10 Jun 2014

Cafe comel


Assalamualaikum

Masa tengah stalk entry fatin liyana pegi Cafe Hello Kitty, tiba-tiba teringin pulak nak pegi kat cafe-cafe yang comel ni. Tapi kat Malaysia tak banyak sangat cafe-cafe comel. Kalau setakat starbucks, Old Town White Coffee tu melambaklah. Tapi aku tak minum semua tu, hahaha..

Kat Jepun dengan Korea banyak sangat cafe-cafe yang comel. Yang selalu aku tengok kat internet banyaknya maid cafe, cat cafe, bunny cafe. Dog cafe pun ada sebenarnya. :p

Cat cafe
Disebabkan perasaan chenta yang mendalam terhadap kucing, aku tersangatlah nak pegi kafe kucing ni. Benda pertama yang orang selalu cakap bila pegi kafe yang berkaitan kucing ni, "nanti bulu kucing masuk dalam makanan". Dont worry, selalunya orang jarang makan dalam kafe kucing ni, orang minum je. Ecece yakin sungguh. Target aku kalau datang kafe kucing ni, minum 10 minit, main dengan kucing 20 minit. Boleh kita selfie gambar banyak-banyak dengan kucing. i loveee cat <3

Read more about THIS CAFE


Maid cafe
Maid cafe ni selalu boleh jumpa kat Jepun je. Pelayan kafe tu semua comel-comel. Suka tengok costume diorang yang ala-ala lollita tu. Makanan pun comel-comel. Aku takde nak komen banyak pasal maid cafe ni, tapi kalau boleh nak pergi ^^


Hello Kitty cafe
Walaupun dalam entry Fatin Liyana dah ceritakan pasal kafe hello kitty ni, tapi kafe ni tetap termasuk dalam senarai kafe yang aku nak pegi. Kalau masuk hello kitty cafe ni memang banyak benda warna pink aku rasa. Tersangatlah girlish, pinkish dan cutie :p

Read more about this cafe


Cute bakery
Yang ni bukan cafe tapi bakery. Dah nama pun cute so memang makanan, decoration kedai semua nak cute-cute. Selalu bakery yang comel ni buat kita rasa sayang lak nak makan makanan dia sebab comel sangat!

Read more about this cafe

Comel kan? ish kalau dapat pegi ni rasa macam nak lepak kat situ berjam-jam. Korang teringin nak pegi cafe yang mana?

Sekian, Salaam~


27 comments:

  1. Cat Cafe tu menjadi first choice lah ^^ Minum 5 minit je.. Selebihnya, main puas-puas plus selfie sampai nak pengsan kat sana kan ? hehe

    ReplyDelete
  2. Cat Cafe..uniknyee..hehe..siap ade kucing2 lagi..minum je la..kalau ada makanan takot kene serbu pulak dgn kucing..hehe

    ReplyDelete
  3. Saya nak pergi semua! Makanan pun nampak sedap2 belaka! Yummss~

    ReplyDelete
  4. nak masuk cafe kucing tu!! :3

    ReplyDelete
  5. Kafe2 comel ni banyak kat jepun je. Pelayan pun comel2 belaka. Huhu

    ReplyDelete
  6. nak pegi cat cafe!
    teringinnya...bila la malaysia nak ada..
    comfem g hari2 ni..hehee

    ReplyDelete
  7. Tapi paling penting masuk situ mesti duit keluar macam air T______T Sobs sobs. Tapi nak pergi. cantik.. nak pergi yang ada kucing tu. lepas tu nak bawak balik .

    ReplyDelete
  8. Alan teringin nak pergi cat cafe hari-hari sebab nak main dengan kucing-kucing sampai tutup cafe tu..ha ha ha

    ReplyDelete
  9. seronok je tengok FL tula bertuah sgt sapa yg dpt pi sana :D

    ReplyDelete
  10. comelnyaaa.... >.< kek tu menguji keimanan, tgh pose ni XDD

    ReplyDelete
  11. Akak dah lama teringin nak g kat cafe hello kitty tuu. peminat tegar hello kitty hehe tiba2 rasa nak bukak sebuah bakery yang jual makanan cute hahahaha

    ReplyDelete
  12. Kawan akak peri cat cafe masa dia pergi Korea. Jealous sangat tengok :(

    ReplyDelete
  13. masuk blog mazni je mesti rasa fer feeling comel.. hhheheh..teringin jugak nk g cafe2 comel cm dalam gmbr tu... nnty bwk akak eh. haha

    ReplyDelete
  14. Wahh. comel-comel semua. teringin nak pergi cat cafe tu.

    ReplyDelete
  15. fuiyoo..ni mesti pernah baca pasal fatin liyana pergi korea n depa singgah hello kitty kafe kan?heeeheee..moga mazni dpt sampai ke sana satu hri nnti.. :D

    ReplyDelete
  16. akak nak jugak la pergi cat cafe tu. smbil makan smbil layan karenah kucing ^_^

    ReplyDelete
  17. bestnya.. pastu fefeeling kat tempat cenggitu.. hahaha.. mazni, kalau nak pergi, ajak la akak sekali.. hihi..

    ReplyDelete
  18. comelnya semua semua tu..
    teringin nak pergi cat cafe dengan cute cafe tu..

    ReplyDelete
  19. Semua Cafe kat atas teringin nak pi.. sbnarnya kan harap sgt kat Malaysia ada cafe comel2 cemni especially bakery pnya cafe TT^TT I would go there, buy sweet thing with some tea and sit there enjoy my relaxing day lol XDD it must be purrrrfect!!! :D :D :D apa kata Mazni bukak kafe bakeri yg comel2? nanti sis akan pergi pnyalah :D

    ReplyDelete
  20. kak Sally pun mmg suka cafe..tapi tu la..kurang betul kat KL ni...xpela..nnt akak bukak :P

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~