29 May 2014

Kedai bunga


Assalamualaikum

Siapa tak suka bunga? Bunga mampu membawa ketenangan, kedamaian dan kegembiraan dalam diri kita. Cehh. Bunga yang paling aku suka bunga ros, sunflower dan sakura. Tapi tak pernah jumpa bunga sakura depan-depan mata ><

Dulu masa aku sekolah rendah, aku tak tau pun yang ayah aku pegi jual bunga dekat pasar malam. Kira macam kerja part-time. Sebenarnya kedai bunga tu kawan ayah aku yang punya. Ayah aku tolong dia berniaga.

Boleh dikatakan selalu jugaklah abah bawak balik bunga bagi kat mak. hehe so sweet~ Aku pun tertanya-tanya jugak, banyak benar duit abah belikan bunga segar-segar untuk mak. Dahlah bunga ros. Pastu baru eden tau rupa-rupanya abah jual bunga kat pasar. Ada baki hasil jualan yang tak habis tu, abah bawak baliklah.

Fyi, aku ni tak pernah masuk mana-mana kedai bunga. Kalau pegi kedai bunga palsu tu pernahlah. hahaha T_T

Taknak bunga palsu, nak bunga asli yang fresh! Eleh tapi kalau masuk bukan nak beli pun. Aku suka tengok bunga, tak suka beli. Sebab nanti dia mati jugak. Buat layu duit je, hahaha.

Cakap pasal bunga, tiba-tiba rindu nak pegi pesta flora kat putrajaya. Rasa macam duduk kat belanda, warna-warni je bunga tu semua.

sekian, Salaam


28 comments:

  1. saya suka bunga jugak,lagi2 kalau ade bau wangi2 tu >,<

    ReplyDelete
  2. Sangat cantikkan ? Rumah akak dulu banyak bunga mak tanam tapi lupa kemana bunga tu pergi and now rumah penuh dengan sayur sayuran :D

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat bunga kan!! Seronok ja tengok! :D Bunga ros kat rumah saya suka culik satu. Hihihi, buat hidu2. XD

    ReplyDelete
  4. bunga oh bunga,hehe. kak nini pun tak pernah masuk kedai bunga yang hidup,yang macam dalam tv tu,nak jugak pergi one day,hihi.

    bt,akak suka bunga lili :)

    ReplyDelete
  5. mak aiii... best nya lahhhh. jeles ni. jeles ni.

    ReplyDelete
  6. Lia pon sukeeeee. lia prnh igt nk tanam bunga lps bce satu novel ni. tpi terkubur gtu je pastu...

    ReplyDelete
  7. salam. hai. i love flower so much!

    ReplyDelete
  8. romantik jer parents dia nie heheheheh wiwittt

    ReplyDelete
  9. eee bestnya dapat pergi pesta bunga. Lawa lahh. Kita pun ada bunga, bunga kertas. hehe

    ReplyDelete
  10. wah cantiknya kak mazni buat doodle kat kedai bunga :) Alan suka !!!!

    ReplyDelete
  11. Zumal pun suka bunga-bungaan nie... Rasa tenang jer bila tengok bunga :))

    ReplyDelete
  12. Realitinye manusia suka bunga. Bunge kan cntik. Pastu wangi lak tuh.

    ReplyDelete
  13. suka bunga sebab kalerpul & ada macam2 rupa bentuk..
    hehe.. :D

    ReplyDelete
  14. waaa. bestnyee mak mazni dapat bunga selaluuuuu. :D

    ReplyDelete
  15. Cantiknya doodle Mazni ni! Suka sangat akak tengok.

    Bunga-bunga tu pun cantik. Akak tak pernah pergi pesta floral tu. Macam teringin juga nak pergi.

    ReplyDelete
  16. bunga buat kita tenang, best ooo. tambah tambah yang wangi tu, haha

    ReplyDelete
  17. Suka tengok bunga tapi kalau nak siram2 semuanya memang tak larat lah xD

    ReplyDelete
  18. suka tengok bunga tapi kadang-kadang tu bau dia boleh buat saya bersin T^T

    ReplyDelete
  19. kalau dapat bunga mmg best sangat tau... hehe

    ReplyDelete
  20. mama suka bunga, tapi nak hias rumah dengan bunga malas.. hihi

    ReplyDelete
  21. wan pon tak pernah masuk kdai bunga gak :( huhuhu...

    ReplyDelete
  22. wah. syok ni jual bunga2 segar niii =)

    ReplyDelete
  23. Saya juga suka bunga~~~!!

    ReplyDelete
  24. terus google bila floria. hehe.. 14hb sampai 22hb June ni. jom pergi. hehe

    ReplyDelete
  25. kekadang tertanya tanya ,, kenapa orang sanggup beli bunga mahal mahal sedangkan bunga tu nanti mati jugak ,, tu belum kira beli bunga mahal then masuk tong sampah *drama* ,,, :D tapi maklumlah ,, minat mengatasi segalanya ,, :D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~