30 Dec 2013

Bila 2014 menjelma...

Assalamualaikum
Huarghh.. sekolah nak mula dah. Rasa gembira ada, sedih ada, takut pun ada. 

Aku tengok ramai bloggers yang dah tukar design blog sendiri sempena 2014 yang akan tiba nanti. Aku? Hehehehe malaslah, lagipun tahun depan aku mungkin tak aktif berblogging sangat dah. Sekolah kann~ Boleh dikatakan blog ni nanti akan kesunyian selama hampir setahun. Tunggu lepas SPM baru aktif balik. Alah normallah tu~

So lepasni, aku cuma boleh guna komputer setiap hari sabtu je, hari sekolah tak boleh. Sehari jelah dalam seminggu. Tak hairanlah kalau aku jarang blogwalking nanti. Sekarang masa cuti sekolah ni pageview blog gempak je semua, nanti start sekolah merundumlah balik, alahai sedihnya.. Takpelah, setahun je.. uhuks~ 

Ok, check list untuk persiapan sekolah nanti. Buku, alat tulis, kasut, beg semua dah ada. Actually barang-barang sekolah semua pakai mana yang ada je, Tapi kasut je aku beli baru, itu wajib tukar! Kasut haritu dah musnah xD Yang lain tu tak payah nak bazir-bazir beli baru, tahun depan tahun last kat sekolah. 

Tapi satu je yang belum ada lagi, azam tahun baru. Mestilah setiap orang berazam tahun baru ni akan jadi tahun yang terbaik untuk mereka. Aku pun mengharapkan yang terbaik. Tapi kalau nak dapat yang terbaik tu usaha kena ada jugak. Nasihat ni lebih kepada untuk diri aku sendiri, dahlah pemalas :p

Mungkin terlalu awal, tapi aku ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita berjaya dalam bidang masing-masing untuk tahun 2014 ni. Chaiyok batch 97' {SPM} dan batch 99' {PBSMR}. Aku tahu ramai budak-budak PBSMR yang terseksa sekarang ni tapi nak buat macam mana kan, kerajaan dah tukar sistem exam pulak. Kesian pulak tengok adik aku. Harap bersabarlah ye~

Last but not least, semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :>

Assalamualaikum~ 


28 Dec 2013

Permainan masa kecik-kecik dulu

Assalamualaikum

Tiba-tiba terkenang zaman waktu muda-muda dulu. Aku sangat aktif main kat luar rumah dengan kawan-kawan. Banyak sangat permainan yang aku dah cuba main masa kecik dulu, mesti korang pun ada pengalaman dalam permainan ni. Jom kita flashback balik memori zaman dulu!

Lubang tikus

 
Whiteboard magnet

Photobucket
Polis sentri

musang-musang

ice water
lol sorry takde gambar ._. permainan ni lebih kurang macam musang-musang je. Siapa kena touch dengan "ice" dia tak boleh bergerak, kena tunggu kawan yang "water" touch dia baru boleh lari dan selamatkan kawan-kawan lain yang tengah membeku. Aku rasa game ni macam takkan pernah habis je, hahaha.

lidi
sampai sekarang pun still main benda ni lagi :p

balon
balon ni comel, selalu beli kat kedai dengan harga 20 sen xD

patung kertas

game
yoyo

Photobucket
congkak
Tak melayulah kalau tak pernah main congkak! x)

lego

dam ular

lawan pemadam

baling selipar
aku power main benda ni muahahaha! tapi tak tahan betul bila kena baling dengan selipar yang keras -_-

galah panjang

lompat getah
lebih kurang macam permainan lubang tikus. Tapi yang ni lagi melampau sikit kot, getah tu paling tinggi takat kepala. Siapa yang boleh lepas? xD

pepsi cola
game yang kena lompat sambil pijak kaki kawan, oh sangat sakit! jarang menang bila main game ni, tak sampai seminit kaki aku dah kena pijak tanpa belas kasihan

Ini jelah antara permainan yang aku suka main. Rindu zaman kecik-kecik dulu (:
Korang suka main yang mana? 

27 Dec 2013

Wordless Friday #21 : sederhana

Assalamualaikum

Mutiara kata seorang ulama' ;
Seseorang perempuan itu sebaik-baiknya apabila dia turun ke tengah-tengah orang ramai, orang itu tidak perasan pun akan kehadirannya kerana sederhana pakaian dan perhiasan pada dirinya.
Suka dengan ayat ni ^^ Ye, semua wanita nak nampak cantik, terutama bila di tempat yang ada orang ramai. Tapi kenalah sederhana bila berfesyen tu, takut nanti boleh mendatangkan fitnah pula. Terutama bila memakai minyak wangi, janganlah terlampau kuat sangat, karang lelaki tertarik pulak bila terhidu haruman minyak wangi tu. Itu yang boleh mendatangkan fitnah :)

Salam terakhir Jumaat untuk tahun 2013

p/s: Dah pos semua hadiah untuk Giveaway, baru rasa aman dan tenteram sekarang ni. fuhh~



16 Dec 2013

Tukar background gambar

Assalamualaikum
(6) Tumblr
Tutorial ni asalnya belajar dari sini, tapi aku ubah sikit tajuk dan caranya. Simple je :)
Click gambar untuk sebarang tumbesaran

1. Bukak photoshop

2. Select gambar yang korang nak. 

3. Tekan Quick Selection Tool macam gambar dibawah. 

4. Select kawasan background yang korang nak tukar dengan menggunakan tool (+) dan (-)

5. Lepas garisan putus-putus tu dah kemas, tekan simbol baldi @ Paint Bucket Tool, pilih warna yang korang nak.

6. Then, click Paint Bucket tu pada background gambar tadi. Hasilnya, background belakang dah bertukar warna!

Dah siap tu bolehlah korang edit-edit sikit. Nak letak tulisan ke, letak flower crown ke, atau buat art untuk poster pun boleh.



