22 Feb 2015

Manhattan Fish yang super sedap!


Assalamualaikum
*KLIK  *KLIK  *KLIK


Hari jumaat haritu kitorang satu family pegilah kat IOI Mall. Ni sebab nak meraikan gaji pertama aku, kenalah belanja family makan. Dah ade duit takkanlah kita guna untuk diri sendiri je kan, sharelah sikit hasil usaha kita dengan keluarga terchenta. awww~!

So restoran yang kitorang makan ni nama dia The Manhattan Fish Market. Kakak aku yang cadangkan makan sini sebab dia kata makanan kat sini sodapp sangat. Aku pun memang suka makan seafood so mungkin restoran nilah yang terbaik. Kat sini menu dia semua penuh dengan ikan uolls!

Grilled Gala Platter - RM57.90

Haaa yang ni seafood platter. Kalau nak makan memang kena share Sebab yang ni ade nasi. Kitorang share 4 orang pun dah kenyang. Memang sedap! Fillet dia pun lembut je. Selain fillet, dalam dia ade kupang, udang, sotong. Not bad!

Hasil kerakusan kami 4 orang. licin!

Manhattan Fish n' Chips (dory) - Rm12.90

Yang ni parents aku yang order. Fish n' Chips ni ade 6 pilihan ikan. Harga semua lain-lain mengikut jenis ikan. Kalau engko pilih ikan yang mahal, harga dia pun mahal jugaklah. Macam mak ayah aku ni pilih ikan dory je. Ayah aku yang tak berapa nak makan makanan barat pun kata ikan ni sedap.

Scallop USA Spaghetti - RM19.90

Spaghetti ni dimakan oleh adik aku. Yang ni rasa dia spicy sikit. Nampak tak lada benggala dengan sprinkled2 chili tu, haaa tu tandanya pedaih sikitlah. Rasanya boleh tahan sedap. Portion dia pun banyak untuk sorang makan.

Blue Lagoon - Rm 10.90
Melon Breeze - RM 9.50

Warna air ni cantik sangat! Dah lama teringin nak minum air camni. Oh actually ni air gas je. Belong to my brotah n sistah. Aku? Order sky juice je. Sihat dan tak menggemukkan xD

Rate:
4.8/5

Lot G00B5, Ground Floor, IOI City Mall, 47100, Puchong.


Thanks for reading!

18 Feb 2015

Buang ke simpan?

Assalamualaikum!


Heh lama tak buat entry berkomik en :p

Setiap kali bila tolong mak kemas stor ade je benda menarik yang aku jumpa, aku simpan. Itulah tabiat buruk aku, wahahaha!

Kalau semua benda asyik nak simpan je bilanya nak bersih? T__T

Thanks for reading!


10 Feb 2015

Shopping di avenue86


Assalamualaikum

*KLIK  *KLIK  *KLIK

Pernah dengar pasal avenue86? Taktau? Haaa KLIK SINI. Excited gila dapat parcel pagi tadi u'olls!
Aku memang dah lama teringin nak beli beg dari avenue86 ni lepas Kak Mun pernah review dia punya online shop dulu. Avenue86 ni lebih kepada fashion dan aksesori je. Nak cari penyidai baju ke, pinggan mangkuk periuk ke memang takde hokay. Tapi kalau nak beg yang comel-comel sinilah tempatnya.

 Aku ni kesian sikit sebab tak banyak koleksi beg. Kalau beg sekolah tu adelah tapi macam tak sesuailah nak keluar jenjalan bawak beg sekolah yang besar gemok tu. Selalunya aku pinjam beg kakak atau adik aku je. Tu pun kadang-kadang diorang tak bagi, aii dekutnya. Pakai jelah beg buruk yang ada tu..

Maka lepas dah dapat gaji, mulalah saya bershopping di avenue86 ni. Memang mata dah bersinar-sinar gilalah nak pilih beg-beg ni. warna pun comel-comel je semua. Aku beli backpack je sebab boleh isi banyak barang sikit. Handbag tu lain kali jelah.
 

Jeng jeng jengg! parcel pun sampai harini.

