28 Jan 2015

Proses mencari kerja lagi


Assalamualaikum

*KLIK  *KLIK  *KLIK

Dah nak dekat sebulan keje baru aku nak cerita pasal pengalaman bekerja. Eh, tapi kenapa tajuk tu lain macam? Kenapa nak cari kerja lagi? Kau dah kena pecat ke apa? Eh diam kau.

Nak kata aku kena pecat, entahlah. Sebab awal-awal aku kerja lagi aku dah habaq kat boss aku nak tukar kerja sebulan. Tapi diberhentikan lebih awal dari tarikh yang aku nak berhenti, haha. Dahlah wei, tak payah nak cover lagi~ Dah kena pecat tu ngaku jelahh.

Susah sangat nak dapat sales kat kedai tu. Ada sekali tu sampai aku kena marah kot. Teruk gila aku kena, hahaha. Aku sebagai promoter pun mestilah sedih bila takde orang nak masuk kedai. Aku try jugaklah tarik customer masuk tapi nak buat camne kan, diorang taknak masuk. 

Aku faham keadaan kedai tu macam mana dan apa faktor yang menyebabkan orang tak ramai nak masuk. Tapi boss aku tu.. hmm biarlah, malas nak cerita. Atau mungkin dari kesilapan aku sendiri kot.

But syukur Alhamdulillah, aku dah tak kerja situ dah. Pelik aku ni, gembira pulak dah kena berhenti kerja. Serius aku cakap memang aku tak sedih langsung, hahah. Yang sedihnya aku kehilangan kawan sekerja jelah. Seminggu sebelum aku berhenti tu baru dia datang kerja kat kedai depan aku. Dia pun macam aku jugak, lepasan SPM. Datang jauh dari Kedah ni. Btw orang-orang Kedah memang peramah. Seronok kawan dengan depa ni.

Bye Mastura n makcik Norma :'(
Kini aku kembali menjadi penganggur, kahkahkah! Lepasni InsyaAllah aku start cari kerja balik. Ayah aku suruh aku cari kerja dengan kakak aku terus sebab dia tengah cuti sem. Senang sikit kalau aku nak pergi kerja nanti, naik motor dia je.

Apa-apa pun, bolehlah klik-klik iklan kat sidebar tu eh bagi membantu si penganggur ni. Moga murah rezeki korang xD

Thanks for reading!

24 Jan 2015

Photo Card GiveAway


Assalamualaikum!

jom join giveaway dari kak sally!
http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/01/photo-card-giveaway.html

photo card ni gambar yang kak sally amek sendiri masa pegi korea dulu, lepastu print je. 100% hasil sendiri, hahaha.

Tarikh penyertaan
21st January - 26th January (11.59 pm waktu Malaysia)


15 Jan 2015

Ramyun dan susu pisang


Assalamualaikum!
*KLIK *KLIK *KLIK

Harini aku mintak cuti kerja. Sebelum balik semalam aku singgah kat Jaya Grocer jap sebab nak cari ramen korea dengan susu pisang yang sering diperkatakan oleh orang ramai tu. Dah lama aku mengidam nak rasa ramyun dengan susu pisang ni. Kemain susah gila nak cari ko tahu?

Dan.... TADAAAAA! Jumpa jugak! Inilah dia ramyun korea keluaran Nongshim. Shin Ramyun!
         

Macam yang dah tertera kat situ, ada logo halal. So yeayyy, selamat dimakan!

Makesure kena ada logo halal. Sebab ada ramyun yang jenama nongshim ni tapi tak halal. Yang tak halal tu tak silap aku ada gambar daging. Kalau yang aku makan ni ada gambar cendawan dengan sayur je, no meat-meat. So kena telitilah gambar kat bungkusan tu betul-betul..

Mee ramyun ni besar gila and rasa dia quite spicy for me yang tak berapa tahan pedas ni. Tapi still sedap! Kenyang jugak makan sebab mee dia kenyal-kenyal sikit. Jadi hot tau bibir aku lepas makan benda ni hahaha.

Ok dan ini pula adalah encik banana milk yang sangat dikasihi. Tapi sayangnya dalam bentuk kotak.. Kita nak bentuk botol.. :(

Susu pisang ni mahal gila. Size dia lebih kurang macam dutch lady school tu, tapi harga sekotak sampai RM3.50. Pehh kalau aku beli air dutch lady 2 kotak pun lepas.

Bagi aku susu pisang ni rasa dia biasa je. Tapi bila dah lama-lama minum tu rasa macam ketagih nak minum lagi. Khasiat yang ada kat pisang ni buatkan aku bertenaga. Taktaulah kalau orang lain rasa sama macam yang aku rasa, hehe.

Susu ni ada 2 periasa. 1 pisang, 1 lagi strawberi. Yang perisa strawberi ni familiar sangat dah. Sebijik macam rasa dutch lady strawberi tu haa. Kalau kau suruh aku pilih antara 2 tu mana yang lebih sedap, aku pilih pisang. Sebab rasa dia ada kelainan sikit. Sebelum ni mana pernah ada susu pisang jenama lain. Tu pasal eden lebih terpikat dengan perisa pisang.

Setiap kali sebelum balik kerja dengan muka tak malunya aku hanya grab sekotak susu pisang yang harganya tak sampai RM5 sedangkan harga macam ni layak dibeli di kedai runcit je, bukan didalam pasaraya yang orang ramai beli barang-barang dapur sampai berpuluh-ratus ringgit tu. Hahaha who cares? Biar cashier tu ingat sikit muka adik yang selalu sangat datang beli susu pisang ni.

Thanks for reading! Byee Assalamualaikum.

7 Jan 2015

Hadiah awal tahun


Assalamualaikum

Dah seminggu tahun 2015 berlalu, aku masih tak wish selamat tahun baru. K dah taknak wish selamat tahun baru sebab dah lewat seminggu. 

Btw tak percaya umur dah 18 tahun. Rasa macam minggu depan aku kena pergi sekolah je. Buku-buku dengan kertas latihan tahun lepas yang bersepah tu masih tersergam indah lagi kat dalam rak buku aku. Punyalah baloq liat gila nak mateyy nak kemas sampai mak aku pun label aku pemalas gila nak mateyy.

Ok sempena awal tahun 2015 ni aku dah dapat 1 hadiah dari Kak Farah sebab join GIVEAWAY NI. Memang terharu sangat sebab minggu pertama tahun baru dah dapat hadiah yang comel. Rezeki awal tahunlah katakan :D 

Benda ni sampai hari isnin haritu sebenarnya, tapi baru nak update sekarang. Mana taknya balik kerja sampai pukul 10 malam. Memang idoklah eden nak jenguk peti surat tu. Ni pun adik yang tolong ambilkan. 

Terima kasih kak Farah untuk magnet yang comel ni! Elok je dia melekat kat peti ais tu. Bertambah koleksi magnet kat rumah.


Maka dengan ini, daun maple pun bahagia bersama dengan kawan-kawan barunya di peti ais.
The end.

Kahkahkah!

P/S: Terima kasih jugak utk note card Jasper tahun lepas. Tak dapat update sebab tak bukak blog sampai habis SPM, hehe.

Thanks for reading!