13 Dec 2013

Watch The Heirs online : episode 20 {ending}

Assalamualaikum
Akhiranya tamat jugak drama korea The Heirs ni. Memang best. Happy ending~ Disebabkan aku suka cerita ni, so nak sharelah sikit kat korang. Mana tau ada yang layan ke. Ada subtitle BI sekali

First time jugak sebenarnya aku suka tengok cerita Korea camni. Feeling habis pulak tu! Sebelum ni takde pulak aku nak minat-minat kat drama korea. hahaha.
Siapa yang belum tengok ending dia, boleh tengok kat sini http://dramacrazy.eu/korean-drama/The_Heirs-season-1-episode-20 }
Dan siapa yang nak tengok The Heirs episode yang lepas-lepas tu, boleh cari kat sini

Enjoy watching!

#Nak suruh kakak download The Heirs ni, kalau rindu boleh tengok lagi. Cehhh... 

4 Dec 2013

Gambar pelakon The Heirs masa kecil

Assalamualaikum dan selamat pagi~
Siapa tengok KDrama The Heirs? Bestkan? Aku sukaaaaa gila dengan cerita tu xD 

The Heirs ni sedang hangat diperkatakan bagi drama Korea. Ada banyak lagi cerita Korea yang tengah top sekarang ni, tapi The Heirs lah salah satunya. Selain jalan cerita yang menarik, drama ni juga menampilkan aktor-aktor muda yang terkenal. Dahlah hensem/lawa, pandai main watak pulak tu. Sebab tulah best~

Disebalik wajah yang segak dan cantik ni, mesti ada yang tertanya-tanya macam mana muka diorang waktu kecik-kecik dulu. Agak-agak comel tak? hehehe. Haritu aku baru perasan satu gambar kat twitter, ni semua gambar pelakon The Heirs masa kecik. Jom tengok xD Klik gambar untuk besar

waktu baby

waktu remaja

Waktu baby semua muka comel-comel lagi, bila remaja agak kelakar sikit. Agak-agak gambar masa tingkatan berapalah tu? xD Sama jugak macam kita, bila tengok balik gambar-gambar lama mesti nak tergelak sampai tershemborr. muahahaha!
Gambar siapa yang paling comel waktu baby tu? Aku rasa Lee Minho dengan Woo Bin :p 
gambar extra; Woo Bin yang sangat comellll 

Another picture baby Woobin
How cute!!!!

our babies will look good <3


2 Dec 2013

Burung gagak atas kabel letrik

Assalamualaikum
Hujan je sepanjang hari ni. Sejuk betul. Alhamdulillah, nikmat.

Waktu petang tadi, adalah dalam pukul 4 tu, aku saje intai-intai kat luar rumah. Aku terpandangkan seekor makhluk yang menarik perhatian aku pada waktu tu. Burung gagak. Tapi aku tak suka burung gagak, aku cuma pelik tengok kelakuan dia, tak macam burung gagak yang lain..
Dahlah masa tu tengok hujan, boleh pulak dia duduk kat atas kabel waktu tengah hujan. Nasib baik tak kena sambar. Aku tengok burung gagak yang lain semua berteduh bawah bumbung rumah orang, tapi dia ni stay je kat atas kabel letrik tu. Nampak macam kesunyian je. Takde kawan. Burung gagak lain semua ade geng.


Haaa gambar ketiga ni, ada burung gagak yang lain temankan dia kat atas kabel letrik tu. Masa tu aku rasa macam terharu tengok kawan-kawan dia tu sanggup teman dia duduk kat situ. Dahlah sejuk kan. Lepastu aku tengok burung gagak tu macam teruja je. Dah ada kawan temankan dia kan, mana tak teruja. Eh pepandai je aku ni xD

Tapi tak lama kawan si gagak tu temankan dia, dalam pukul 5 tu aku tengok semua burung-burng gagak tadi dah hilang, kecuali burung gagak yang duduk sorang-sorang tadi. Dia still duduk kat situ tanpa bergerak langsung. Aik, lamanya kau termenung kat situ?

Bila aku tengok burung gagak ni, kisahnya macam realiti dalam persahabatan pulak. Mula-mula kita sorang-sorang takde kawan, tapi tak lama lepastu kita makin ramai kawan dan akhirnya bila kita susah, sahabat manakah yang mampu harungi segala rintangan dengan kita? Itu yang orang cakap," bila kita senang kawan-kawan kenal kita tapi bila kita susah, kita kenal siapa kawan kita". Sama macam burung gagak tadi, kawan-kawan dia lepak kat situ sekejap je, tak lama pastu dia tinggalkan si gagak tadi. Mungkin sebab tak tahan cuaca sejuk.

Kalau kawan-kawan si gagak tadi tu setia dalam persahabatan, dia akan tunggu si gagak tu dan terbang sama-sama, bukan tinggalkan dia sorang-sorang. Kawan memang ramai, tapi kawan yang paling baik tu susah nak jumpa. Bukan semua kawan sanggup tolong kita bila kita susah. Tapi kalau ada yang yang sanggup, itu memang sahabat sejati hingga syurga. 

Kawan, aku harap kau jangan tinggalkan aku macam burung gagak tu. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Walaupun aku ada family, tapi rasanya tak lengkap dalam hidup ni kalau takde kawan, ukhuwah sesama Islam tak terjalin. InsyaAllah jika diizinkan, kita beriringan sama-sama hingga ke syurga. Ini impian semua orang, nak beriringan hingga ke syurga bersama-sama dengan orang yang dia sayang. Moga impian menjadi kenyataan kelak :)

Sekian, 
Assalamualaikum