30 Dec 2014

Postcards Giveaway from Germany & Czech Republic


Assalamualaikum
 
Tiba-tiba berminat pulak nak kumpul postcard dari lua negara. ada 20 keping poscard semuanya. Manala tahu kot-kot ada rezeki ke kan.

Giveaway ni dianjurkan oleh Kak Aisya(Germany) dan Kak Hanis Amanina(Republik Czech). Suka sangat baca blog diorang yang selalu share pengalaman sepanjang duduk di luar negara :D

Klik banner kalau nak joined!
http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html 
(11:59 malam, waktu Malaysia)
Thanks for reading!

24 Dec 2014

bercuti buat seketika


Assalamualaikum

Barulah dapat bercuti setelah sekian lama mereput kat rumah ni. Tapi bercuti kat kampung jelah. Kerja InsyaAllah start minggu depan, tu pasal rasa bosan kat rumah ni. Asyik tengok komputer selalu pun bosan jugak. Rasa macam pasif sangat je ngadap komputer 24 jam, hehe.

Walaupun duduk kat kampung bosan sebab takde benda yang boleh dibuat, at least dapat jugak tenangkan diri dari stress. Stress kenapa tah aku pun taktau, haha. Rasa macam bebas sikit daripada internet kot. Sejak komputer buat masalah ni macam dah takde mood pulak nak berblogging. Nak blogwalking blog orang pun susah sebab line lembab. Sorrylah ye.. Nak blogwalking guna phone susah pulak hishh. Berbekalkan game candy crush, bolehlah aku hilangkan sikit rasa bosan tu. Wiwiwi.

Excited lak nak balik kampung. Dapat makan makanan sedap, cuaca nyaman, tambah-tambah sekarang ni tengah musim hujan lagilah sejukk. Dan, takdelah menyampah sikit dengar phone berbunyi sebab dapat whatsapp dari group yang 24 jam merapu tah pape, haha.

Apapun, kita jumpa lepas cuti ni. InsyaAllah masatu dah boleh start blogwalking balik. Byee~

Thanks for reading!

23 Dec 2014

Buat menu tab bercantum

Assalamualaikum

Haritu ada yang 2 orang request camne nak buat menu tab rapat-rapat macam blog aku ni. Senang je nak buat, cuma kena crop rapat-rapat je. Ni gambar contoh menu tab tu ya.
caranya;

1) Bukak photoshop, adjust width ikut lebar blog korang, height tu boleh buat sependek-pendeknya bagi menjimatkan ruang. cth:(990x50)

2) Pilih apa-apa bentuk. Buat bagi sama panjang dengan width.
Crop mana yang lebih

3) Tulis apa-apa yang korang nak tulis untuk tajuk tab tu

4) Crop satu-persatu mengikut tajuk tab. Kena pandai bahagikan jarak supaya bila nak masuk dalam blog nanti jaraknya sama-rata

5) Lepas crop, save as png. Kemudian ulang step 4 dan 5 sampai habis

Dah siap save semua, masukkan dalam blog. (credit tuto)

Dashboard>Layout>Add a Gadget>Html/Javascript

Paste kod ni
<a href= " URL Pages anda " target = " _blank"><img src=" URL Tab Menu " width="155" height = "80" /></a>
Url tab menu boleh dapatkan kat sini 

kalau nak tau width & height dengan size yg tepat boleh lihat kat folder yg korang dah save menu tab tu :)


Kalau ada apa-apa yang tak faham, boleh tanya. 

Thanks for reading!



21 Dec 2014

Kerja pasar malam


Assalamualaikum

**tolong klik jap, terima kasih :p

Disebabkan aku dah bosan duduk menganggur kat rumah ni setelah hampir sebulan, adik aku pun ajaklah kerja kat pasar malam. Tapi aku kerja sehari jelah. Ni pun aku gantikan kerja kawan aku sebenarnya. Kang kalau aku rampas kerja dia mahu dia mengamuk nanti.

Aku kerja kat pasar malam ni dengan jiran aku. Dia jual makanan pantai timur macam nasi dagang, nasi kerabu, laksam dan lain-lain yang aku lupa namanya, haha.

Semalam pelanggan yang datang ramai jugaklah, nasib baik masa tu hujan dah berhenti. Tapi kelam kabut jugaklah sebab aku baru kerja hari pertama. 30 minit yang pertama bagaikan neraka sebab asyik kena marah dengan adik aku jee. Eleh mentang-mentang dia dah pro, dia sombong pulak ngan orang baru. Tapi dah lama pastu aku dah lajulah buat kerja, hehe.
Meja bersepah dengan periuk. Periuk-periuk nilah yang simpan semua hasil jualan :p

 
my lil' sister teach me how to 'hias' nasi kerabu. Pehh nampak sedap gila~

Kitorang start kerja dari pukul 4 petang sampai 10 malam. Biasanya pelanggan ramai time petang-petang. So bila dah malam tu tak ramai sangatlah. Anak boss a.k.a kawan aku pun ajaklah tengok bola sambil-sambil tu merayap kat pasar beli makanan. 

