29 Sep 2013

Letak background pada post blog {simple template}


Assalamualaikum
Credit {Wana} for this tuto

Sebenarnya tuto ni cuma boleh guna untuk template denim, tapi bila saya guna untuk simple template jadi jugak, cuma background dia terhad untuk bahagian post body je. Macam kat blog saya ni, ade background bintik2 dekat post body ni kan? itulah dia

Dashboard > edit HTML > tick expand widget

Cari code 
.post {
jumpa? Okay then, copy code 
background : url(URL BACKGROUND);

Paste code diatas kat bawah .post { tadi

Preview dulu, kalau jadi SAVE :)


Freebies boleh ambil di blog Kak Tieqa. Credit her.


28 Sep 2013

Header clipping mask


Assalamualaikum

Tadi ada someone tanya macam mana nak buat header clipping mask macam saya tu. Senang je actually, yang penting kena ade photoshoplah. Kalau nak buat clipping mask ni, seelok-eloknya gunalah fonts yg tebal sikit supaya nampak background dalam tulisan tu. Cadangan fonts terbaik, ghosttown

step 1:





 


step 2:



Selamat mencuba! :D
Assalamualaikum


18 Sep 2013

Header part 7


Assalamualaikum n hyeee
Hari ni nak bagi freebies. rasa mcm dah lama tak buat freebies transparent. Even tak berapa nak lawa tapi tetap hasil tangan aku ceehh. Boleh ambil tapi sila komen :p

sila open image in new tab utk lihat size sebenar

http://i.imgur.com/PQG0Ff5.gif
credit kawaii doodle: Munirah

http://i.imgur.com/hUZ4c4s.gif

http://i.imgur.com/Q0JdvaL.gif

sekian, nak tidur
Assalamualaikum


5 Sep 2013

Genap setahun Romeo pergi..


Assalamualaikum
jangan salah faham, romeo ni kucing je ye.. actually dah banyak kali update entry pasal romeo tapi entah ade yg perasan ke tak. entry ni dah terlambat 5 hari tarikh publish dia. patutlah masa 31/8 haritu rasa mcm ade sesuatu yg hilang je. disini aku nak ceritakan tentang kucing kesayangan aku yg dah pergi buat selama-lamanya...

romeo lahir since aku darjah 5 dan pergi pada 31/8/12. kiranya dah setahun rumah aku kesunyian tanpa kucing2 tersayang :'( masa dia kecik2 dulu nakal gila sampai aku pun naik menyampah. *sebab aku kurang suka dgn anak kucing* masa tu mak kucing lahir 3 ekor anak, romeo, juliet, lagi sekor apantah namanya tapi mati lepas dilahirkan, juliet pun mati beberapa hari lepas tu. tinggallah romeo sorang2 dgn mama dia

entah kenapa, mak kucing ni jenis yg garang. masa romeo kecik lagi dia dah tampar, cakar romeo. mak kucing nak romeo pandai berdikari. that's whylah dia jadi kucing yg gagah dan hebat bila dah besar. sampai kahwin 4 lah dia~

semakin hari, romeo semakin membesar. makin comel, makin pandai, makin pelik. dia dah bosan makan makanan kucing dia nak cuba2 makan makanan manusia. kepelikan romeo setakat ni ialah dia pernah makan chipsmore. walaupun tak sehebat kucing kawan aku yg suka makan aiskrim, tapi aku seronok tengok romeo buat gelagat pelik2. romeo pandai cairkan hati kitorang. kucing kan, siapa je tak cair tengok kucing.

tahun lepas, masa bulan 2. jiran aku pergi sarawak then mintak tolong kitorang jagakan romeo dgn mak kucing. namun ditakdirkan Allah, masa aku nak panggil kucing makan, romeo je yg keluar. ibunya entah kemana. dah 3 hari mak kucing hilang, waktu tu baru kitorang percaya yg mak kucing dah takde.. mak kucing sakit, masa akhir hayat dia, dia slalu datang rumah kitorang..mungkin dia tau yg dia dah nak pergi. so dia nak manja2 dgn kitorang. serious tak tau mana dia menghilang..memang menangislah aku. kalau mak kucing takde, siapa lagi nak lahirkan anak2 kucing lagi? :'(

masa bulan puasa tahun lepas, romeo pulak dah mula kurap2..sama mcm mak dia. aku risau tengok keadaan dia, nak bawak pegi klinik, masalah bukan aku yg bela romeo ni. jiran sebelah yg bela. kucing2 slalu datang rumah kitorang sebab nk manja2 je..

dulu masa romeo sihat, kalau dia masuk rumah pun kitorang takdelah nak kisah sangat, tapi lepas dia sakit, kitorang tak kasi dia masuk sebab takut nanti berjangkit.. romeo asyik mengiau-ngiu je kat depan rumah. aku cuma mampu tengok je dari luar, kadang2 tu menangis jugak. dalam hati nak bermanja-manja dgn dia, nak peluk2 dia mcm dulu, tapi tak boleh...

kalau romeo datang pun, kitorang cuma usap sikit2 je badan dia, lepastu terus masuk rumah. tiap2 hari dia datang tapi kitorang tak boleh nak rapat dgn dia macam dulu. kalau dia datang gesel2 kat kaki pun aku lari. romeo duduk sorang2 je tenung langit.

