28 Oct 2015

Trip printech ke Pangkor


Assalamualaikum

After a months, baru berkesempatan nak tulis cerita pasal trip pegi Pangkor. Tarikh kitorang pegi ni 4/9/2015-6/9/2015. Trip ni memang akan buat setiap tahun untuk department printing dan bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah antara junior dan senior, ewahh. Macam kitorang ni budak part 1 dengan part 2 je yg pegi. Yang part2 lain tu dah pernah pegi sebelum ni.

Semua kena berkumpul kat depan kolej Seroja tepat pukul 7.30. Dia kata pukul 8 pagi bas dah gerak, so jangan lambat. Kitorang punyalah bangun mandi pukul 5.30, terpacak kat depan tu pukul 7.30. Sekali bas jalan pukul 9 jugak. Cehhh

Lepas dah amek kedatangan, dah makan sarapan barulah boleh naik bas. Aku ni diamanahkan untuk pegang hamper so sepanjang perjalanan memang aku kena jaga hamper aku, yg lain2 tu jaga hamper dia sendiri. Menyusahkan aku betul, dahla beratt -.- Sampai terkoyak-koyak dah plastik hamper kitorang tu. Ni member akulah ni pegi volunteerkan nama aku untuk angkat hamper. Nama orang dia letak, nama dia sendiri tak letak. Monyet betul, hahaha.

Dalam pukul 9 pagi camtu bas pun bertolak dengan gembiranya. Kat dalam bas tu lecturer dah bahagikan siap2 nombor van utk 10 orang. Sebab aku dengan kawan aku yg sorang ni duduk depan dan jauh dengan kengkawan yg lain, so kitorang dapat satu van dengan budak laki kelas aku. Meriah sangatla van tu dengar dorang bising. Kitorang ni dahla pendiam huahuahua.

Sepanjang naik bas takde papepun. Ramai orang tidur, so aku pun tidur jelah sekali sebab nak mengikut arus peredaran masa kateko. Bila dah sampai Perak baru bangun. Dahsyat ngatt.

                                -----------------------------------------------------------------------------

Lokasi pertama yg kitorang pegi lepas sampai Ipoh ialah cari kedai makan dan tempat solat dulu. Lecturer bagi RM6 untuk duit makan tengahari, so telah berlaku penjimat disitu. Aku pegi solat dulu baru makan. Masjid dia besar sangat. Tapi aku lupa apa nama masjid tu, yang pasti lokasinya di tengah-tengah bandar Ipoh. Dekat dengan area mahkamah dan muzium. Masjid warna putih.

Lepas dah solat (jamak asar sekali), kitorang terus pegi PNMB atau nama panjangnya Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Baca nama pun dah tau tempat ni pasal apa kanss, of courselah untuk budak2 printing macam kitorang ni.

Kitorang sampai PNMB ni dalam pukul 4 something kot. Sebab sampai Ipoh tadi pukul 3, plus makan solat lagi. Kalau ikutkan sepatutnya kena datang lebih awal daripada tu, tapi sebab pagi tadi bas bertolak lambat, so sampai pun lambatlah. hehe
kredit: google
Kat sini kitorang didedahkan dengan mesin-mesin printing. Diorang terangkan cara nak buat itu, nak buat ini. Tapi aku tak tumpukan perhatian masa dia cakap tu, hahaha! Sebab bunyi2 mesin kat sana kuat gila bapak sampai tak dengar suara orang tu, pastu kitorang ni asyik sibuk bergambar dan aku masih blur lagi pasal bidang printing ni. Lecturer ajar dlm kelas pun tak fokus inikan pula kat sini :p

Bawaklah pegi lawatan ke apa, time nak dekat2 exam jugak baru kitorang faham printing tu apa. haha xD #IniSikapYangTidakPatutDicontohi #SiswiTidoDalamKelas #TerukPunyaPerangai #StudyLastMinute

