29 Mar 2014

Makin aku takut, makin kau datang


Assalamualaikum
Embedded image permalink
cr pic kat twitter Kak Fadhi

I loikee kucing tapi ada juga kawan aku yang tak suka kucing. Satu, sebab ada masalah penyakit. Ok alasan dia boleh pakai. Tapi yang takut secara semulajadi tu aku musykil sikit. Aku pernah tanya orang yang takut kucing ni, then dia jawab..

Aku : Kenapa kau takut ngan kucing eh? Kan comel kucing tu?
Dia :  Kucing memang comel tapi aku taktau kenapa, aku geli dengan kucing!

Whuuuuttttt?! Geli dengan meow? @_@ 

Aku pun tertanya-tanya, ada apa yang menggelikan dengan kucing. Adakah kucing suka keluar hingus? Kucing takkan keluar hingus kecuali kalau dia selesema, hahaha. 

Namun setelah dikaji-kaji, mungkin diorang kata kucing ni geli sebab kucing suka sangat gesel-gesel kat kaki orang kot. Eh iyeke? Tak pun ada sebab lain yang menyebabkan mereka takut dengan kucing? Tapi betul, bila kucing datang gesel kat kaki aku, aku rasa nak tergelak sampai nak terpijak kepala kucing tu. Aishh xD

Kita tak suka kucing, tapi kucing suka kita. Ini sebijik macam nak cari pasal. Kadang-kadang nak tergelak tengok kawan-kawan yang takut kucing ni. Bila kucing masuk kelas, dia angkat kaki dia atas kerusi, tapi kucing steady je kat bawah kerusi beliau. Dah macam nelayan dengan ikan jerung pulak aku tengok situasi tu.

Ada yang takut kucing tak? Tak pun korang ada fobia dengan benda-benda lain selain kucing? :D








27 Mar 2014

Freebies doodle #2


Assalamualaikum
etsyfindoftheday:

etsyfindoftheday | BEDROOM/DORM IDEAS | 2.11.14
'cameras' vintage-style canvas poster — other styles available // arminho


Sekarang ni aku dah gilakan jubah Cala Qisya. Tiap-tiap hari aku bukak website dia sebab nak tengok stok baru, tapi malang sekali asyik dah sold out je semua. Omg jubah dia comel gila Tak kira, lepas dapat gaji nanti nak beli jugakkk!

Sorry, aku bukan nak bercerita pasal Cala Qisya pun, tapi nak bagi doodle je, heheh. Ilham nak buat doodle ni datangnya dari model-model Cala Qisya yang cantik menawan tu. Aku just amek design baju je sebab selalu takde idea nak lukis baju untuk doodle :p Jemput pilih, aku dah buat macam-macam warna.

Sape nak amek tolonglah komen dulu. Penat aku lukis kau tak bagitau pun kan?

open link in new tab untuk dapatkan size sebenar


http://i.imgur.com/iv4AeoL.png


http://i.imgur.com/UHpsZLi.png


http://i.imgur.com/AiYX0bU.png


http://i.imgur.com/Z8DYw6O.png


http://i.imgur.com/oACdY7M.png


http://i.imgur.com/3lhGhTa.png


http://i.imgur.com/jD0LmsH.png


http://i.imgur.com/LynmDyy.png


http://i.imgur.com/oFSvhrX.png

Thankyou Cala Qisya for giving me an idea! :)

23 Mar 2014

Lipas dalam sinki


Assalamualaikum
ini yang berlaku pagi tadi masa aku nak masak xD

Muahaha kejam tak? Siapa yang suka lipas? tak kira lelaki ke pompuan, kalau hangpa semua nampak lipas mesti menjerit punya xD Aku bunuh lipas ni pun sebab nak bagi keamanan kat rumah ni je, karang semua orang dalam rumah aku ni menjerit hahaha

Ada yang tak takut lipas ke kat sini?

Sekianss

14 Mar 2014

Nama-nama jodoh


Assalamualaikum

Lama tak jumpa! Tup tup dah lepas seminggu rupa blog dah bertukar rupa. Ok tak? Bagi pendapat sikit pls.  Hehehe. xD

Mak aku, dia suka bahan kitorang pasal kaawen-kawen ni. Plus, kitorang ni pemalas. Alah biasalah, mak kan. Tak sabar sangat nak tengok anak-anak dia kawen. Kitorang buat apa-apa je mak mesti cakap pasal kahwin. Siap bagi nama lagi untuk bakal suami/isteri kitorang.

Kesimpulan yang aku dapat buat dari cerita di atas, nama-nama yang mak bagi semuanya huduh. Buat hilang semangat aku nak kawen, hak tuihhh! k gurau je. Aku lebih suka duduk dengan mak abah kat rumah ni :p

Kalau nama-nama bakal isteri khasnya untuk abang aku, mak aku selalu bagi nama Bedah, Minah dan apa-apa lagi nama yang pelik. Mana kitorang tak bengang? xD Balik-balik nama Pucuk B. Ulam, Usop Sentorian, Sang gelembun, Seman, Bedah, Minah, Jemah. Itu nama-nama glamour yang mak selalu bagi. Oh kreatif sungguh ~ Harap zaman sekarang takde dah orang yang nama macamni, haha.

Nite n Assalamualaikum~


7 Mar 2014

Ketinggian


Assalamualaikum dan salam jumaat yang penuh barakah
Ramai kawan aku selalu cakap aku ni tinggi. Muehehe tinggi? Oh terima kasihh~ bangga i tau. Tapi hakikatnya, aku takdelah tinggi mana. Itu bagi akulah. Kau tau tak dah 2 tahun tinggi aku ni tak naik-naik? Geram okay geram. Oh ya, ada yang tertanya-tanya ke tinggi aku ni berapa? Ok, tinggi aku 157 cm jerr. Nak bandingkan dengan dengan Woo Bin tu, bagai langit dengan bumi. Tinggi dia 188 cm. Kalau aku berdiri sebelah dia rasanya takat bahu pun belum lepas lagi, aishh.

Actually, aku ni jeles dengan orang yang lebih tinggi dari aku. Terutama bila orang tu lebih muda dari aku. Kat sekolah ramai benor junior yang tinggi-tinggi. Please jangan nak jadi tinggi sangat adik-adik sekalian xD Kalau yang tinggi tu kawan yang sebaya dengan aku boleh diterima lagi, tapi kalau ketinggian aku kalah kepada junior sendiri rasa macam tercabar pulak maruah ni, HAHAHA! Nampak tak betapa dengkinya disitu? K gurau je. Lantak koranglah nak jadi tinggi ke apa. Dah memang rezeki masing-masing dikurniakan ketinggian yang tinggi kan. hehe :p

And one more thing yang semua orang pernah perasan, masa form 1, form 2 dulu kita tengok bebudak lelaki semua kecik-kecik, pendek je. Tapi dah naik form 4, form 5 dah macam galah dah tingginya. Korang telan tiang jenama apa sampai jadi tinggi macam tu sekali?

Aku ada sorang kawan ni, masa form 2 dia lagi rendah dari aku. Kalau orang suruh describe ciri-ciri dia, ayat 'rendah' tu mesti ada. Tapi dah naik form 5 ni, aku tengok tinggi aku paras hidung dia je. Ni memang perubahan yang mendadak sangat dah ni. Cepat betul budak lelaki tinggi. Untungnya~

Walaupun aku rasa aku dah takleh nak jadi tinggi, tapi aku berharap sangat tinggi ni naik jugak sampai 160 cm. InsyaAllah, hehe

Sekian Assalamualaikum

{ esok road run. Doakan aku dapat nombor }