Mula-mula ingat nak beli aiskrim goreng sebab aku tak pernah langsung makan aiskrim goreng. Tapi malangnya kedai tu takde orang sebab pekedai dia lari pegi tengok bola. Maka, kitorang pun belilah sosej cheese bakar. Makanan favourite aku kat pasar :p
 

Dan, aku dapat jugak gaji pertama aku selepas 16 hari menganggur. Muahahaha!

Bagi aku, seronok jugaklah berniaga kat pasar malam ni. Walaupun penat nak arwah sampai nak patah pinggang kaki aku, dapat jugaklah pengalaman. Aku yang baru kerja sehari ni pun dah penat apatah lagi jiran aku yang keje setiap hari selasa dengan sabtu. Kena masak sampai 10 kuali pulak tu.

Aku lebih suka pekerjaan yang berkonsepkan perniagaan sebab rasa seronok pulak kira-kira duit, hehe. Sejak dah join Usahawan Muda masa form 4 dulu rasa seronok jugak bila berjual beli ni, hehe.

Thanks for reading!

15 Dec 2014

Throwback Bali island


Assalamualaikum

*Entry yg penuh dgn gambar

Orang kata benda lama tak usah dikenang, tapi aku nak kenang jugak sebab kat Bali ni memang best! 

Aku pergi Bali masa tahun 2011 bersamaan dengan tingkatan 2. Tulah kali pertama aku naik kapal terbang. Wehuuu~

Dari Malaysia nak ke Bali memakan masa hampir 3 jam. Walaupun Bali ni duduk kat Indonesia, tapi pulau dia jauh. Nak dekat sampai Australia dah. Bali ni jangan cakaplah cantik dia macam mana, air laut dia biru gitu. Boleh nampak ikan-ikan yang berenang kat dalam laut pasal jernih sangat airnya. Subhanallah, memang cantik.

Oh lupa nak cerita, majority penduduk kat Bali ni semua agama hindu. Dan tak lupa juga, kalau pegi Bali perkataan "babi guling" tu memang korang selalu sangat nampak okay. Tempat penginapan kitorang pun bersebelahan dengan restoran babi guling atau nama sopannya "cadbury guling" haha. Eh, cadbury dah halal balik kan?

*********************************
Tempat pertama yang kitorang datang sebaik je sampai kat Bali ialah Pantai Kuta. Pantai ni cantik sangat tapi sebab kitorang sampai waktu senja maka dia punya scenery tu jadi samar-samar jelah. Plus, kualiti kamera masa ni buruk gila. *cedih*

gambar buruk dari aku

gambar lawa dari google

Kitorang ada jugak melawat kuil-kuil kat Bali ni. Kalau korang tengok rupa pura(kuil) dorang , mesti ada menara bertingkat-tingkat yang 'berambut'. Nampak macam menara pagoda pun ada.

Kawasan dekat pura ni memang luas. Banyak rumput-rumput hijau, Penuh dengan senibina Bali. Memang cantiklah. 







ini kuil lain(danau bedugul)


***************
**update gambar baru. lupa nak masukkan tadi xp


Lokasi yang paling popular kat Bali ialah Tanah Lot. Kat Tanah Lot ni ombak kuat gila. Tapi tempat ni memang cantik. Ada satu fenomena geografi yg kau belajar waktu tingkatan 1 dulu, kita panggil dia sebagai "gerbang laut". Bukan senang nak jumpa gerbang laut ni. 

Rupa gerbang laut tu lebih kurang camnilah. Ada Lubang kat tengah-tengah.

Nah, i'm kidding. Gambar sebenar dia yang ni; 
kredit google
Dekat Tanah Lot ni yang ada upacara memuja, tarian tradisional dan pijak-pijak api tu. Kitorang tak tengoklah sebab masa tu dah maghrib and kat tepi laut lak tu. Comfirm ada banyak setan berkeliaran. Plus, diorang tengah buat upacara pulak tu. Tapi ramai je orang yang tengok sebab nak tengok kebudayaan Bali.

And, satu benda yang paling aku tak suka masa kat Bali ni bila dengar bunyi-bunyi pemujaan. Time kat Tanah Lot ni 2 kali dah dengar suara orang yang baca ayat2 mentera atau ayat panggil makhluk tu. Meremang bulu roma aku dengar. 

Setiap kali waktu subuh kat hotel pun sama, memang suara tu akan mula bunyi. Agak creepy haha.

****************
Pantai yang paling cantik pernah aku jumpa kat Bali ni, Pantai Nusa Dua. Kat sini je yang kitorang sempat mandi. Air dia memang biru sangat! Syukur sebab kawasan yang kitorang mandi tu tak ramai orang. 



**************
Next, kitorang ada pegi tengok dolphin kat Lovina. Disebabkan Bali ni tak jauh sangat dari Australia, adalah dolphin-dolphin yang tersesat kat situ. Kitorang bangun pukul 4 pagi semata-mata nak tengok incik dolphin ni. Sambil-sambil tu dapat juga tengok matahari terbit. Memang lawa!




