25 Apr 2014

Freebies doodle #3


Assalamualaikum
eei lamanya tak publish entry.
Harini nak bagi doodle lagi~ Doodle kali ni bertemakan niqabis. Dah lama teringin nak buat doodle pakai purdah, mihmih. Sebelum tu, doodle ni diinspirasikan oleh Kak Nisa Jailani. Terima kasih kak Nisa~ Akak ni bukak online shop, jual jubah. Nama online shop dia MasyaAllah House. So nicelah jubah dia~

Apa yang menariknya pada MasyaAllah House ni, ia menggunakan kain yang bermutu tinggi. Tengok gambar je pun dah boleh nampak kain tu kualitinya bagus. Jubah ni mungkin sesuai untuk Untuk siapa-siapa yang dah bekerja atau yang nak bakal berkahwin nanti. Tak payah susah-susah tempah baju kahwin mahal-mahal. Kalau beli kat MasyaAllah House ni boleh terus pakai kemana-mana je ^^ Boleh tengok SINI ye untuk jubah tu.

So, here's the doodless~ macam biasa, open image in new tab untuk size sebenar. Kalau baik komen dulu sebelum ambil dan jangan re-freebies ^^


http://i.imgur.com/uECCTun.png


http://i.imgur.com/e4N090M.png


http://i.imgur.com/ol7k6kZ.png


http://i.imgur.com/FloW2cv.png


http://i.imgur.com/vdjLSQs.png

extra; boleh design sendiri


http://i.imgur.com/u1YVD5A.png

Sekianss, Salaam~


19 Apr 2014

Barang dah sampai rumah!


Assalamualaikum

Minggu lepas kakak ai pegi Korea. Alang-alang dah ada peluang, apa kata kita suruh je depa belikan barang. Inilah namanya keluarga, saling tolong-menolong xD

Ada banyak benda yang aku nak dari sana. Aku minta 4 benda, tapi dapat 2 je :( Mak kata bersyukurlah, dari tak dapat langsung. Sebab kakak aku pun busy jugak nak carikan barang-barang untuk kawan dia, lecturer, untuk diri sendiri. Tambah pulak kitorang order macam-macam. Manalah nak sempat~
le' skinfood

Skinfood. Kalau pegi sana sumpah kena beli skinfood. Walaupun kat Malaysia ada, tapi kat sana lagi murah sikit sebab skinfood ni diorang punya product. Penuh 2 beg plastik dengan skinfood tau u'olls. Abang ai pun order jugak xD skinfood ni memang best. Kebanyakan bahan yang digunakan dari tumbuh-tumbuhan dan buah. Memang natural habislah~ Act, aku mintak pencuci muka ni satu je, tapi kakak aku rajin pegi beli sampai 2. Yang orange tengah-tengah tu dia bagi kitorang free. Nanti tak payah susah-susah nak beli pencuci muka baru kalau dah habis. Cukup dah stock pencuci muka untuk 2 tahun. Dapat free gift dari skinfood pulak tu :D

 
le' free gift
le' shoes

Kasut ni yang paling aku sayang! Aku ni miskin kasut. Kasut jalan-jalan pun ada satu je. Kasut sukan haprak takde. Aku mintak kakak aku belikan 2 kasut, tapi dia sempat beli kasut sukan je, kasut corak bunga tak sempat. Mula-mula dapat kasut ni aku kata warna kasut ni huduh. Lama-lama tengok okay jugak. Terlampau memilih aku ni. At least dapat jugak kasut sukan. Nak sukan nanti bolehlah guna kasut ni untuk lumba lari :p
le' kerongsang. Kakak bagi free untuk semua

Barang terakhir yang aku mintak kakak aku belikan sebenarnya sweater macam gambar ni, tapi tak jumpa jugak. Kat sini pun ada jual, cuma yang aku selalu nampak dia jual kat online shop je. Kat kedai atau butik pakaian jarang pulak nampak. Hmm T_T 

Disebabkan tak jumpa baju, kakak aku belikan stokin je. Adakah sama di antara baju dan stokin? hahaha. Stokin pun stokin lah~
le' socks. Nasib baik comel.

Terima kasih kaklong kakngah!

18 Apr 2014

Langsung tak dihargai


Assalamaualaikum


Cerita ni berdasarkan cerita adik aku, dimana family aku sediri sangat marah dengan orang-orang yang aniaya adik aku tu. 

Kisahnya begini, minggu lepas sekolah aku ada buat pertandingan kawd kaki peringkat sekolah. Tapi tahun ni aku quit kawad, adik aku pun asalnya taknak join jugak. Tapi setelah dipujuk oleh kawan dia, adik aku masuk jelah. Mungkin ni tahun last dia nak join kawad, tahun depan nak pindah katanya~

You know lah kan bila dah masuk kawad ni memang hari-hari kena datang latihan je. Sampai hitam @ berbelang muka. Walaupun penat berlatih, adik aku excited jugaklah nak masuk kawad sebab tahun lepas dia langsung tak join kawad, tahun ni baru nak aktif balik.