peristiwa yg paling aku takleh lupa masa raya tu, saudara2 semua berkumpul datang rumah aku sebab lepastu nak konvoi raya sama2. masa romeo datang, aku suruh dia balik rumah sebab kitorang nak raya. pastu sepupu aku yg kecik ni pegi pukul romeo pakai penyapu sampai dia lari balik kat rumah dia. aku marah gila dekat sepupu aku sebab buat romeo macamtu. mentang2 lah romeo sakit kan. 

satu hari, romeo nak masuk rumah, kitorang tutup pintu, dia try masuk ikut tingkap, kitorang tutup tingkap. ingatkan dia dah balik tapi rupa-rupanya dia curi2 masuk ikut tingkap bilik mak aku. mak aku halau romeo guna penyapu tapi dia taknak berganjak. dia duduk je kat situ sambil tunduk sebab takut kena panyapu. aku rasa nak menangis tengok romeo waktu tu. aku ambil dia letak dia kat luar. sempat jugaklah aku usap2 dia sekejap..aku pesan kat dia, "jangan datang kat sini, nanti bila romeo dah sihat kita main sama2".

aku rasa bersalah sangat sebab buat romeo macamtu, dalam hati aku sayang romeo sangat2! lepastu jiran aku yg jaraknya 3 buah rumah daripada rumah aku, ayah dia kata nak bawak romeo pergi klinik. romeo selalu datang rumah diorang. masa aku raya rumah diorang haritu pun romeo masuk tapi kena halau pakai penyapu jugak. romeo asyik jadi mangsa penyapu je waktu tu. tapi aku tak boleh nak buat apa2. kitorang cuma sapu minyak gamat kat muka dia je, itupun dia dah meronta-ronta sakit. makin hari badan dia makin lemah, tak seaktif dulu..

bila dapat tau yg jiran aku nak bawak romeo pergi klinik. aku gembira tak terkata. kitorang cari romeo. tapi tak jumpa. dah 3 hari kitorang cari, tapi masih tak jumpa. petang 31 ogos 2012, waktu tu hujan lebat gila. gelap pulak tu. aku, adik aku dgn abang aku resah cari romeo, takut dia sejuk kena hujan

tiba2 kaklong dengan kakngah aku balik, aku tanya diorang "nampak romeo tak?" diorang kata dekat traffic light depan pasar tu ade nampak sekor kucing warna sebijik macam romeo, mati kat tengah2 jalan. badan dia banyak darah. masa dengar kakngah aku cakap macamtu jantung aku rasa dah terberhenti. kitorang tak percaya tu romeo. nak pergi kat traffic light tu, tapi hujan tersangatlah lebat sampai beribut-ributlah. cuaca masa tu tak mengizinkan kitorang utk keluar..

mungkin inilah balasannya sebab buat romeo macamtu. romeo mati dalam keadaan yg menyedihkan dan kitorang pulak tak dapat nak tanam dia.. :'( kenapa romeo mesti mati sebelum dia sihat? lagi sikit je kitorang nak bawak dia pergi klinik..

ustazah aku pernah cerita, dia pun ade bela kucing, kucing tu pun sakit jugak..satu hari ustazah aku cadang nak bawak kucing tu pegi klinik tapi bila cari kucing tu tak jumpa. last2, ustazah aku dapat tau kucing tu mati kat belakang rumah. kucing ni, kalau dia sayang kita dia akan mati kat tempat yg jauh2. kitorang tau romeo sayang kitorang, tapi kalau kalau sayang pun tak payahlah pergi sampai traffic light sana :'( tapi dah takdir Allah, kita siapa nak menghalang? aku sedih sebab romeo dah takde, tapi dalam hati rasa terharu sebab romeo sayang kitorang walaupun kitorang tak beri kasih sayang kat dia waktu dia sakit..samalah mak kucing pun

sejak romeo mati, aku asyik menangis je, sampailah sekarang pun still nangis lagi kalau teringatkan romeo.  masa mak kucing mati, takdelah terkesan sangat. mungkin sebab mak kucing tak sporting mcm romeo. tapi aku still sayang mak kucing. kalau takde dia, takdelah romeo. aku selalu menangis pasal romeo sebab rasa bersalah.. maafkan kitorang romeo! :'(

sekarang aku rasa sunyi sebab takde kucing yg selalu duduk depan pintu, selalu gesel2 kat kaki kitorang, manja, pemalas yg kuat tidur depan rumah, usap bulu dia yg lembut... nak bela kucing baru, mak ayah aku taksuka kucing, lagipun rasa tak sampai hati nak duakan kasih romeo dgn kucing lain. cukuplah aku dah manja2 dgn kucing selama 12 tahun. semuanya anak2 mak kucing..mak kucing memang hebat, hampir 12 tahun dia mampu lahirkan anak yg banyak walaupun semuanya selalu mati. aku tau aku takkan dapat jumpa semua kucing2 aku kat dunia ni, cuma kalau diizinkan Allah, moga kami berjumpa semula di syurga. InsyaAllah :')

wassalam