23 Jan 2016

New faculty


Assalamualaikum

Yeayy yeayy! Sekarang budak AD dah ada fakulti sendiri kat uitm Palam ni haa. Dah takdela nak menumpang kat fakulti orang lain lagi. Kitorang ni dikira penghuni pertama yg menginap kat kolej baru ni. Semua perabot adalah baru so kalau next sem ada barang rosak memang tak syak lagi semua tu salah sape, haha. Tapi ofcoslah aku tak rosakkan kemudahan yg ada ni #SisBukanVandalisme

Point yg paling aku nak highlightkan, tempat ni sangat sunyi dan kosong :')

Welcome to Kompleks Alam Bina & Seni Reka, UiTM Kampus Puncak Alam
**update gambar dari pandangan atas. Thanks to classmate yg send gambar ni kat whatsapp, lol.

Memandangkan kitorang ni penghuni pertama yg tinggal disini, orang taktau sangat pasal fac baru ni. So, seminggu pertama duduk kat sini memang takde apa-apa kemudahan pun. kitorang jugak yang kesian, haha. Susah, sangat susah. Duduk kat tempat baru ni lagi susah berbanding masa duduk kat kolej refflesia dulu.

Kafeteria tak bukak. Buat masa sekarang ni sumber makanan cuma ada food truck je. Tapi the saddest thing is, hari sabtu & ahad food truck tu tak bukak. Bila tak bukak tu kau pepandailah hidup untuk cari makanan yerr. Nak naik atas dekat kafeteria kolej angsana/kolej rafflesia tu memang jauh gila. Jangan cakap nak naik atas, bas pun takde tau uolls. Budak-budak yang ada motor, ada kereta tu sedaplah boleh keluar beli makanan kat atas. Kita yang takde apa-apa ni, ikhtiar terakhir adalah kau hidup dengan makan maggie, merayu kat madam suruh buat delivery foods atau balik rumah, haha.
nah, ni area kolej casuarina, angsana, rafflesia
Bila takde makanan, yang paling banyak membantu semestinya Madam Izaura yg cantik tu. Sebab dia sorang je yang duduk area Puncak Alam, lecturer lain semua duduk Shah Alam, so madam kata dia je yg boleh tengokkan kitorang TT Hal2 yg berkaitan lack of facilities semua madam yg tolong complainkan. Sampai madam kata nak jadi warden kitorang tauu. Rasa terharu dapat lecturer yg caring macam ni <3 <3 Alhamdulillah sekarang ni dah ada warden kat kolej, yihii.

Sekarang ni tak sabar nak tunggu budak degree masuk je. Degree masuk nanti kafeteria bukak, kemudahan lain dah ada, meriah satu alam kawasan tu. Nak tunggu degree masuk bulan 3 nanti ketabahan itu perlu ada. Goodluck to us! 

Jom tengok sikit persekitaran campus@kolej baru ni.
Ini fakulti alam bina/architecture. Tak pernah masuk dalam ni sebab bukan fac saya hahaha.


Dewan Berlian
    



Yang ni adalah rupa kolej baru kat sini. Hijau tu kolej Baiduri, kolej perempuan. Kuning pulak kolej zamrud, lelaki. Kolej baru memang lawa sebab semua benda baru. Design pun hipster sangat :p
Kolej Baiduri boleh menempatkan 1,500 pelajar, kolej zamrud 1,000. Ni lecturer aku yang cakap eh..



Kolej dekat Puncak alam ni pakai konsep rumah. Satu rumah duduk 8 orang. Bilik ada 4, bilik air ada dalam setiap rumah, ada meja makan. Walaupun konsep rumah, tapi TV takdak la, hahaha. 
Bilik air dia lawa sebab pakai tiles yg mahal. Cermin kat bilik air pun besar gedabak macam kat hotel. Dan ruang meja makan tulah perfect spot untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ummat :p

  
  
 

Untuk tempat makan pulak, memang senang sebab betul-betul duduk depan kolej. Cuma buat masa sekarang ni belum bukak lagi jelah. Anjung selera dia comel sangat sebab kerusi warna-warni. Aku perati fakulti baru ni memang ceria dengan macam2 warna. Kolej, dewan, kafe, semua nampak ceria! Art and design sangat taw, haha!

Dan yang paling kitorang terharu, ada surau jugak kat sini. Punyalah fikir nanti kalau time bulan Ramadhan nak solat terawih takkan kena naik kat surau ibnu sina yang nun atas sana tu, menangis 30 malamlah kitorang. Dann, surau ni betul-betul depan kolej perempuan. Senanglah nak pegi surau~

Kat sini ada jugak court badminton, basketball/netball, padang bola. So lepasni janganlah malas nak pegi bersukan :p Dekat je dengan hang punya kolej.

Diharap dengan adanya tempat baru yg cantik ni, siswa siswi tidak malas belajar. *Serta menjaga kemudahan yg dah disediakan, jaga kebersihan tempat baru, terutama kat kafeteria.

Itu jekot nak share. Thanks for reading!  

**update

Ni bagi yang bertanya alamat kolej kolej baiduri dan zamrud


12 Jan 2016

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman


Assalamualaikum



10th - 15th January 2016 (11.59 pm waktu Malaysia)

3 Jan 2016

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM


Assalamualaikum!

Is it to late just to wish happy new year? *nyanyi rentak lagu sorry by JB* haha. Ni kira entry pertama utk 2016 lah ehh.

Dah setahun dah aku tak join apa2 segmen, apa2 giveaway. Rasanya tahun 2016 ni nak try aktif balik join giveaway kot. InsyaAllah kalau ada masa dan berkerajinan nak join, hehe. :D


tag;
Qila

Tarikh tutup pada 8/1/2016.