tutup. Sebab kat sana kedai memang tutup awal. Pukul 5/6 dah tutup. Even pasaraya pun. Kalau hari Jumaat je dia buka lama sikit sampai pukul 9. Tapi sim card tu kitorang dapatlah cari sebab kedainya tutup pukul 9, yay.


              

Time berjalan malam2 kat city ni memang sejuk weh. Ingatkan kalau musim summer dari pagi sampai ke malam bahang, tapi malam dia sejuk macam kat London, hahaha. Actually ada nama street kat setiap kawasan city ni, tapi aku ingat 1 street je, Hay Street. Pasai nama dia senang nak ingat. 


Ini adalah view Perth City dari South Perth. Malam2 tengok memang cantik sebab lampu warna-warni. Cuma time kitorang datang ni dah lewat sangat nak dekat2 pukul 10, Banyak lampu yang dah kena tutup. Time yang paling cantik tengok city ni waktu malam dalam pukul 7 hingga 8 gitu.

Office hour diorang habis pukul 3-4. Bila semua pekerja dah balik, malam tu cleaner pun start cuci satu bangunan pejabat. So, semua lampu kat setiap floor diorang bukak, Bila kita tengok dari jauh nampak cantik sangat. Ada gambarnya, tapi itu entry last day nanti eh, hahaha.

Itu je untuk 1st day dekat Perth. Nantikan entry seterusnya kat location yang paling penuh dengan nature things! Sampai sekarang takleh move on lagi dengan tempat tu. See ya!

Thanks for reading!

*Waktu siang lebih panjang. 5.30 dah sunrise, azan subuh pukul 4.30. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8.
* Apa yg aku suka pasal summer ni, baju cepat kering, lighting nak amek gamba terbaek! :p

17 Feb 2016

Kem kepimpinan survival


Assalamualaikum
p/s: segala gambar dikreditkan kpd- FACEBOOK IKP UITM SHAH ALAM

Pada 29/1-31/1 haritu, aku pegi kem kepimpinan. Nama penuhnya kem kepimpinan survival bangsa. Nampak gah sangat nama kem tu kan ahahahah. Actually nama2 yg kena petik pegi kem ni dekan main pilih random je. Nama aku takde dalam list pun tapi aku ikut sebab kawan yg ajak. Nasib baik ada orang yang taknak pegi, so aku gantikanlah tempat depa. Rasa cam pendatang haram pun ada sebenarnya, hahahahaha!

Niat asal nak pegi kem ni sebab bosan duduk kolej tak buat apa. Kalau pegi kem boleh gak makan free. Maklumla jumaat, sabtu, ahad mana ada makanan kat kolej iolls ni.

Lagipun aku memang suka kem2 survival ni sebab aktiviti dia mesti best <3 So bila aku kata nak pegi kem survival ni, kawan aku pandang pelik. She's like, "omg kau sanggup pegi kem macamtu? aktiviti lasak? muka hitam? badan berlecak?". Diorang fikir camni pun sebab masih trauma lagi dengan kem kesatria masa sem 1 haritu x'D Aku pun trauma gak degan kem tu, haha.

Walaupun aku rasa kem survival kali ni mesti sama dahsyat atau lebih dahsyat daripada kem kesatria dulu, tapi entahlah memang naluri aku ni suka outdoor activities. So kita try jelah kan? Hebat kan akak cuba nasib kat kem-kem camni?

So sampai2 je kat kem, dia suruh kitorang duduk kat trak lori yang bahagian belakang tu. Tau tak macam mana gaya lembu yg duduk atas lori raya korban tu? Macam tulah keadaan kitorang.
Time ni memang best gila, dok main elak-elak ranting. Rasa macam main game pulak, ewahh.
So lepas dah sampai terus kitorang berkumpul, makan, solat, ada sesi ice breaking and create ahli kumpulan. Maka dari situlah kami dari fakulti FiTA, FSK, AD, ACIS, MUZIK & sport rec bergabung. Nasib baik aku sama group dgn classmate aku. Even dia laki pun, at least taklah aku sorang je dari fakulti AD dalam group tu kanss. 

nama group kami, Litho!
Masa hari jumaat tu cuma sesi ice breaking, dengar taklimat dan malam tu ada forum. So hari pertama ni dia cerita pasal kepimpinan jela. Masuk 2nd day baru kitorang buat aktiviti! Yang pasti, aktiviti dia semua best-best. Memang jadual hari sabtu tu penuh dengan aktiviti.

Pertama, kitorang buat water confident. Sebagai pencinta aktiviti air, aku memang suka benda ni. Boleh tahan extreme jugakla sampai aku terbalik dalam sungai tu :p Kitorang kena cross river tu sepanjang 1 km dgn pelampung. Memang syok sangat! Air pun laju je. Cuma kadang-kadang tu banyak kali tersekat dekat batu. Ada yang pelampung sampai bocor sebab terlanggar batu. Dan kaki lebam itu perkara biasala, haha.


After water confident ni dia bagi masa untuk rehat. Lepastu pukul 2-5 tu kitorang ada explorace! Yang ni memang sumpah penat sebab perjalanan kitorang untuk explorace ni semua 5km. Matahari lak memang tegak atas kepala, so memang aku rasa kepala otak aku dah bergelegak sangat.Pegi pakai tudung hitam pulak tu, hahaha.

