29 May 2014

Kedai bunga


Assalamualaikum

Siapa tak suka bunga? Bunga mampu membawa ketenangan, kedamaian dan kegembiraan dalam diri kita. Cehh. Bunga yang paling aku suka bunga ros, sunflower dan sakura. Tapi tak pernah jumpa bunga sakura depan-depan mata ><

Dulu masa aku sekolah rendah, aku tak tau pun yang ayah aku pegi jual bunga dekat pasar malam. Kira macam kerja part-time. Sebenarnya kedai bunga tu kawan ayah aku yang punya. Ayah aku tolong dia berniaga.

Boleh dikatakan selalu jugaklah abah bawak balik bunga bagi kat mak. hehe so sweet~ Aku pun tertanya-tanya jugak, banyak benar duit abah belikan bunga segar-segar untuk mak. Dahlah bunga ros. Pastu baru eden tau rupa-rupanya abah jual bunga kat pasar. Ada baki hasil jualan yang tak habis tu, abah bawak baliklah.

Fyi, aku ni tak pernah masuk mana-mana kedai bunga. Kalau pegi kedai bunga palsu tu pernahlah. hahaha T_T

Taknak bunga palsu, nak bunga asli yang fresh! Eleh tapi kalau masuk bukan nak beli pun. Aku suka tengok bunga, tak suka beli. Sebab nanti dia mati jugak. Buat layu duit je, hahaha.

Cakap pasal bunga, tiba-tiba rindu nak pegi pesta flora kat putrajaya. Rasa macam duduk kat belanda, warna-warni je bunga tu semua.

sekian, Salaam


25 May 2014

Make up baru


Assalamualaikum

Sorrylah lama tak bukak blog, line internet ngadoo. Tak sabar nak pasang unifi nanti, hihi.

Setelah sekian lama tak buat new look untuk blog, cuti sekolah ni baru terdetik hati nak tukar rupa blog. Ada yang tersalah faham dengan tajuk entry tu ke? haha. Ai tak main mekap-mekap ni. Mekap blog sukalah.

kenangan lama

muka baru

*Update paling latest

Kali ni punya tema nak buat ala-ala tea time sikit. Berenda-renda gitu. Sebenarnya kalau nak kata nampak macam childish pun ada jugak. haha

Yang ni belum habis edit sangat, ada yang tercacat sikit. Nanti hari selasa petang baru nak edit balik. Tak perasan lak ada kecacatan ;_;

Sekianss


1 May 2014

Wasabi


Assalamualaikum
Wasssaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaabii!
*petikan daripada  TheAnnoying Orange*

Setiap kali kalau beli sushi wasabi tu mesti ada terselit di celah-celah sushi yang comel tu. Tapi selalunya aku buang je wasabi tu, makan sushi cicah kicap je.

Pernah makan wasabi yang warna hijau tu? Orang kata wasabi ni pedas. Kaklong aku makan pun sampai berair mata dengan hidung dia. Aku makan pun... pehh berangin rasa dia. Tu baru cicah sikit, kalau cicah banyak boleh terkeluar air mata. 

Ini dia pokok wasabi,

ini rupa wasabi setelah diproses,

ini pulak aiskrim dan kitkat wasabi. eeee.. haha,
 

Last, ini video wasabi. Kelakar gila! Wasssaaaaaaaaaaabiiii! xD
Hiatus for exam. bye
sekian, salaam~