18 Apr 2013

Kem Keusahawanan Permata 2013

Assalamualaikum
Yo yo! haritu aku ade cakap nak pegi kem dalam entry ni kan? haaaa semalam baru balik je dari kem, penat gila tapi seronokkkkk. kem kali ni lebih kurang sama je macam kem 2011 kat shah alam dulu cuma kali ni dia tukar kat UKM pulak. dekat je dengan sekolah..mula-mula excited gila nak pegi kem tu, lepas dah sampai, tengok-tengok tandas takde dalam bilik. pehhh..! dahlah blok kitorang paling hujung sekali then banyak kali jumpa monyet hahaha. abang faci tu kata tempat tu agak keras sikit tapi Alhamdulillah sepanjang kem berlangsung takde pape pun yg terjadi, asalkan engkau jaga mulut, jaga perangai n jangan melalak mcm orang gila sudahlah. masa sampai tu, aku rasa tak best duduk kat situ, aku selalu banding-bandingkan kem masa kat shah alam dulu lagi baik. sekarang aku yg rindu gila kat kem tu sampai asyik teringat-ingat je..pernahlah aku baca satu ayat yg bermaksud:
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.''
Tapi aku takdelah tak suka kat kem tu sangat-sangat. aku cuma tak selesa kat tempat penginapan sebab takde bilik air dengan tong sampah kat dalam bilik je hahaha. tapi sekarang aku jadi rindu pulak dekat bilik 223 tu. rindu persekitaran kolej keris mas. rindu kakak-2 & abang-2 faci. rindu nak main game 'saya kata'. rindu peserta-2 yg pegi kat kem. rindu semua aktiviti yg ada kat sana. rindu segala-galanya pasal kem tu! masa pegi kem permata 2011 tu takdelah rindu sangat sampai macamni. mungkin sebab kem kali ni yg uruskan kitorang student kolej tu kott..senang nak ramah mesra dengan diorang sebab sporting. yelahh remaja kann hehehe. oklah taknak cakap panjang, aku cuma nak share aktiviti yg ade kat sana je. 

Macam biasa, setiap kem mesti ade ice breeking. tipu kalau kata taktau. lepastu macam biasa kena bahagikan kumpulan ikut bulan kelahiran dan seperti biasa, aku tetap tak dapat bergaul dengan ahli-ahli kumpulan aku hahaha. aktiviti kat sana semua best-best tapi bagi aku, time main game paling best, terutama game saya kata. walaupun tak menang game tu tapi still dapat top 10 ceehhh. dan aktiviti yg paling aku rasa menebal muka gila, kena ramah-ramah dengan warga kolej tu. memang malulah nak mintak nama,nombor telefon semua-semua tu, tapi lama-lama jadi seronok pulak berkenalan dgn student-2 UKM tu walaupun tak kenal diorang. sempat lagi berborak-borak dengan student-2 yg peramah tu.

Aktiviti yg paling paling menebal muka sekali, kena jual produk yg faci-2 bagi kat satu kolej keris mas. nak taknak kena jual jugaklah..produk utama kitorang pencuci muka, tak laris sangat tapi Alhamdulillah aku dapat jual satu. group aku semua tak dapat jual pencuci muka tu. masa aku jual pencuci muka tu aku bekerjasama dengan kumpulan lain(sebab diorang geng satu sekolah) produk utama diorang buku,tapi langsung tak terjual. pelik en, kenapa takde orang beli buku? sebab buku yg diorang jual tu buku darjah 1. pelik aku, kenapalah jual buku darjah 1 kat universiti yg pandai ni? group lain pun tak dapat jual buku jugak. buku tu produk yg paling tak laris hahaha. pastu ade aktiviti malam, Kembara Minda. taktau nak explain macam mana tapi motif game ni lebih memupuk kerjasama dlm satu pasukan. 

Pagi last day kitorang kat situ, ade tazkirah tapi aku TERtidur sebab mengantuk gila,then tak dapat dengar suara abang faci yg bagi tazkirah sebab abang tu tak pasang mikrofon. lepastu ade senaman sayang. geli sikit senaman tu terutamanya bila tengok budak laki buat hahahahaha. dia suruh peluk kawan kite, pastu manja-manja....banyak lagi aksi yg menggelikan tapi senaman tu elok buat kat ibubapa kita. dah tengah hari tu, ade penyampaian hadiah. duit yg kitorang dapat hasil dari jualan keliling kolej keris mas tu kitorang bahagikan. tak banyak pun, bawah RM4 jeee. untunglah group mana yg dapat duit banyak tu. lepas dah bahagikan hadiah terus kitorang balik. walaupun aku tak sporting dlm group aku tu, tapi sedih jugak bila nak berpisah dengan diorang. terutama bila diorang cakap ''oklah, kitorang balik dulu. nanti jumpa lagi ye'' takpelah, jumpa waktu konvensyen bulan 8 nanti. tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama yg ade kat situ. dah cakap panjang lebar ni so, silalah lihat gambar-gambar yg tak berapa banyak ni :)




wakil sekolah yg pegi kem. 



pemainan saya kata :D suka suka!


setinggi-tinggi penghargaan diucapkan pada kakak-2 dan abang-2 faci serta warga kolej keris mas. mungkin ni kali terakhir aku pegi kem usahawan muda. tahun depan mana dapat dah..apapun, seronok sangat kem kali ni. terima kasih banyak-banyak. kalau ade rezeki kite pegi lagi, InsyaAllah 
Assalamualaikum xoxo


14 Apr 2013

Wordless Sunday #2 : Dessert

Assalamualaikum
saje usha-2 kat Twitter, tengok gambar dessert yg sedap-sedap. sebab dah lama sangat tak makan kek..akhirnya aku sendiri yg lapar dan sekarang aku nak korang rasa lapar jugak. HAHAHA!










jangan lupakan dessert malaysia kita jugak. KUIH LAPISSSS! dessert malaysia yg paling i suka


apapun, jangan makan makanan manis banyak-banyak sangat, takut nanti sakit gigi & cepat gemuk