7 Jul 2015

Throwback MDS


Assalamualaikum
Salam 20 Ramadhan, salam 7 Julai.

Macam biasa, bolehlah klik sikit xD Thanks!
*KLIK  *KLIK  *KLIK


Hai koraaangg! Lamanya tak jumpa hewhewhew. Sedar-sedar dah sebulan dah blog ni ditinggalkan uhukzss. Dan sedar-sedar, dah sebulan aku bergelar sebagai siswi. Wuuu eksited sikit, hehe. Actually entry ni dah taip minggu lepas, tapi terkelam-kabut nak pegi class masatu sampai terlupa nak publish entry. Akibatnya, terperamlah ia sehingga minggu ni~

Saja nak habaq, aku dah ada laptop sendiri, so InsyaAllah lepasni bolehlah update blog selalu. Takde alasan nak bermalas-malasan taknak active blog dah. Ahh, Acah je macam ada orang nak baca blog kite ni, phuiii :p

Untuk entry kali ni aku dilemma nak cerita pasal apa. Nak cerita pasal minggu MDS ke, atau students life aku. Tapi disebabkan belum ada gambar dengan classmates aku lagi, so kite cerita dulu pasal MDS. Aku janji aku tak cerita banyak. Sebab aku sendiri pun dah lupa sikit dah pasal minggu MDS tu, haha.

Kan aku ada bagitau korang haritu yang aku ni kat Puncak Alam, tapi di-transitkan ke Shah Alam kan? Ingatkan duduk Shah Alam ni sampai selesai MDS tapii... aku salah. Duduk sini sampai habis sem 1. Bulan 11 nanti baru pindah Palam. Maka kami pun berhuhuhu lah.

Oh lupa nak bagitau, MDS 4 hari je rupanya. Baca blog senior2 ada yang kata seminggu. Bersyukur gila cuma 4 hari je.

So, mari kita mengimbau 'kenangan manis' sepanjang minggu MDS ni!

(sorrylah tulisan tetiba jadi kecik. aku pun taktau nape jadi camni T__T)

  • Bangun awal tidur lambat
Aishhh ni biasa sangat. Memang rutin harian setiap harilah. Tidur pukul 12/1 bangun pukul 3 pagi. Muka masing-masing dah macam haperr dah. Pastu pagi tu time tengah ada ceramah, semua pakat tidur dalam dewan. Siapa tidur, abang/kakak PM ambil gambar pastu masukkan dalam slideshow masa hari penutupan MDS tu. Hahahaha keji gila. Nasib baik gambar aku takde. Tapi kalau nak diikutkan, situasi kitorang ni takdelah penat mana. Akak2 dengan abang2 PM tu lagi penat. Ada yang siapkan assignment sampai tak tidur malam, pagi tu pulak kena bangun awal nak kena handle kitorang. So, rasa bersalah jugakla... Tapi terima kasih sebab sudi jaga kitorang selama 4 hari ni. Kalau kakak dgn abang tu takde, mungkin kitorang belum bergelar siswa/siswi lagi sekarang ni. :))

  • Tersenguk-senguk time program

Ingatkan aku sorang je yg selalu tersenguk-senguk ni. Bila tengok orang lain diorang pun sama jugakk. Ada yang dah selamat beradu dah pun. Aku setiap kali dah start rasa-rasa mengantuk tu, aku penumbuk sikit pipi aku ni. Time program tu diorang bagi penerangan penting kott takkan nak tidur pulak kan. Tapi.. akhirnya mataku tewas jua. So, selamat malamlah. Haha T__T


  • Makan kena rushing

Haaa ni paling aku benci. Aku paling tak suka bila aku makan, orang suruh cepat. Kitorang baru je duduk meja, then makan sesuap nasi tiba-tiba akak PM kata "siswi, makan tu pantas sikit". Tersedak iolls tau. Tapi aku makan je ikut cara aku, lantok lerr. Kang kalau makan laju nanti ada yang termuntah, haaaa satu hal pulaklah.


  • Kena jalan laju/berlari nak ke satu tempat

Setiap kali nak pegi mana-mana memang kitorang sentiasa rushing. Kadang tu kalau lambat kena berlarilah. Memang kelam kabut. Berpeluh tu jangan katalah~ Tapi takpe, 4 hari je pun rasa kelam kabut ni.


  • Bau badan 'harum semerbak'

Bangun pukul 3 pagi, balik bilik pukul 12 malam. Bila ada masa nak mandi? T__T Sumpah takleh naik bilik langsung doo. Badan dah banjir semacam dah, hahaha. Tahan jelah ye


  • Kena berhimpit macam sardin setiap kali naik bas

Penyeksaan kedua selepas bangun awal tidur lambat, berhimpit dalam bas. Bayangkan 2 sit kerusi tu kena duduk 3 orang. Kitorang yg pompuan ni pulak ramai, tu pasal yg 2 sit kena duduk 3 orang tu. Yang berdiri pun sama. Padat sangat bas tu. Dinasihatkan sebelum naik bas time MDS, silalah ambil oksigen terlebih dahulu :p


  • Kakak dengan abang PM garang
Biasalah tu kan. Kalau tak garang, budak-budak mana reti nak berdisiplin. Tapi akak2 dengan abang2 PM kitorang ni tahlah, aku rasa diorang baik sangat. Tak berapa garang. Taktaulah kalau uitm lain garang dia macam mana kan. hehe

So ini jekot yang aku ingat. Kalau dah baca mestilah kena ada gambar kan? hahaha okay. Tapi tak banyak pun, sorryla 

    
roomates masa kat kolej mawar. sekarang dah tak sama bilik dah kat kolej seroja. kecuali budak kedah yg baju biru tu.

masa malam kebudayaan. comel akak2 ngan abang PM tu menari. kahkah!


Disebabkan kitorang ni kat uitm shah alam, maka minggu penutupan MDS kat UiTM SA ditayangkan diseluruh uitm 1 Malaysia. Uuu bangga iolls duduk shah alam ni~

Thanks for reading!