22 Aug 2013

Review novel : kampung girl


Assalamualaikum

eh eh, tidak pernah-2 aku meng-review novel kan? tipuuu! dulu pernah sekali, kau review novel fatimah syarha tapi gaya penulisan masa tu sangatlah kelakar. past is past, sekarang gaya penulisan dah lain, siap dapat A++ lagi dalam karangan hahaha :p *sila muntah ramai2*

novel yg aku nak review harini bertajuk KAMPUNG GIRL. kat tv 3 pun ade tayang cerita ni pada hari jumaat pukul 9 malam. cerita ni tayang masa bulan puasa tak silap, hmph memang takde kat rumahlah kan, kena terawih. bila dah musim raya ni sibuk beraya pulak, minggu lepas bila nak tengok kampung girl ni, ganti cerita bintang mencari pasal raya pulak. ayyy memang cari pasal kan kau? nasib baik aku dah baca novel sebelum tengok cerita kt tv :p

hasil nukilan penulis memang sempoi. sampai tergelak jugaklah aku baca. novel ni bukan sekadar cinta semata-mata, ade jugak diselitkan peringatan tentang agama. so freaking awesome this novel :)

sinopsis daripada novel
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

sekian
Assalamualaikum


4 comments:

  1. assalamualaikum ohhh cerita nie yang ada kat tv tu kak.. syukran kongsi sinopsis melalui novel

    ReplyDelete
  2. Akak tengok jugak kat tx citer ni.. Tapi Takdela ikut sangat.. Kalau kebetulan tengah tengok Tv3 ari tu layanlah.. Kalau tak, burn gitu jelah.. Hewhew..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. he3..ending dia cmne ye?? skrg dh tertinggal pula crita ni kt tv3 =)

    ReplyDelete
  4. @S.K.A diorang jadi suka sama suka. last2 perempuan tu mengandung :)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~