25 Oct 2013

Wordless Friday #15 : kucing bertabiat pelik

Assalamualaikum
Lama dah tak menghupdate entry di blog terchenta. Ini semua gara-gara exam. Tadi godek-godek internet terjumpa gambar kucing yang telah berjaya menghilangkan stress aku dan membuatkan aku ketawa ahaaa.

Jom cuci mata tengok tabiat-tabiat aneh kucing-kucing ni :D

ini maru



#Macam mana agaknya diorang nak keluar dari balang tu ye? :p



18 Oct 2013

Jangan hina sangat pengutip sampah


Assalamualaikum

Ramai orang anggap pengutip sampah ni pekerjaan yang paling jijik, kotor, busuk n whatever yang tidak menyenangkan. Tapi aku tak rasa pengutip sampah ni pekerjaan yang jijik malah itu satu pekerjaan yang mulia.

Al kisah tangahari tadi, 
dalam perjalanan nak balik sekolah aku dgn 2 orang kawan aku nampak lori sampah kat depan. Nak taknak kena lalu jugaklah kat bahagian lori sampah tu.

Tiba-tiba sorang kawan aku ni cakap...
Pehhh bau busuk macam ****! Dia cakap tu bukan perlahan, kuat sampai boleh dengar satu deretan kawasan perumahan tu. Bangla yang kutip sampah tu comfirmlah dengar. Dia pandang je kitorang. Mungkin marah, mungkin terasa. Ikutkan hati nak je lempang kawan aku yang mulut macam cb tu, tapi malas nak bergaduh. Seriously for me, kalau tak suka sangat bau sampah tu tak payah nak habaq kuat-kuat, diam jelah. Cikgu aku cakap, kalau lalu sebelah lori sampah, jangan tutup hidung, tahan nafas tu. Diorang yang duduk dalam lori sampah tu lagi teruk.

Janganlah hina sangat dekat pengutip sampah tu, takde diorang, busuklah kawasan perumahan kita. Kalau diorang tak kutip sampah satu hari kat kawasan perumahan kita marah-marah pulak, bila diorang dah kutip kita hina diorang pulak. Padahal yang busuk tu bau sampah dari rumah sendiri jugak, ye dok? Diorang tolong kutip je..

Walaupun pengutip sampah ni sering dihina oleh orang lain, diorang tetap gigih lakukan aktiviti pembersihan. At least diorang cari rezeki yang halal untuk family jugak, Ada orang dapat kerja besar-besar tapi sayang, makan hasil duit haram. Wallahualam. Ingat! Tanpa pengutip sampah teruklah negara kita. Sesungguhnya diorang telah banyak berjasa kepada kita semua.

Assalamualaikum

16 Oct 2013

Adik beradik berperang


Assalamualaikum

Adik beradik berperang? Perkara biasa.. Sebelum tu aku nak cakap, entri ni bukan nak menggalakkan korang semua bergaduh sesama adik beradik. TIDAK SAMA SEKALI. Aku pun taktau apa point untuk entri ni, yang pasti korang kena baca sampai habis baru korang dapat point dia. Haaaaaa :p

Semua orang ada adik beradik kan? Kadang-kadang tu mesti ada perselisihan faham sehingga menyebabkan kita bergaduh kan? kan kan kan ikan? *Campak ikan todak*

Ada je orang yang takde adik beradik, contohnya anak tunggallah. Okay itu memang tidak dinafikan lagi. Mesti diorang bosan takde kawan nak kongsi cerita. Walaupun ibubapa diorang ada, tapi mestilah rasa awkward kan bila nak share semua cerita dengan mak bapak. Terutama cerita pasal crush, lulz. Tapi, jadi anak tunggal ni untung jugak sebenarnya, pasal ibu bapa lebih berikan perhatian kat kita sepanjang masa. Bersyukurlah dengan apa situasi kita sekalipun. Setiap situasi pasti ada kebaikannya.

Apahal engkau dah terkeluar tajuk Mazni?

Opss sorry. Okay sambung cerita.

Adik beradik? Eeeeii nyampah hakuu! Diorang suka cari pasal! Rasa nak lenyek-lenyek je diorang macam mashed potato! Semalam kau tau tak adik aku buat apa? Dia makan biskut aku tak mintak izin wehh..! Ya Allah bengang betul hakuuuu! Lepastu kan, dia kan blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah~~~
Camtu haaa..! Pastu kakak ngan abang aku pulak, diorang blah blah blah blah blah blah blah blah blah~~~

(Berapa lama kau nak bebel ni......)

Kadang-kadang tu memang rasa annoying gila dengan diorang. Aku pun macam korang jugak, pernah bertekhak dengan adik beradik, malah mungkin lebih dahsyat dari korang kot. Berapa banyak kali ntah kitorang pernah bertumbok. Oh tidak, buasnya! Kami memang gangster kalau dah bergaduh ni. Tapi kat rumah jelaa.

Percaya tak kalau aku cakap yang bergaduh sesama adik beradik ni boleh mengeratkan hubungan silaturrahim?