Dalam PNMB ni memang panas. Tempat ni pun kira macam kilang jugalah. Dengan  mesin-mesin lagi. Pehh haba dia tak menahan sungguh. Sedap bila masuk bilik2 yang ber-aircond jelah. Kat situ baru kitorang borak2 lama sikit dengan pekerja sana. Dia ceritakanlah basic yg kena tau dalam printing, peluang pekerjaan, macam mana diorang berurusan dgn customer, cerita zaman2 dia belajar dulu. Time tu baru sel2 otak aku dah berhubung sikit. Sikit jelah.. hahaha

Dah pukul 5.30 petang, kilang ni dah nak tutup dah. Sebelum kitorang nak balik pihak PNMB bagi goodies sikit. Haa aku selalu pakai botol ni bawak pegi kelas sebab senang. Lagipun dah lama nak botol camni! 
vapur bottle atau nama yg kitorang panggil "vape". Loll
Lepas dah habis melawat PNMB ni kitorang singgah UiTM Seri Iskandar untuk makan malam. But sadly tak sempat amek apa-apa gambar kat sana sebab bateri phone dah mampus. Tulah main phone lama sangat dalam bas. Dah tau powerbank takde jangan dikacaulah phone itu -__-

Kafeteria kat uitm seri iskandar ni murah gila! Sepinggan nasi goreng(penuh satu pinggan) RM1 je. Ya Allah seronok gila warga seri iskandar weyy! Pastu pekerja kafeteria dia baik sangatt. Sebab time orang lain makan, kitorang solat dulu. So bila kitorang datang nak makan, makanan semua dah habis. Pakcik kat kafetria tu suruh kitorang amek apa je yg kitorang nak makan kat situ tu. Dia siap buatkan jus tembikai fresh penuh satu jug lagi. Orang lain mana dapat layanan macam kitorang ni hahaha! Terima kasih pakcik! :)

Untuk penginapan malam tu pulak, kitorang sewa rumah teres yg areanya dekat dgn uitm SI. Yang lelaki duduk rumah depan kitorang je(line ketiga). Esok pagi nak kena pegi uitm SI lagi untuk sarapan. Haa yang rumah ni sewa rumah teres setingkat je. Ada 3 bilik. Dan yang paling dahsyat sekali, satu rumah duduk 37 orang. Campurlah budak part1 dgn part2. Aku dgn kawan aku tidur mana? Kat ruang tamu, atas lantai. HAHAHAHA! 

kredit: google
                              -----------------------------------------------------------------------

On the next day 5/9, lepas sarapan kat uitm SI, terus gerak pegi jeti Lumut. Weheeee~ Last aku datang Pangkor masa umur 5 tahun. So perasaan dia tu macam baru pertama kali datang Pangkor jugaklah kiranya~ memang teruja bak hang lah.
menunggu ketibaan tan sri ferry
Lepas ferry dah datang, masuk je terus sambar kerusi kosong. Sebab aku lupa nak letak beg aku kat depan, so... Terpaksa duduk dengan beg kat tempat seat aku. Dengan hampernya lagi... -_-

Dalam 20 minit tersepit dalam ferry tu, sampailah rombongan kami ke Jeti Pangkor. Pastu terus naik van pegi rumah penginapan. Kitorang stay 1 malam kat Seagull beach Village. Kalau bilik kitorang ni boleh muat 6 orang satu bilik. Lokasi pun dekat dengan pantai jugak! Oklah tempat penginapan ni. orang yg uruskan homestay ni pun baik2 semuanya!


Dah sampai2 tu terus makan, solat. Pukul 3 dia dah suruh kita berkumpul untuk aktiviti. Masa ni ada jalinan ukhuwah dgn senior part2 dan pemilihan kumpulan. Kali ni dia nak perempuan yg jadi ketua so team aku dengan sebulat suaranya suruh aku yg jadi ketua. Paling kejam ada kawan aku kata "kau jadi ketua? Habislah kumpulan kau~" Ok ini sangat kuasam seriously *emoji ketawa*

Lepas dah buat aktiviti dalam dewan homestay tu baru kitorang gerak pegi pantai. Jalan kaki je. Serupa macam rombongan bangla baru balik kerja pun ada, hahaha!

Bila sampai pantai ni punyalah teruja ambik gambar. Bersih jugaklah air laut dia. 

