20 Sep 2014

DIY : Design tote bag


Assalamualaikum

Ni kali pertama aku buat entry D.I.Y, mueheheh. Sekali-sekala nak cuba jugak design beg sendiri. Asyik beli kat pasar malam je kan. Actually kalau design sendiri lagi best rasanya sebab boleh buat apa-apa corak yang kita nak. Kreatif gituuu~

#I know sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk aku nak meng-kreatifkan diri buat benda-benda cenggini. Puiii -__-

Okay, jom mula!

Barang yg diperlukan
Plain canvas bag (boleh dapat kat SINI)
Pensil
Sharpie fabric pen
Fabric dye
Sellotape
Span / berus
Contoh lukisan
Pembaris(jika perlu)
Renda atau hiasan lain (jika perlu)


- Tampal sellotape pada beg supaya bila nak warna nanti cat tu tak comot ke tempat lain. Kalau boleh pilih sellotape yang berwarna supaya tak terkeliru. Makesure sellotape tu ditampal sekali dengan beg sampai melekat ke lantai ye.

- Celup span dalam fabric dye. Sapukan warna tu atas beg dengan rata. Tak payah risau kalau terlebih cat sebab dah tampal sellotape tadi. Hasilnya, garisan akan nampak lebih lurus dan kemas.

- Lukis apa-apa corak yang korang nak. Guna sharpie fabric pen. Jangan guna pen sharpie biasa ye, karang jadi comot macam yang warna pink tu T__T

- Masukkan contoh lukisan yang korang pilih dalam beg dan tekap ikut bentuk lukisan.

- Kemudian, potong tulisan mengikut huruf. Kita ambil bahagian yang berlubang je.

- Tampal sellotape pada sekeliling kertas dan warnakan pada bahagian huruf yang dah di-transparent-kan tadi. Nanti tulisan taklah nampak comot sangat lepas dah warna.

- Warnakan gambar yang korang dah tekap tadi. Terpulanglah sama ada nak warna pakai pen sharpie atau fabric dye. Cat aku tak banyak, tu pasal pegi warna pakai sharpie je..

- Akhir sekali, bolehlah letak lace atau hiasan-hiasan lain untuk nak nampak lebih ceria. Aku beli lace ni kat Daiso. Dia memang melekat secara semulajadi. Kalau nak jahit pun boleh, in case kalau takut lace tu tertanggal.


Dah siap!
Hahahahaha corak yang paling kanan sekali tu! Cacat nak mampus T___T

Senang je kan. Pasni bolehlah design sendiri. Serlahkan potensimu~

Tu je. Bye. Salaam~

*Kalau rajin bolehlah tolong klik. Jzzk :)


13 Sep 2014

Hadiah barter

Assalamualaikum

Apakah itu 'hadiah barter'? Ia adalah nama lain yang telah diubahsuai dari perkataan 'sistem barter'. Sistem barter ialah  proses pertukaran barang dengan barang yg lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna tanpa melibatkan mata wang. Hahaha melalut pasal perdagangan lak kau.

Kitorang 5 beradik ni lain sikit bila nak bagi hadiah birthday. Setiap tahun, sape-sape yg nak dapat hadiah birthday dari adik-beradik makesure kau kena bagi hadiah kat dia dulu. Kira deal lah kan. Mana aci orang bagi hadiah kat dia tapi dia tak bagi hadiah kat kita pun. Ewah ewah~ nampak sangat tak ikhlas nak bagi hadiah.

Sebenarnya birthday aku lambat lagi. Bulan depan. Tapi alang-alang tadi dah pergi SBU Bangi untuk beli hadiah birthday kaklong, maka hadiahku dapat awal sikitlah xD Tapi hadiah dari abang dengan adik je belum dapat. Sebab aku tak beli untuk diorang lagi :p

Aku belikan square shawl untuk kaklong ngan kakngah. Harga RM25, so diorang kena bagi aku hadiah yg harganya sama dengan hadiah yg aku bagi kat diorang. Inilah yg dipanggil hadiah barter. Got it? 

Nak describe sikit pasal hadiah yg aku dapat;

square shawl:- ada banyak pilihan warna. Ada yg plain, ada yg bercorak. Senang nak bentuk. Cara pakai simple.

Alpha Arbutin Soap:- Orang kata sabun ni bagus. Bau dia wangi. Boleh putihkan kulit. Tapi rasanya takleh guna untuk sabun kat kulit muka kot. Boleh TENGOK SINI

Egg white mask:- Haritu ada terbaca petua tradisional yang putih telur tu bagus untuk rawat kulit berminyak. Disebabkan sayang nak bazirkan telur yg ada kat rumah tu, so beli jelah mask ni. Dah nama pun 'egg white'. Time nak cabut mask tu sakit hati sikit sebab mask dia warna putih lutsinar. Aku tak pasti sama ada yang aku tengah tarik tu ialah mask atau kulit muka aku, lol. TENGOK SINI

Walaupun ada banyak hadiah yang aku dah dapat, ada satu hadiah berharga yang tiap-tiap tahun aku selalu dapat tapi tahun ni aku tak dapat hadiah tu buat pertama kalinya. Ciuman birthday dari mak. Bila pagi birthday je mak mesti cium pipi aku dan bagi wish. Tapi tahun ni je takde sebab mak aku pegi haji, huhu.

Eheh, nak mintak tolong. kalau sudi bolehlah tolong klik sampai habis loading eh. Terima kasih!

Sekian, Assalamualaikum~

5 Sep 2014

4 Inspirasi Gaya Selendang Sugarscarf


Assalalamualaikum


Harini nak buat review pasal tudung sikit. hehehe 

Tudung jenis apa yang korang suka pakai? Adakah tudung sarung yang simple atau selendang yang menawan? Kalau korang jenis yang  lebih suka pakai selendang, mari kita perkenalkan jenama tudung Sugarscarf yang tengah popular sekarang!

Mungkin ada yang belum pernah dengar lagi tentang jenama Sugarscarf ni. Meh kita kongsi sikit info tentang jenama ni. Sugarscarf merupakan salah sebuah jenama pengeluar tudung yang telah ditubuhkan sejak  tahun 2008 dengan menampilkan pelbagai koleksi tudung dan pakaian Muslimah yang cantik dan berpatutan.

Untuk anda-anda yang lebih suka pakai selendang berbanding jenis-jenis tudung yang lain, ada banyak style yang anda boleh gayakan. Jom kita tengok style macam mana yang boleh  digayakan dengan menggunakan shawl daripada Sugarscarf ini. :)

STYLE 1
Jane Shimmer Ala Crepe Shawl

STYLE 2
Jane Shimmer Ala Crepe Shawl

STYLE 3
Jane Shimmer Ala Crepe Shawl

STYLE 4
Jane Shimmer Ala Crepe Shawl

Nampak cantik je kan?

Supaya tak nampak jarang, silalah pakai inner atau anak tudung dulu. Kemaskan juga lilitan selendang tadi guna jarum peniti macam yang  biasa kita lihat. Kemudian, bolehlah lilit selendang tersebut ikut style yang anda nak! Simple je caranya. Dah pakai nanti pun hasilnya cantik dan memuaskan.

Untuk pengetahuan anda, koleksi selendang daripada Sugarscarf  ini pun boleh dijumpai dari laman web ZALORA Malaysia dengan tawaran harga yang berpatutan. Apa yang paling best, perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh ZALORA adalah secara PERCUMA ke rumah anda! Lagi jimat! ^_^

Sekian, salaam~