Untuk explorace ni diorang bagi barang amanah yang kita kena jaga. So dalam otak aku masa tu, mesti diorang kasi telur and jaga jangan kasi pecah. Sekaliii, hamek kau kerusi dia bagi. Kitorang ingat dia gurau and fikir "kemon, tak lawak langsung kayy bagi kerusi". Tapi no kidding, memang dia kasi kerusi. Kitorang taktau nak gelak ke apa sebab ini 1st time pegi kem and barang amanah dia besar gedabak sampai begitu sekali x'D

So... Bermulalah misi explorace 5 km kamii!

Untuk station pertama, team aku dapat kat 'everest'. Tempat ni umpama memisahkan roh dari jasad. Memang curam gila nak naik bukit tu. Sampai termengah-mengah dah kitorang weyy.
hahaha kesiannya depa..
Memula ingatkan salah tempat tau sebab sunyi gila takde orang pun kat situ. Bila dah sampai atas tu memang dah ada fasi yang tunggu. Dia punya checkpoint tu cuma kena jawab soalan pasal rukun solat dan asas2 solat je. Nasib baik soalan agak senang jugak. Maklumlah, tempat paling susah nak sampai harusla soalan senang, hehe.

Lepas dah selesai, kitorang pegi checkpoint kedua kat dusun. Kat situ kitorang dalam satu group kena pecahkan kpd 2 kelompok. 4 orang kena selesaikan game buka ikatan tali tanpa sentuh tali. Yang macam dalam running man tu. Yang selebihnya, kena buat huruf T menggunakan blok2 kayu yg dia bagi. Take time jugaklah nak solvekan benda ni.

Lepas dah siap game 1, kitorang kena minum..... air susu+soda+telur. Bau dia memang sedap macam vanilla. Rasa pun sebenarnya macam custard, tapi sebab aku tak suka makan telur mentah tu pasal yang aku rasa nak termuntah time minum air ni. Tak kacau betul2 pulak tu :p
muka2 yg dah tak sabar nak minum air pelik, haha

Checkpoint seterusnya, kena menyanyi lagu uitm tapi lagu tu kita kena olah jadi kreatif. Ada 2 option, samada lagu uitm dihatiku atau lagu wawasan setia warga uitm. Ramai yang pilih wawasan setia. Nak jadikan lagu tu lebih kreatif kita kena ubah dia punya nada suara atau gunakan alam semulajadi sebagai background muzik. Macam contoh buat background muzik guna batu, percikan air. Alahai tenangnya bunyi. Sangat nature tau.

Macam group aku, kitorang tukar nada lagu jadi soprano bila part last2 sekali. Faci pun cakap "saya suka part yang last tu", haha. Walaupun time tu suara aku tengah serak macam rock kapak, gagahkan diri juga nak buat suara soprano :p Nasib baik suara kawan2 lain boleh cover suara kapak aku ni.

 Oh lupa nak cerita, sebelum sampai checkpoint menyanyi ni, kitorang kena kacau dengan anasir luar. Tujuan dia untuk melengahkan masa kami je, ciss! Setiap team kena actually.

Naik jambatan gantung best oi! Aku naik sampai 3 kali 

Dan malam tu pula, kitorang buat bendera malaysia. Setiap team kena lukis negeri2 yang berlainan. Yang paling stressnya, langsung takleh bercakap, langsung takleh bangun dari tempat duduk. Kalau nak bergerak kena mengesot je, haha. Bayangkan nak bincang dengan ahli group kena pakai bahasa isyarat ataupun tulis kat kertas je. Cuma ketua je yg boleh bercakap untuk bagi instruction. Siapa yang bercakap atau terbangun dari tempat duduk duduklah dalam penjara. Paling takleh tahan mulut siap kena selotape lagi... 


Time tengah lukis ni, fasi pegi tutup lampu. Dia nak tengok kerjasama kitorang untuk bagi 'nur' dekat kawan-kawan yg tengah melukis tu. Time ni aku sukaaa sebab etiba teringat lagu flashlight~ Romantik pulak main suluh2 lampu, aaawwww~

                              --------------------------------------------------------------
Hari terakhir kat sini, aktiviti last yang kitorang buat ialah spider web. Setiap team kena buat satu spider web yang paling kukuh. Lepastu angkat ahli yang paling berat dalam kumpulan guna spider web tu then kena lumba lari sampai garisan penamat. Dengar cam gila kan? hahaha. Alhamdulillah tapi boleh je angkat sebenarnya. Masing-masing kena sadokan dirilah!

Masa kitorang try angkat ayai, banyak gila tali yang terputus time tu. After dah repair balik tali tu, kali kedua baru boleh angkat tanpa sebarang masalah. Cuma tangan kau tu kena tahan pedih sikitlaa. 
Jarak lumba lari ni adalah dalam 50 meter gitu. Time tengah lari tu semua selipar tercabut, terlanggar makhluk dari team lain, bendera tercicir, ada yang tergolek, ada yang terjatuh sampai terhimpit orang lain. Yang kena himpit tu sangat kesiann.

Memang penat jugaklah spider web ni, tapi seronok sebenarnya main lumba2 dengan team lain. Group aku tak menang tapi emua team dapat hadiah even tak menang pun. Last masa aku pegi kem kesatria dulu, diorang tak bahagikan hadiah kat aku pun.. Sedih sangat sebab rasa macam tak wujud je dalam group tu. Sebab tu aku suka kem kali ni sebab team aku perasan akan kewujudan aku T__T

Last but not least, kem ni memang sangat sangat best sebab dapat kenal dengan bebudak dari course lain, dari uitm yang berlainan. Aktiviti pun menarik, faci semua baik2. Of course kalau ada kem survival macamni lagi aku nak join! Lantakla muka hitam ke apa kan asalkan seronok :p

Thanks for reading!