Kat pantai ni kitorang buat sukaneka je. Jalan itik sambil kepit belon, sambut belon air, campak belon air kat team sebelah, balut kawan jadi mumia, buat binatang guna pasir. Semua aktiviti seronok kecuali jalan itik sambil kepit belon tu.... 

Dah senja tu, kitorang semua balik homestay. Ye, dgn baju basah lencun tu kitorang balik jalan kaki sampai homestay haha. Malam tu pulak, ada buat BBQ parteyhhh! 

Seriously memang sedap gila! Makan tu sampai tak pandang kiri kanan dah. Sampai jari terluka masa nak bukak kulit ketam tu pun tak perasan dah. Punyalah rakus seorang makhluk yg bernama Mazni ni :p Aku ni kalau dah nampak ketam memang macamnilah jadinya~

Lepas dah makan tu ada penyampaian hadiah untuk acara sukaneka tadi. Guess what team kitorang dapat nombor 3! Akulah yang kena amek hamper kat depan tu. Rasa macam retis pulak bila ada orang amek gambar kita, malu i taww. eh menyampah.

Dalam pukul 10 tu kitorang keluar jenjalan kat gerai2 area tepi pantai tu. Takde apa sangat pun tapi sedaplah jalan malam2 tu sebab breezy je~ 
                              
                           *********************************************************************

So last day kat Pangkor ni, kitorang pegi snorkeling, nak berkawan dengan ikan! Yang ni memang aku eksited sebab 1st time aku buat snorkeling. Selama 18 tahun hidup dan dah banyak kali pegi pulau2 yang cantik.. Baru kali pertama sis ini ber-snorkeling... 

Nak snorkeling ni kitorang kena pegi pulau Giam dulu. Tak jauh pun. Naik bot sekejap je sampai. Kat situ memang Subhanallah! Air biru jernih sangat2. Tapi aku tak sempat nak amek gambar :( Time tu eksited sangat nak snorkeling sampai phone aku biarkan je dalam beg. Last2 nyesal sebab tak amek gambar.. 
kredit: google
Masa sampai je Pulau Giam tu, kitorang diberi latihan snorkeling. Kena pakailah goggle dengan baju pelampung apa semua tu. Pastu kitorang kena try selamkan diri dalam air. Honestly, aku ni jenis yg takleh tahan nafas lama sangat dalam air tapi kena try jelah kan. Lepas dah diberi latihan tu baru pandai nak menyelam. So ikan, wait for me!

Kitorang diberi 3 ekor udang kering utk umpan ikan. Time nilah nak berbaik-baik dengan ikan! Ikan2 tu serious lawa ngatt. Apa ke nama ikan yg belang2 hitam kuning tu? Haa ikan tulah yg kitorang jumpa. Bila tunjuk je umpan tu terus ikan2 datang serbu. Rasa macam idola pulak. Lulz.

Time snorkeling tu banyaklah dramanya. Sebab rombongan kitorang ni ada dalam 70++ so sempit sikitlah sebab nak kena berenang kat satu kawasan yg sama. Dengan pengunjung lain lagi. Time tu adalah yg terlanggar orang sana, tersepak orang sini, tersplash air kat orang lain, terpusing-pusing, goggle kabur sampai tak nampak apa, ada yang tak reti berenang, kaki tersekat kat batu karanglah. Ekceli, aku pun salah sorang dari mangsa diatas, heheh.

Aku ni jenis yang kalau tengah berendam kat laut memang gelabah bila kaki tak capai tanah. At least mesti kena ada benda untuk aku paut. Tu pasal yang asyik duduk tepi batu besar tu je. Pastu satgi masa tengah snorkeling, angkat2 kepala dari air je tengok dah jauh dari batu besar tu. Pegi balik kat batu tu, menyelam kat situ je. Dasar pemikiran tak maju, asyik duduk bawah batu je. lol.

Trip ni memang awesome! Yang ni trip yang paling best aku pernah pegi sepanjang tahun ni. Seronoklah pegi dengan kawan-kawan camni, bukan selalu :) Lagipun tahun 2015 ni memang aku tak banyak keluar bercuti pun. Yang ni jelah yang paling menyeronokkan setakat ni hahahaa. 