Bila matahari dah start naik, terus incik dolphin keluar dengan gembira.



30 minit duduk kat laut, aku pun mulalah mabuk laut. Nasib tak termuntah kat laut. Kang marah incik dolphin tu. xD

**************
Lokasi seterusnya kat gunung Kintamani.  Kitorang makan kat restoran yang memang betul-betul berhadapan dengan volcano. Orang kata gunung berapi ni masih aktif. Dan kat sebelah volcano tu ialah Danau Batur. Cuaca kat sini memang sejuk dan berangin. Angin asyik tampar pipi aku je, sampai merah jadinya.. Cewahh ayat hiperbola sungguh!




*************

Next, kitorang pergi melawat kat temple Uluwatu. Kat sini memang lawa. Kalau pergi Bali, mohonlah datang kat Uluwatu ni untuk menikmati pemandangan yg indah



muka aku tak ready sangat T__T


Sebenarnya ada lagi tempat-tempat lain yang aku pergi. Pergi lawat ladang kopi luak(kopi tahi musang), tengok padi bertingkat-tingkat kat Tengalang. Tapi gambarnya entah kemana, hahaha.

Masa kitorang 3 beradik dah balik Malaysia dengan makcik aku, parents kitorang ada singgah kat Jimbaran. Kat Jimbaran ni ada restoran tepi pantai dan korang boleh tengok sunset. Tapi makan kat situ mahal sikitlah.
kredit google
Bali dikategorikan antara pulau yang tercantik di dunia. Banyak tempat tarikan pelancong yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Kat Bali ni antara lokasi pilihan yang terbaik untuk ber-honeymoon. Tak rugi datang sini, dapat tengok ciptaan tuhan yang indah-indah belaka tau u olls.

Thanks for reading!

10 Dec 2014

Perancangan lepas habis SPM

Assalamualaikum

SPM dah lama habis baru nak publish entry macamni. Lambat sungguh kamu. *geleng kepala*

Sebenarnya aku ingatkan PLKN aku mula tahun ni, batch ke-berapa ntah belum tahu lagi. Tapi ada orang cakap start bulan 4 tahun depan, tak surelah betul ke tak. So bolehlah aku teruskan rancangan aku dengan jayanya buat masa ni. muahaha!

1) Yang bab kerja sambilan ni aku rasa hampir 87% lepasan SPM nak buat. Memang dah jadi kebiasaan asal habis spm je nak keje. Nak cari pengalaman baru jugakk. Lagipun taknak bazirkan masa 3 bulan camtu je. Aku pun ada cari keje tapi setakat ni jadi pengawas peperiksaan jelah. Yang lagi satu keje tu masih dalam pencarian. Tamak kan sampai 2 keje aku nak? hahaha

2) Yang ni pun dah jadi kebiasaan yang selalu kita nampak. Pelik sangatlah tu kalau ada yang tak berminat nak amek lesen lepas spm. Dah amek lesen senanglah sikit nak merayap dengan kawan. Aku pun nak amek jugak tapi.... mahal nak mampus dia punya yuran... Taktaulah bila boleh amek.. u_u

3) Baju, shawl, long skirt, kasut, blablabla.... Bersinar-sinar dah mata aku nak beli semua-semua ni. Tapi semuanya perlukan duit eh, kena cari kerja dulu baru boleh nak shopping sakan. 

4) Ada kawan aku nak ajak makan korean food lepas habis spm. Disebabkan lama dah tak makan dan aku memang suka makan korean food, so teringin jugak nak makan dengan kawan-kawan. Sambil tu boleh melepaskan rasa rindu ni bila jumpa dengan diorang. I miss u girls!

5) Banyak cerita yang aku nak tengok tapi semua tergendala sebab spm. Sekarang ni memang kejenya tengok cite korea jelah. Inilah antara salah satu sebab kenapa aku tidur sampai pukul 2-3 pagi, hehehe.

6) Mendoodle tu wajib, hampir setiap minggu aku lukis doodle(tipu). Pasal tempahan tu masih lagi difikirkan. Aku bukak tempahan itupun kalau ada yang naklah. Bolehlah contact saya kat mana-mana.

7) Dah setahun tak buat giveaway, omg lamanyaa! InsyaAllah, soon. Tapi taktau lagi bila. Kalau tak jadi nak buat giveaway pun kita jadi sponsor jelah nampaknya.. Hadiah apa semua tak beli pun lagi

fakta: doodle ni dilukis masa bulan september haritu. excited punya pasal. Last-last update entry ni bulan 12 gak, pfftt..

Thanks for reading!



8 Dec 2014

Ada dua jenis manusia


Assalamualaikum

manusia 1:

manusia 2
picture credit to  twitter

Pandai macam mana pun kalau tak reti hormat orang lain kat jalanraya tak guna juga kan..

Thanks for reading!

6 Dec 2014

[Giveaway] Hello from Canada

Assalamualaikum

Jom join! giveaway simple tapi hadiah comel2 tauu, fresh dari canada :p
Hello from Canada

Apakah URL blog Doodles of Life? 

hadiah:

Thanks for reading!