Sehari sebelum kawad, semua unit uniform ada buat raptai kawad untuk persembahan esok. Adik aku kena datanglah raptai petang tu. Normallah kan hari-hari sebelum nak bertanding memanglah ada orang terbuat silap. Sebab sorang buat silap je, unit uniform adik aku kena denda pumping, jalan itik, ketuk ketampi dan macam-macam jenis denda yang melibatkan otot. Balik rumah tu dia membelel kata sakit kakilah, sakit badanlah, susah nak berjalan, etc.

Esoknya, time hari pertandingan. Adik aku punyalah datang awal, pakai baju uniform lengkap dari rumah. Tiba-tiba diorang kata yang adik aku tak boleh join kawad. Patutlah aku cari muka adik aku dalam barisan kawad haritu takde. Wow ini memang kejam. Dahlah kita taknak join kawad, depa paksa pulak. Dah kena paksa tu, kena denda sampai nak tercabut badan. Dah kena denda tu, dia tendang je adik guwa? Ya Allah pitty you my sister.. Dahlah kau kena banyak skip kelas untuk latihan tu.

Disebabkan terlampau marah, adik aku doakan unit uniform dia kalah haritu, nah memang betul kalah. Boleh dikatakan satu sekolah agak terkejut akan kekalahan unit uniform tersebut sebab selalunya mesti ada satu pasukan yang menang, tapi pasukan lelaki dan perempuan dua-dua kalah.

Taktau nak cakap apa, tapi mungkin doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Ayah aku pun cakap benda yang sama. Kadang-kadang, mungkin kita rasa tu benda kecil je dan kita fikir orang tu tak marah dengan tindakan kita. Tapi kita taktau apa yang dia rasa. Berhati-hatilah dengan setiap tindakan kita pada orang lain.

Sekian, Salaam~


13 Apr 2014

Jamuan dan gaji!


Assalamualaikum

Akhirnyaa... hari yang dah lama kitorang tunggu-tunggu tiba jugak. Siapa yang tak suka bila dapat gaji? Ada jamuan makan-makan lak tu. Jamuan ni cikgu buat untuk ahli usahawan muda. Maka dengan ini, tamatlah tugas aku sebagai ahli PUM sekolah. Gaji yang baru dapat ni pun kira gaji terakhir aku kat sekolah ni.

Gaji aku takdelah masyuk sangat. Gaji bulanan orang yang kerja sambilan tu lagi tinggi dari gaji aku yang kerja selama setahun ni :p Tapi kira normallah bagi gaji budak-budak sekolah, muehehe. Kitorang ni datang tolong cikgu je pun, tak payah nak dibayar tinggi-tinggi sangat aih~

Pasal jamuan, cikgu bawak kitorang makan kat restoran Arab. Restoran tu kau jangan cakap cantik dia macam mana. Macam istana. Banyak sangat barang-barang mahal dalam restoran tu. Aku nak berjalan pun takut, kiri kanan ade je pasu-pasu kaca yang mahal tu >< Rasanya dalam restoran tu aku tak nampak satu habuk pun, semua berkilat. Nak betulkan tudung tengok sudu pun boleh nampak dah. 

Kalau bab kebersihan pun dah awesome, makanan dia lagi awesome. Cikgu memang pandai pilih kedai. <3

kan aku dah kata berkilat~
yang ni paling sedap. kebab daging. Bau dia menusuk ke hidung *_*

Lepas dah habis makan, barulah cikgu beri ucapan. Walaupun ucapan dari cikgu ringkas, tapi membawa makna yang sangat mendalam. Lepas dengar cerita dan nasihat cikgu, rasa macam seronok je jadi usahawan. Ada rasa macam nak tukar cita-cita pulak, heheh. 

Dah habis semua ucapan barulah cikgu bagi sijil ngan gaji. Oh betapa gembiranya perasaan waktu tu~ Banyak benda yang aku nak kena selesaikan dengan duit gaji aku tu sebenarnya, tapi bukan nak membazir eh. Memang sangat-sangat diperlukan duit tu.
Sekian, Salaam~


5 Apr 2014

Mana udang?


Assalamualaikum

Semalam, adik aku belikan nasi pattaya. Maklumalah rumah dekat je dengan restoran, jalan kaki tak sampai 1 minit dah sampai. Makanan kat situ semua sedap, terutamanya tomyam. Well orang Thai kan, memang terbaiklah pedas tomyam dia tu. Tapi semalam tiba-tiba nak makan nasi pattaya, suruh adik belilah.

Dalam nasi pattaya tu, aku paling suka cari udang pastu asingkan kat tempat lain. Ingatnya nak makan udang tu last-last. Tapi lain pulak jadinya ..


Selalunya dalam nasi pattaya tu ada 2 udang, tapi kali ni takde udang, ade 2 sungut udang je. Heiyoo boleh pulak dia terlupa nak letak udang dalam nasi aku -_-

sekian,
Saalam.