3 Nov 2013

Kucing keretapi yang terkenal

Assalamualaikum
Tama The Cat ialah kucing comel yang "bekerja" sebagai penjaga stesen keretapi Kishi, Wakayama Jepun. Kucing berumur 14 tahun ini sudah menjadi penjaga stesen rasmi keretapi ini sejak 2007. Stesen Kishi pada awalnya ingin ditutup kerana kekurangan penumpang. Kisah Tama bermula apabila penjaga stesen keretapi ini, Toshiko Koyama menjaga Tama dan kucing-kucing liar yang berkeliaran di sekitar stesen. Kecomelen Tama yang berbaka Colico ini membuatkan penumpang mula melawat stesen ini dan memberinya makan. Kerana kepopularan Tama, jumlah penumpang menaiki keretapi ke Kishi bertambah. Bagi memberi ganjaran kepada Tama, beliau diberikan pangkat penjaga stesen Kishi. Sejak dari hari itu Tama mempunyai sebuah pejabat dan pelawat boleh melihat beliau "bekerja" disini. Pihak pengurusan keretapi juga menghasilkan Tama Densha (keretapi Tama) khas yang dihiasi watak kartun beliau. Rupa stesen Kishi juga diubahsuai untuk kelihatan seperti seekor kucing. Kawaii. Usia Tama sudah meningkat dan pada tahun 2012, Nitama seekor lagi kucing dilantik sebagai apprentice kepada Tama. Tama dan Nitama kini berganti-ganti bekerja secara shift di stesen ini.  (Kerja Tama dan Nitama memikat pelancong dengan kecomelannya)



Bahagianya kucing-kucing ni. Dapat jadi ketua bagi stesen keretapi. Tiap-tiap hari makan besarlah diorang :p

14 comments:

  1. alollooo...comelnye kucing ni...geram tengok badan dia gemokssss!

    ReplyDelete
  2. aloooo comelnya kucing nie :)

    rasa nak peluk2 je

    ReplyDelete
  3. macam cute ja..kucing boleh jadi tarikan orang..

    ReplyDelete
  4. comelnya kucing tu!!!!! geram tengok!!

    ReplyDelete
  5. awk,saya nak copy boleh entry awk ni?? geram tengok kucing ni...

    ReplyDelete
  6. comellnyaaaaa!!!!!

    (meroyan depan laptop tengok gambar2 ni.. hehe)

    ReplyDelete
  7. akk tahu pasal kucing ni masa tengok program Jelajah Jepun bersama Zizan hewhew

    ReplyDelete
  8. untunglaa . jadi kucing pun femes . hihi :D

    ReplyDelete
  9. Comel la kucing tu, teringat ida pada satu movie bertajuk Hachiko kisah seekor anjing yang setia menunggu tuannya balik di stesen keretapi

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~