21 Jun 2014

Pabila kening tiada...


Assalamualaikum
cr: Twitter

Takleh tahan gelak bila tengok gambar ni.

Baru aku tau betapa pentingnya bulu kening pada manusia. Agaknya macam manalah gambar aku kalau takde kening. Oh takleh nak dibayangkan. Kelako nak pengsan aku rasa.

Artis-artis yang gojes dan hensem macam Selena Gomez dan Robert Pattinson tu pun boleh terjejas kecantikan dan kehensemannya bila diorang takde kening. Haha dahsyat eh. Memang kening tu main peranan untuk muka. Tapi ada jugak orang yang cukur kening pastu lukis kening baru kat muka. Amende yang kau buat ni peah xD Tak lawalah kening palsu, dahlah ubah ciptaan Allah pulak tu.

Kesimpulannya, hargailah kening anda sebagai suatu yang berharga. Tanpa kening, kelakarlah muka kita.

Sekian, Salaam.

10 Jun 2014

Cafe comel


Assalamualaikum

Masa tengah stalk entry fatin liyana pegi Cafe Hello Kitty, tiba-tiba teringin pulak nak pegi kat cafe-cafe yang comel ni. Tapi kat Malaysia tak banyak sangat cafe-cafe comel. Kalau setakat starbucks, Old Town White Coffee tu melambaklah. Tapi aku tak minum semua tu, hahaha..

Kat Jepun dengan Korea banyak sangat cafe-cafe yang comel. Yang selalu aku tengok kat internet banyaknya maid cafe, cat cafe, bunny cafe. Dog cafe pun ada sebenarnya. :p

Cat cafe
Disebabkan perasaan chenta yang mendalam terhadap kucing, aku tersangatlah nak pegi kafe kucing ni. Benda pertama yang orang selalu cakap bila pegi kafe yang berkaitan kucing ni, "nanti bulu kucing masuk dalam makanan". Dont worry, selalunya orang jarang makan dalam kafe kucing ni, orang minum je. Ecece yakin sungguh. Target aku kalau datang kafe kucing ni, minum 10 minit, main dengan kucing 20 minit. Boleh kita selfie gambar banyak-banyak dengan kucing. i loveee cat <3

Read more about THIS CAFE


Maid cafe
Maid cafe ni selalu boleh jumpa kat Jepun je. Pelayan kafe tu semua comel-comel. Suka tengok costume diorang yang ala-ala lollita tu. Makanan pun comel-comel. Aku takde nak komen banyak pasal maid cafe ni, tapi kalau boleh nak pergi ^^


Hello Kitty cafe
Walaupun dalam entry Fatin Liyana dah ceritakan pasal kafe hello kitty ni, tapi kafe ni tetap termasuk dalam senarai kafe yang aku nak pegi. Kalau masuk hello kitty cafe ni memang banyak benda warna pink aku rasa. Tersangatlah girlish, pinkish dan cutie :p

Read more about this cafe


Cute bakery
Yang ni bukan cafe tapi bakery. Dah nama pun cute so memang makanan, decoration kedai semua nak cute-cute. Selalu bakery yang comel ni buat kita rasa sayang lak nak makan makanan dia sebab comel sangat!

Read more about this cafe

Comel kan? ish kalau dapat pegi ni rasa macam nak lepak kat situ berjam-jam. Korang teringin nak pegi cafe yang mana?

Sekian, Salaam~


4 Jun 2014

Spaghetti mushroom soup


Assalamualaikum

Belum pernah lagi aku ni buat entry pasal memasak :p Ni pun resipi simple yang pemalas jelah. Tak macam blog Kak Alia, rajin memasak. Sedap-sedap lak tu, hehe.

Terfikir idea nak buat spageti ni sebab haritu beli spageti carbonara kat kedai kawan aku dan rasa kuah spageti dia macam mushroom soup. Sebab tulah aku terfikir nak buat spageti mushroom soup ni. Konon2 nak jadikan macam spageti carbonaralah. Tapi rasa tak sama sangat pun T__T

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Spageti
  • Instant mushrooms soup (aku guna jenama vono)
  • Sosej / daging / cendawan butang (boleh pilih bahan ikut suka)
Cara-cara:

1. Rebus spageti sampai lembut. Letak sikit minyak dalam air rebusan supaya spageti tak melekat.
2. Sambil tunggu spageti siap direbus, boleh masak atau rebus bahan-bahan seperti daging atau cendawan.
atas kuali telur pun jadiiii

3. Last sekali, tuangkan air panas dalam serbuk mushrooms lepas spageti dan sosej dah siap masak.

#Kalau nak bagi spageti tu rasanya tak terlampau muak, letaklah apa-apa perisa (serbuk lada, oregano, etc)

Dah siap! Bagi aku not badlah rasa dia. Kalau aku sendiri yang masak dan aku yang makan memanglah semua nak sedap aje. hehe. 