Dia punya servis memang tip-top gilalah. Dalam banyak-banyak (sebenarnya tak banyak mana pun) online shopping yang aku pernah beli, ni yang paling ekspres sekali! Aku order hari jumaat, esoknya pergi bayar dan 2 hari lepastu dah sampai. Dengar je poslaju pin rumah orang sebelah terus aku duduk depan pintu sampai dia datang pin pin kat depan rumah aku.

Memang cepatlah diorang punya servis penghantaran. Kalau baca kat customer feedback pun diorang puji bab delivery. Saya bagi lima bintang!


So ni beg yang aku beli. Warna biru tu aku punya, yang hitam tu aku beli untuk birthday adik aku. Sebenarnya kalau nak ikutkan dua-dua tu aku nak tapi dia dah warning awal-awal lagi jangan amek warna hitam. Dia nak warna hitam tu pun sebab nampak macam beg healer. Apedehallah.. 

Dan aku punya tu beg yang Park Shin Hye pakai dalam drama The Heirs! Nak jugak tu beli beg yang sama macam artis korea pernah pakai. Tapi oklah, ruang dalam pun tak terlalu besar, tak terlalu kecik. Sedang-sedang je. Nak isi-isi telekung ke, buku ke muat jugak. Nak bawak travel pun ok.
Adik aku ade jugak beli rantai dengan purse. Comel sangat! So kalau yang minat dengan rantai, gelang, cincin, subang tu bolehlah tengok-tengok kat sini--> KLIK.

Worth it jugaklah beli kat sini. Harga pun kira ok-oklah sebab produk dia banyak dari korea jepun. Lagipun servis memang sangat bagus. Memang tak rugi! 

Siapa nak try usha-usha bolehlah klik link kat bawah ni.

Thanks for reading!

1 Feb 2015

First experience memanah


Assalamualaikum
Selamat bulan februari!

*KLIK  *KLIK  *KLIK


Semalam kitorang pegi Fraser Hill. Pegi ni pun sebab hadiah birthday abah untuk mak. Mak mintak bawak jenjalan, hehe.

Sebelum ni pernah jugak datang fraser hill, tapi itu cerita 13 tahun yg lalu. Aku tak ingat apa-apa pun pasal fraser hill ni, parents aku yang cakap pernah pegi sini dulu. 

Dulu time kitorang datang ayah aku kata fraser hill ni sejuk gilalah. Sampai berasap mulut bila bercakap tu. Entah betul ke tak atau ayah aku saja nak melebih-lebih, hahaha. Tapi sekarang, dah panas. Tak macam dulu. Kalau nak sejuk waktu pagi atau malam jelah.

Dekat fraser hill ni bosan takde apa benda pun sebenarnya. Cuma dia punya rekabentuk rumah je lawa ala-ala english dan banyak pemandangan hijau. Kalau part yang aku rasa best masa kat fraser hill ni satu je, memanah.

Memanah ni nampak je senang, tapi susah nak aim panah dia kena kat target tu. Aku geleng kepala je tengok orang main tapi panah dia tak mengena. Sekali bila sampai turn aku hampeh jugak. Confident je lebih ingat boleh kena at least 5 panah. Last-last, satu panah je yang kena. Tu pun kat area putih. Gembira yang teramat pulak tu. Ahh kesiannya xD

Harga RM10 untuk 10 batang anak panah

Dat loser


Lepas memanah ni, badan memang rasa sakit-sakit gila. Kakak aku sampai lebam tangan dia, apa benda tah yang dia buat, hahaha. Postur badan kita kena menyenget, tangan lak kena lurus, kepala straight pandang depan. Menggigil dah aku pegang panah tu lama-lama. Walaupun tak berat sangat tapi kalau pegang lama-lama lenguh jugak. 

Tapi serious cakap, memanah ni memang best. Kalau selalu praktis, mesti boleh pro punya.


Selain memanah ada jugak aktiviti tunggang kuda. Kat sini semua sukan sunnah Rasul. Tapi kalau naik kuda ni just pusing-pusing camtu je. Satu round RM8. Mahal jugaklah tapi aku tak naik sebab macam bosan. 

Thanks for reading!