Thanks for reading!

#Jangan lupa klik2 iklan kat sidebar tu okay? Semoga dimurahkan rezeki! Hehehehe :B

23 Oct 2015

End of semester 1


Assalamualaikum


Hi gais i'm backk! kini saya sedang ber-semester break selama sebulan. Next sem akan bermula 29 november nanti. Dengan ini saya mengisytiharkan yg saya telah tamat semester 1 dalam diploma printing technology. Eh baru habis sem satu dia punya kecoh tu masa dah habis sem 5 je. Btw, Alhamdulillah, exam boleh jawab semuanya. 

Art and design student is seriously no joke. Tengah2 exam pun kau kena buat esaimen lagi tahu. Dan yg paling unbelievable, aku berjaya hantar semua projek tu awal sehari dari masa yang telah ditetapkan! Yay for me! (tepuklah tangan sikit). Dan one of my project lecturer mintak utk dijadikan contoh jabatan. Yay for me again! Rasa terbayar jugaklah hasil usaha aku.

Yang pasal projek art ni semua nanti aku cerita untuk next entry. Apapun next sem kitorang kena pindah ke Puncak Alam. Masa 1st masuk dulu memang tak sabar gila nak pindah Palam. Bila dah lama duduk Shah Alam ni, rasa berat hati betul nak pindah. Kita dah selesa dengan persekitaran kat sini, dah ada port sendiri untuk kau nak melepak, dah hafal selok-belok kawasan Shah Alam, dah biasa dengan fakulti sendiri, dah biasa dengan orang2 sini. Tiba-tiba kena tinggalkan semua tu. Huaaaa..

Nak2 pulak abang dengan kakak aku belajar kat sini so kalau aku nak keluar pegi memana call je dorang, nanti dorang pi bawak keluar naik motor. Senang sikit bila diorang ada. Nak balik rumah pun boleh balik sama-sama. Dah pindah Palam nanti, haa pegilah kau sorang-sorang. Sedih tau tak sedih. Sobss..

Tulah kau, memula menyampah sangat kan duduk Shah Alam ni. Awal2 sem haritu membebel sangat nak duduk Puncak kan? Sekali dah sayang kat Shah Alam ni, memang rasa taknak pindah dah. Hahaha!

Adalah menjadi adat (adat sangat) setiap kali tamat sem 1 orang akan ceritakan pengalaman pahit manisnya sepanjang sem tersebut. Aku pun samalah. Nak abdikan kenangan sem 1 ni kat blog supaya bila dah habis belajar nanti, bolehlah baca balik semua kenangan2 ni :) Inilah gunya blog. Kahkah!

*emoji monyet tutup mata*
chanting utk uitm FC kat stadium Paroi. Ini kali pertama dan terakhir aku pegi trip untuk uitm FC. Trip yang mendatang aku x boleh join sebab busy buat kerja/balik rumah. Kawan2 lain je yg pegi. Next sem InsyaAllah join lagi!
Jamuan raya FSSR (fakulti senilukis senireka). Inilah kali pertama amek gambar satu kelas dengan the boys setelah 2 bulan duduk sini. Looollll.
Doodle art merdeka. Memula blur gila taktau nak lukis apa kat roda besar tu. Lastly tibai jelah lukis apa2 pun. Ahli paling ramai tapi dapat tempat terkahir, muahahaha! 
Kesatria Negara. Well... Bukanlah kenangan manis dan bukan juga kenangan pahit. Suka part belajar kawad je kot, hehe.
Trip ke Pangkor! Will story next entry ya!
First roleplay. Ahahaha tak biasa bercakap english kat depan. so tergagap semuanya xD
Birthday celebration <3
Minggu exam. Ni semua muka2 bahagia lepas keluar dewan ni. Hahaha

Last but not least, bye kolej seroja. Bye fakulti art and design. Bye UITM Shah Alam. 5 bulan memang tak lama. Tapi dalam tempoh 5 bulan nilah banyak benda baru yang aku dah belajar, banyak orang yang aku dah kenal dan banyak kenangan kat sini. Thanks for a good memories! :)

Thanks for reading!