Sekian. Salaam.


3 Jun 2014

Sky juice


Assalamualaikum



It's sky juicee! haha dalam Oh My English dulu Mr. Middelton ada order sky juice. 

Sejak akhir-akhir ni, aku suka minum air kosong. Tapi tu pun ade sebab, hehe. Aku makan collagen. Dia suruh minum 2000 ml air sehari bersamaan dgn 2 litre. Nak tau banyak mana yang aku kena minum, samakan dengan paras botol 100 plus size besar tu. Banyak tu yang aku kena minum dalam sehari. hahaha

Mula-mula rasa tak suka minum air kosong sebab muaklah, perut rasa penuh, asyik nak pergi tandas. tapi kalau nak tau air kosong nilah yang buang toksin dari badan kita.

And kaklong aku cakap, Nak jadi cantik banyak minum air kosong je. Serious. Masa zaman aku rajin minum air kosong dulu, memang muka jadi bersih sikit, licin je. Bibir pun tak kering macam dulu. Tapi time cuti sekolah ni, jarang sikit minum air kosong sampai 2000 ml, paling banyak pun 1000 ml je. 

Selain boleh jadi cantik, ada banyak lagi kebaikan air kosong. Antaranya boleh kuruskan badan. Air kosong ni pure, so memang takde letak gula, bahan pewarna atau apa-apa. Sesuai bagi siapa yang nak kurus.

Apa yang aku tau lagi, air kosong baik untuk ginjal, boleh rawat penyakit. So, minumlah air kosong selalu untuk badan yang sihat ^_^

Sekian, Salaam~

1 Jun 2014

Disebalik pembinaan jambatan


Assalamualaikum

Akhirnya dah pasang pun unifi kat rumah! Baru best sikit nak online, takde stuck sana, stuck sini. hehe

Tadi masa tengah baca paper pasal budak 2 tahun yang kepala kena penggal tu(Innalillah) Tiba-tiba mak aku cerita pasal jambatan. Setiap kali nampak jambatan je mesti kita rasa eksited nak lalu atas jambatan, nak tangkap gambar berlatar-belakangkan jambatan. Senang cerita kita semua suka lalu atas jambatan. ahaa

Tapi mungkin ada yang taktau cerita disebalik pembinaan jambatan.

Mak ayah aku orang Perak, kat perak ni banyak jugaklah jambatan. Terutamanya kampung ayah aku kat Parit, Perak.

Ayah aku cerita orang zaman dulu kalau nak buat jambatan diorang perlukan kepala budak-budak kecik. Sebab dekat sungai tu ada penunggu, so penunggu tu nak kepala budak-budak baru diorang boleh bina jambatan. Menakutkan woi...

Masa zaman mak ayah aku dulu, tak ramai budak-budak yang selalu keluar main kat luar. Siapa keluar memang kenalah dia. Then kalau ada nampak orang India tengah pegang sabit masa tu, memang kena selamatkan diri sebelum kepala kena penggal.

Kisah mak aku pulak,
dulu mak aku ada kawan, nama beliau Cik Manis. Masa kecik-kecik dulu mak aku sukalah main dengan dia, kira macam kawan rapatlah. Tapi satu hari tu, tiba-tiba kawan mak aku tu hilang tanpa kesan. Bila dah hilang macamtu je orang dah taulah dia jadi korban pembinaan jambatan.. :'( Kesian ibu arwah cik Manis tu..

Kalau korang nak tau, jambatan Pulau Pinang yang berdiri megah sekarang ni pun sebenarnya banyak mengorbankan nyawa orang. Aku baca kat artikel, ramai pembina jambatan yang mati masa tengah bina jambatan tu. Tapi mak aku kata pulak, memang ada orang sengaja tolak orang-orang tu supaya dia jatuh. Nak jadi makanan untuk makeluk2 laut tu.

Ya Allah, tak sangka nak bina jambatan pun sampai mengorbankan nyawa orang. Agak-agak, pembinaan jambatan zaman sekarang masih pakai kepala orang lagi ke? Harapnya tak..

Sekian, Salaam.