18 Apr 2014

Langsung tak dihargai


Assalamaualaikum


Cerita ni berdasarkan cerita adik aku, dimana family aku sediri sangat marah dengan orang-orang yang aniaya adik aku tu. 

Kisahnya begini, minggu lepas sekolah aku ada buat pertandingan kawd kaki peringkat sekolah. Tapi tahun ni aku quit kawad, adik aku pun asalnya taknak join jugak. Tapi setelah dipujuk oleh kawan dia, adik aku masuk jelah. Mungkin ni tahun last dia nak join kawad, tahun depan nak pindah katanya~

You know lah kan bila dah masuk kawad ni memang hari-hari kena datang latihan je. Sampai hitam @ berbelang muka. Walaupun penat berlatih, adik aku excited jugaklah nak masuk kawad sebab tahun lepas dia langsung tak join kawad, tahun ni baru nak aktif balik.

Sehari sebelum kawad, semua unit uniform ada buat raptai kawad untuk persembahan esok. Adik aku kena datanglah raptai petang tu. Normallah kan hari-hari sebelum nak bertanding memanglah ada orang terbuat silap. Sebab sorang buat silap je, unit uniform adik aku kena denda pumping, jalan itik, ketuk ketampi dan macam-macam jenis denda yang melibatkan otot. Balik rumah tu dia membelel kata sakit kakilah, sakit badanlah, susah nak berjalan, etc.

Esoknya, time hari pertandingan. Adik aku punyalah datang awal, pakai baju uniform lengkap dari rumah. Tiba-tiba diorang kata yang adik aku tak boleh join kawad. Patutlah aku cari muka adik aku dalam barisan kawad haritu takde. Wow ini memang kejam. Dahlah kita taknak join kawad, depa paksa pulak. Dah kena paksa tu, kena denda sampai nak tercabut badan. Dah kena denda tu, dia tendang je adik guwa? Ya Allah pitty you my sister.. Dahlah kau kena banyak skip kelas untuk latihan tu.

Disebabkan terlampau marah, adik aku doakan unit uniform dia kalah haritu, nah memang betul kalah. Boleh dikatakan satu sekolah agak terkejut akan kekalahan unit uniform tersebut sebab selalunya mesti ada satu pasukan yang menang, tapi pasukan lelaki dan perempuan dua-dua kalah.

Taktau nak cakap apa, tapi mungkin doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Ayah aku pun cakap benda yang sama. Kadang-kadang, mungkin kita rasa tu benda kecil je dan kita fikir orang tu tak marah dengan tindakan kita. Tapi kita taktau apa yang dia rasa. Berhati-hatilah dengan setiap tindakan kita pada orang lain.

Sekian, Salaam~


30 comments:

  1. takk patut ahh dorang buat gitu. ish2.

    ReplyDelete
  2. ya Allah...kesian nya kat adik mazni..
    geramnya kak miza bace!suka hati dia je nak buat macam tu
    hmmm!
    doa orang yang teraniaya memang termakbul :)

    ReplyDelete
  3. nak cakap ayat filem loghat Utara.. (kuaaaajaqqqq..)
    sbb mmg patut pun... hurmmm.. kasar sgt lah plak bunyi ni.. tapi takpelah..

    kesian kat adik Mazni.. If I was at your sis place, mmg dah marah dah org yg kick tu.. melampau.. lain kali awal2 lagi lah buang.. ini dak.. org penat2 blatih.. (mula2 tanpa rela) bila excited hari kawad dia kick kita.. ya Allah.. betapa panasnya hati.. huhuhu..

    ape2 pun Mazni dgn family Mazni bawak2 besabar.. Istighfar je lah.. bnda dah berlaku.. tapi kalau nak jadi lagi pkara camni.. ermmm sound je org yg nak kick tuhh.. :D
    (takmo jadi batu api) tapi skali dgn kami emotional tuh sbbnya ahaha XD

    wa'alaikumussalam

    ReplyDelete
  4. Ya Allah. Kesian dekat adik Mazni. Kejamnya orang tu. Kalau akak, memang dah mengamuklah.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, Sabar ye. Memang tak patut dia tendang keluar macam tu je.
    Kalau ya pun, buatlah sesi pemilihan.
    Lepas dah lepas sesi pemilihan, Mana boleh buang orang macam tu je. Tak patut betul.