Apakena dengan kau ni?! Benda macam tu kau kata dapat eratkan silaturrahim? Menghancurkan keharmonian rumahtangga adalah. Eh? Rumahtangga?

Ini bagi pendapat aku lah, bila kita bergaduh dengan adik beradik ni mula-mula memang rasa benci sangat sampai taknak tengok dah muka diorang kat rumah ni. Tapi percayalah, lama-lama nanti mesti kita akan berbaik balik dengan diorang. Sama macam dalam komik yang aku lukis kat atas tu. Fakta kan?

Yang pasal eratkan silaturrahim tu, bila kita bergaduh kita boleh kenal sikap adik beradik kita ni jenis yang macam mana. Contohnya macam aku ni, bila tengah gaduh aku dah boleh nampak. 

"Oooo ganas jugak adik aku ni rupanya", "Oooo abang aku naik darah sebab dia tak suka bila aku cakap macamni kat dia", "Ooooo kakak aku mengamuk sebab aku paksa-paksa dia"

Dulu pernah sekali, aku saja bahan abang aku dengan kawan sekelas dia. Lepastu terus dia marah aku, last-last aku tak bahan dia dah sebab aku tau itu perkara yang paling membencikan dia. Bila kita bergaduh tu mesti ada sebab, samaa ada kita yang tersasul cakap atau diorang. Bila kita dah tau benda tu yang menyebabkan diorang marah, mesti kita tak buat lagi kan.

Bila adik beradik bergaduh, sekejap je tempoh dia. Mana pernah lama sampai bertahun-tahun. Kalau tak bertegur dalam tempoh 3 hari kan dah dikira berdosa. Bak kata pepatah,
"Air dicincang takkan putus"
Buatlah sampai perang dunia ke 700 sekalipun, lama-lama pasti berdamai semula. Aku pernah bergaduh terokss dengan adik aku sampai ber-smack down dah. Mak aku biarkan je. Selalu kalau anak-anak bergaduh mak bapak mesti halang tapi mak aku tak masuk campur pun. Lagi syoklah kitorang bertumbok.

Ada sebab kenapa mak aku biarkan. Bila tengah bergaduh api kemarahan kita memang tinggi. Sebab tu mak aku malas nak masuk campur. Kalau mak aku halang, pergaduhan kitorang tergantung dan masing-masing simpan perasaan tak puas hati sebab tak dapat nak luah habis-habis rasa marah kita dekat diorang. Mak aku tau esoknya kitorang akan baik semula n memang betul, esoknya dah berbaik ponn. Padahal masa gaduh tu punyalah kitorang cakap, "Aku taknak maafkan kau sampai bila-bila!" lol dramatic sungguh.

Memang bergaduh tu dah jadi asam garam kehidupan dalam sesebuah keluarga. Nanti bila kita dah ada keluarga sendiri esok, mesti kita akan teringat balik peristiwa pergaduhan dengan adik beradik kita dulu dan kadang-kadang rasa itu pengalaman yang lucu padahal sebenarnya pahit masa tengah gaduh. 

Siapa yang tak pernah gaduh dengan adik beradik? Ada ke haaaa? Kalau ada aku tabik sangat kat orang tu. Memang hebatlah! :p Apapun, bergaduh memang tak elok untuk kesihatan, Islam mewajibkan kita untuk menjaga hubungan silaturrahim
"Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari) 
Erkkk?!! Uhm okay aku selalu bergaduh

Dah boleh nampak point yang aku nak sampaikan? Bergaduh boleh mengeratkan hubungan silaturrahim tapi pada masa yang sama boleh memutuskan silaturrahim kalau pergaduhan kita terokss sangat.

Langkah untuk menjaga silaturrahim ialah sabar. Kalau tak sabar pun, salah sorang dari kita kena minta maaf dan hentikan perbalahan adik beradik ni. Camtu lah. Okay dah bebel panjang sangat ni, aku rasa ada yang dah tekan butang (X) sebelum beliau menghabiskan bacaan disini. Tskkk tskk..

Thanks sudi baca sampai habis, entri ni berdasarkan pada pendapat aku je. Lain orang lain pendapatnya. Ambil mana yang baik, bab-bab gaduh tu jangan jadi buas macam aku haha ok. 

Assalamualaikum 


14 Oct 2013

Header part 8


Assalamualaikum
Header lagii~ kali ni aku saja buat banyak-banyak. Harap korang suka walaupun simple  Tema header ni kawaii. Sorry kalau ada size header yg tidak menepati citarasa korang. Komen dulu kalau nak ambil, thank youuu~

Open image in new tab utk lihat size sebenar
http://i.imgur.com/vFr5kCw.gif

http://i.imgur.com/C5nYson.gif

http://i.imgur.com/2kS2JfZ.gif

http://i.imgur.com/ZxBbcVS.gif

http://i.imgur.com/M1NBPP4.gif

http://i.imgur.com/q4z9jLL.gif

http://i.imgur.com/0v4d3su.gif


EXTRA HEADER
http://i.imgur.com/TrJisYQ.gif

http://i.imgur.com/IGK6Hus.gif