    ReplyDelete
  6. kesian kat adik.. mungkin ada hikmah yang kita tak ketahui ..sabar yer,,

    mohon izin acik letakkan blog kamu di bloglist acikk.. boleh ?

    ReplyDelete
  7. okey, akak pun rasa sangat tak puas hati >< sampai hati. hurm.

    ReplyDelete
  8. kesian adik mazni, dahlah penat-penat kena denda boleh pulak orang tu kick, suka hati dia je kan. Humph, doa orang teraniaya termakbul :)

    ReplyDelete
  9. Huish.. Kejam tu.. Kalau saya pun mahunya tak panas. Sesuka hati ja tendang kita keluar. Dah lah penat berlatih. Hah elok jugalah kalah, kasi pengajaran sikit. Geram pulak rasa...

    ReplyDelete
  10. Memang kejam. Xpatut mensia2 kan usaha seseorang tu dan finally Allah bayar cash.
    Ada hikmah disebalik apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  11. Padan muka depa kalah, kejam gila :|

    ReplyDelete
  12. what u give,u get back. xpatut buat mcm tu,ksian adik mazni :(

    ReplyDelete
  13. Kawan aku pun centu weh. Dia masuk choral speaking. Dah skip byk kelas, kena marah, tiap-tiap hari dtg blatih, balik sklh lmbt, dah hafal skrip segala then 2 hari sblm btanding cikgu kata dia jadi reserve je >:(

    ReplyDelete
  14. adoi ! xpatut langsung !kesian kat adk awk..

    ReplyDelete
  15. Shah pernah kena kes sama. Tahun ni lah. untuk MTQ. SHah doakan diorang kalah. Masa keputusan memang kompang takdapat pape. Kalah. Penat shah berlatih diorang tak kasi. Hurmm.

    ReplyDelete
  16. kenapa diorang buat macam tu? jahatnyaa TT__TT
    farah pun masuk kawad, memang berbelang muka :/

    ReplyDelete
  17. eiiii..zz baca pun emosi.. i know how tired ur sister.. + rasa sedih lagi..
    muka berbelang.. zz pun prnh msuk kawad.. suka sgt2.. tpi kalau org buat mcm ni terus rasa nk quit.. hihi

    ReplyDelete
  18. Mmemang tak patut lah. Kesian pada si adik. Hmm

    ReplyDelete
  19. ya Allah. sekarang Allah bayar cash :)

    ReplyDelete
  20. alahai. kesian betul adik mazni. memang berasap je rasa. nasib kalah kalau menang lagi berasap. meletup terus kot =3

    ReplyDelete
  21. akak baca pun, akak rasa marah. tak baik lah diaorang tu

    ReplyDelete
  22. Alolo.Kesiannya :( Kejam gilaa.Tahun ni pun adam ada join kawad kaki >< uish.Normal lah kan,buat silap .Emm.Sabaryaa
    NEW ENTRY: Bermulanya Extra Class

    ReplyDelete
  23. haa, ish3.. ada gak cam tuh?? dah penat2 blatih, suka hati je tendang macam tu.. ishh, geram gop kalo gitu.. ~~dah kena denda bagai .. doa orang teraniaya sesungguhnya akan dimakbulkan. ^_^

    ReplyDelete
  24. kenapa macam tuu.. zalim ni. kesian kat adik mazni..
    maybe ada hikmahnya.. sabar ye mazni ;)

    ReplyDelete
  25. sian adik akk.. bukan rezeki die la kan :)

    ReplyDelete
  26. Too much!
    Jadikan iktibar semua ni..hargai sikit penat lelah org lain...

    ReplyDelete
  27. Duh. Kalau waaa mmg rasa bengang tahap dewa dah. Penat satu hal, lepastu tiba2 ckp tak boleh join. Mmg patut kalah.

    ReplyDelete
  28. kawan yus pernah jadi gitu, kesia dia..
    dia dah beli baju , kawad sampai penat, tiba2 tak dapat masuk.
    and well its the same kump tu kalah jugak. seem like a balasan.

    ReplyDelete
  29. peliknya..xfikir ke org penat2 dtg latihan pastu skati dorg je xbg join..kalau niesa mmg bengang ar...

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~